Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, February 13, 2012

Pilihan Kursus 2: Pergigian

Zalikha Adila binti Zainuren
Degree of Dental Surgery (DDS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penjelasan Kursus:
Mengenai course pergigian di UKM, tempoh pengajian ialah 5 tahun iaitu 2 tahun pra-klinikal dan 3 tahun klinikal. Tahun pertama dan kedua banyak belajar subjek medik. Bila dah ambil dental surgery ni, bukan setakat kena belajar mengenai gigi tapi sebenarnya kena belajar seluruh anggota badan. Jangan terkejut kerana anda juga kena pegang dan tengok mayat.
Tahun pertama memang secara keseluruhannya belajar teori iaitu 3 subjek medik – anatomy, biochemistry dan physiology dan 1 subjek dental – oral biology. Bila dah masuk tahun kedua, ada 3 subjek medik – microbiology, pathology dan pharmacology dan 2 subjek dental – dental material and techonology dan operative dentistry.
Masa tahun kedua ni juga, pelajar-pelajar kena mula buat gigi palsu sendiri dan ‘restore’ gigi dekat patung dulu. Itu pun guna gigi yang dikumpul dari klinik-klinik. Di sinilah kita kena ada kemahiran tangan. Masuk tahun ketiga dan seterusnya, dah masuk klinik dan mula fokus dental.
Cabaran:
Setiap universiti ada sistem tersendiri. Di UiTM guna sistem pointer dan ikut sem. Cabaran bila belajar dental surgery di UKM ni, tiada sistem pointer atau GPA, cuma LULUS atau GAGAL je. Cara belajar macam di sekolah, guna konsep setahun sebabnya tak ada mid sem exam. Terus je final setiap sem. Walaupun tak ada mid sem exam, tapi mini test ada banyak. Carry marks 30%.
Masa exam sem 2 sakit sikitlah sebab kena baca balik dari sem 1. Final exam masa sem 2 dipanggil profesional exam. Exam ni la penentu sama ada kita boleh naik tahun atau tak. Kalau carry mark mini test dan final exam first sem sikit, kita memang kena usaha lebihlah masa profesional exam ni. Tapi ada banyak level, kalau total semua markah dalam 50-54 (C-), nanti ade VIVA (ala-ala interview). Kalau tak lepas juga viva tu untuk sesiapa yang dapat C- and D, kena ulang paper. Kalau tak lulus jugak, memang kena ulang tahunlah.
Peluang Kerja:
Kalau pasal kerja, memang tak payah risaulah sebab dentist memang sangat-sangat diperlukan. Memang kena kerja dengan hospital kerajaan untuk 3 tahun. Tapi kalau ambil biasiswa JPA, kena kerja dengan kerajaan 10 tahun.
Biasiswa JPA tak payah mohon pun. Mana-mana pelajar yang memang ambil course medic, dental dan farmasi si IPTA, akan ditawarkan biasiswa JPA. Cuma terpulang sama ada nak ambil atau tak nak.
Bila ambil kursus Dental Surgery, selain jadi dentist kita juga jadi penceramah pasal oral hygiene atau dental supplier. Sebenarnya dental ni ada banyak cabang, contohnya kalau speacialist utk gigi palsu (prosthodonthics), kalau braces (orthodontics), kalau rawatan akar (endodontics) dan ada banyak lagi sebenarnya.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
Untuk subjek SPM, Kimia dan Biologi sangat penting. Kena kuasai subjek tu masa SPM.
Syarat-syarat kemasukan (Fakulti Pergigian di UKM)
  1. SPM / setaraf – Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai.
  2. STPM / setaraf – Lulus sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik / Fizik; Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan dua mata pelajaran lain.
  3. Sijil Matrikulasi UKM – Lulus sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik / Fizik dalam peperiksaan Sijil Matrikulasi Sains, KPM.
  4. Cekap bertutur dalam bahasa Melayu. Calon juga dikehendaki untuk mengambil Malaysian Univeristy English Test (MUET).

28 comments:

Farah Farhana said...

terima kasih sudi berkongsi info-II kursus pergigian =) thanx a lot..

areen jerry said...

nak tanya , akk dulu matrik ke ? kalau matrik dapat 3.8 above boleh dapat dentist tak ?

CintaKhalifah said...

sama2 misz choco..=)

CintaKhalifah said...

areen, sy bkn matrik.. tp setahu sy kalau matrik at least 3.9 @ 4.0 jgak la kot coz mmg persaingan sengat especially ngan bdak asasi.. ^^

Nadia Simon said...

salam kak. nak tnya..sy mmg minat sgt nak jd dentist. Skrg sy tgh blaja kat asasi sains ptanian kat upm. degree nnt pointer yg sy prlukan bpa ekk??kene 4.0 jgak ke?

Pu3nadhirah Izhar said...

Salam, akak, nak tanya, apa qualification dr segi grade bagi setiap subjek especially utk budak asasi?mesti 4 flat ke?kalau 3.5 ke atas bagaimana?peluang nya masih adakah?

