Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Sunday, August 16, 2015

Masa Lapang

MASA LAPANG

Kamu
Diingatkan selalu soal masa lapangmu
Dunia tarbiyyah banyak mengajarmu
Namun
Kau terus tewas dengan hawa nafsumu
Larut, hanyut dengan duniamu
Apa kau fikir dunia ini selamanya?

Jangan tertipu
Harus mujahadah
Memang susah, memang payah
Harus kau gagahi
Sebab di luar itu ramai sedang menantimu
Untuk kau tuntun mereka ke jalan cahaya
Sebab kau permata terpilih
Muatiara terpilih menikmati tenang
Tenang bersama tarbiyyah~

280115,12.58. JO.



“ Iman pasti lusuh di hati salah seorang diantara kalian,sebagaimana pakaian itu lusuh. Kerana itu,mintalah kepada ALLAH untuk memperbaharui iman dalam hati kalian.”
(HR Thabrani dengan sanad yg hasan)


---------------

Alhamdulillah, selesai tahun 3 pergigian di JUST ( Jordan University of Science and Technology). Akan bermula kehidupan baru yang lebih mencabar as a clinical student. moga ALLAH pandu setiap langkah dalam menuntut ilmu di bumi anbiya' ni. sekarang dalam fatrah cuti sem, saat ini lah akn diuji dgn nikmat masa lapang. Fakhriah,mujahidah fillah, selamat bermujahadah!   

PEMUDA + MASA LAPANG = PERMULAAN MAKSIAT :')