CintaKhalifah said...

nadia simon,wslm. biasenye utk sambung ke kos dentistry & medic,kebanyakn universiti memang syaratkan pointer tinggi. biasanya 3.9 @ 4.0 la. apatah lg,skg ni ramai budak bijak. =) blaja leklok~

CintaKhalifah said...

pu3nadhirah,wslm. 3.5 ke atas? mgkin ade peluang,tp jarang sangat. skg ni kbnyakan universiti syaratkan pointer tinggi utk kos dentistry. biasanya 3.9 @ 4.0 la =)

piqah:D said...

salam,akak,sy baru je lepas hbs spm tahun ni.sy tak tahu saya minat jurusan apa,saya memang berminat untuk masuk jurusan dentistry,,mcam mana ye na minta jurusan dentistry?sy slalu dgr susah nk dpt jurusan ni sb persaingan tggi.tlg saya..

CintaKhalifah said...

wassalam dik, akak rasa better kalau adik buat ujian minat kerjaya dulu. dari situ adik boleh tahu apa yang adik minat and kos2 yang sesuai ngan adik. untuk jurusan dentistry, adik kene pandai isi borang upu. ada kawan akak tersalah pilih kos,dye pilih kos yg ramai orang minat dan tak sesuai ngan result dye. dye xdpt mane2 u pun. kene isi borang upu bersesuaian result spm. Dun worry,in sya Allah, Allah permudahkan doa banyak2 k. ^^

puteri amalena said...

salam... akak, utk dentistry kat ukm ni, ada ke apptitude test atwpun interview??? n muet band 3 layak ke?

Fa!z & !eNa said...

assalamualaikum. sis, nak tnye.. sy ade adik dlm dilemma.. dpt tawaran medik di mesir.. dpt dua cos pulak.. antara medikal dan gigi.. which more better sis? harap sis boleh tolong bg cdangan..tQ

Unknown said...

assalamualaikum akk, asasi@diploma ap yang sesuai untuk sambung pengajian dalam bidang pergigian ni ye?

Unknown said...

salam kak. kalau pergigian kat mesir matapelajaran dia sama jugak ke dengan malaysia

Atiqah H. said...

salam akak. kalau dari pusat asasi sains uitm layak tak nak apply course medic dekat UKM? Peluang dia cerah tak nak kena ambil kalau pointer dia 3.9/4.0? Mana lebih cerah..matriks atau pusat asasi sains uitm? mohon pencerahan secepatnya..tq.

Unknown said...

Salam kak, betul ke yg syllibus dalam ukm akan diajar dalam bahasa melayu?

Unknown said...

Ada salah info ni...uitm pergigian pon sama je laaa, guna sistem gagal lulus je...xde guna sistem pointer....and sistem pembelajaran uitm pergigian x sama sikit kot dgn u lain....sebab sekarang guna syllabus baru.....start dari year 1 lg students dah pre clinical so, year 2 dah start jumpa patient. And at the same time, time year 1, students belajar semua subjek medik + OB + prostho + OP + ode + icp + perio....syllabus baru uitm agak laju dan sangatt padatt...

MisyaQamarina said...

tq for the info.

Unknown said...

kalau kimia c+ bio b masa spm agaknya cerah x utk dpt bidang ni ?

farahiimmm said...

SAlam kak,nak tanya leh.nnti kat matrik perlu ambil modul berapa ya untuk minta kos dentist??jika ambil modul 3 leh apply kos dentist tak??modul3 ada semua subjek kecuali fizik.modul mana lgi bagus??

hostory said...

Salam Akak..can I hv ur email

Unknown said...

Assalamualaikum...nak menjadi doktor pergigian....BIOLOGY dlam spm kena dapat gred apa??

Unknown said...

Salam, Alhamdulillah saya dapat sambung blajar dalam bidang pergigian di UKM, nak tnya tntng biasiswa tu mcm mna ya?xperlu minta?

Are Deep said...
This comment has been removed by the author.
Nazrin Kamaluddin said...
This comment has been removed by the author.
Humaira Omar said...

Salam, macam mana saya nak berhubung untuk tanya lebih lanjut mengenai kos pergigian?? Terima kasih

Nazrin Kamaluddin said...

Assalamualaikum, minta izin tumpang iklan ya admin

PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DILUAR NEGARA DALAM BIDANG MEDIC DAN DENTISTRY!!

====================================================

1) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DI MESIR
(Mansoura University-Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery secara kerjasama dengan University of Manchester, United Kingdom/ Alexandria University/ Al Azhar University)

2) IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN DI MESIR
(Mansoura University/ Alexandria University)


3) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN & PEMBEDAHAN DI BANGLADESH
(Mymensingh Medical College)

4) IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN DI BANGLADESH
(Dhaka Dental College)
Syarat kelayakan : Asasi/Matrikulasi/A-Level/Diploma PNGK/CGPA 3.0

5) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DI RUSIA
(Kursk State Medical University (KSMU))
Syarat kelayakan : Asasi/Matrikulasi/A-Level/Diploma PNGK/CGPA 3.0

Hubungi Nazrin, educaton consultant di talian 011-14799976, atau boleh review page FB sy "Belajar Medic Dentistry Luar Negara"

miqatsu said...

Salam adakah biasiswa jpa untuk pelajar dentistry masih ditawarkan tanpa perlu buat permohonan? saya intake 2019 usm.huhuhu kalau boleh nk elak ptptn.

Post a Comment