Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, July 3, 2017

Penyakit 'Ain Dan Rawatannya

Video daripada Dr Zaharuddin yang sangat-sangat bermanfaat. 15 minit yang sangat bermanfaat in sya Allah. Di akhir video ini ustaz berkongsi tentang satu hadis , Nabi bersabda " satu pertiga dari ummatku mati kerana 'Ain". Allahurabbi.
Apa itu penyakit 'ain?
Masukkan gambar yang banyak di facebook, instagram boleh kena ain?
Bagaimana cara ubatinya?
Bagaimana pula nak lindungi diri & keluarga sebelum terkena?
Penyakit ain ini bagaimana bentuk sakitnya?
Pernah ke 'ain berlaku di zaman nabi s.a.w?
Adakah penyakit ini benar dan sahih boleh berlaku kepada kita?
Pandangan mata yang kagumi kita dan keluarga boleh kena sakit?
Benarkah 'ain mampu mendahului qadar Allah sbgmn hadis ?
Boleh tak sakit 'ain ini kena kerana mata non muslim atau diri sendiri?
Semua dihurai ringkas padat dalam petikan video ini. Moga bermanfaat.

Apa Itu Penyakit ‘Ain?

Kadang orang tua merasa panik dan merasa aneh ketika tiba-tiba permata hatinya (Anak) menangis terus sepanjang hari tanpa ada sebab yang pasti, sakit….tidak juga, digigit serangga pun tidak. Lalu…?

Penyakit yang diderita anak-anak tidak semuanya boleh dideteksi dengan ilmu kedoktoran. Ada juga sebab syar’i yaitu penyakit ‘ain. Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah isteri beliau. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Beliau kemudian berkata kepada Ummu Salamah,

“Ruqyahlah dia, kerana dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Di hadits yang lain juga diceritakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyuruh anak-anak pamannya untuk diruqyah karena badannya kurus-kurus seperti anak yang kekurangan.

Penyakit ‘ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya. ‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan bisa terjadi dari orang yang shalih. Sebagaiman pernah terjadi pada sahabat Nabi, Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain dari sahabat yang lain, yaitu Amir bin Rabiah.

Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dihubung-hubungkan dengan pujian. Sebagaimana anggapan sebagian besar masyarakat Indonesia juga Malaysia bahawa pujian kepada seorang anak akan menyebabkannya sakit. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain.” (Riwayat Muslim)

Jadi bukan pujian yang menyebabkan tampak buruk bagi anak yang dipujinya, melainkan bermula dari pandangan mata sang pemujinya, baik pujian itu kerana ada rasa iri atau kerana benar-benar ada kekaguman.

Tindakan Preventif Terhadap Penyakit ‘Ain

Para orang tua hendaknya berusaha melindungi buah hatinya agar terhindar dari penyakit ‘ain, dengan cara:

* Melindungi diri dan anaknya dengan membaca ruqyah-ruqyah yang diajarkan dalam Islam dan membaca doa,

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)

* Juga membaca doa yang digunakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melindungi Hasan dan Husain,

“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)

* Siapapun orangnya jika melihat sesuatu yang baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya atau yang lainnya yang menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa,

“ Masya Allah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah. Ya Allah, berikan berkah padanya.”

*. Sebaiknya orang tua tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki anaknya, kerana hal itu dikhawatirkan akan menimbulkan iri hati pada orang lain.
 

Apabila Terkena ‘Ain

Saat anak kita mengalami sakit dan ternyata sakitnya kerana ‘ain, maka:
  • Jika pelakunya diketahui, maka orang tersebut diperintahkan untuk berwudhu. Bekas wudhu orang tersebut digunakan untuk memandikan anak yang terkena ‘ain.
  • Tapi jika tidak diketahui perbanyakkan membaca Surah Al-Ikhlas, muawwidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), Al-Fatihah, ayat Kursi, 2 ayat terakhir surat Al-Baqarah, dan mendoakan dengan doa-doa yang disyariatkan. Membaca pada air disertai tiupan, kemudian diminumkan pada anak yang sakit dan sisanya disiramkan ke tubuhya, atau dibacakan pada minyak dan minyaknya dioleskan ke tubuh anak itu. Lebih baik lagi jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam.

Orang tua mana yang tidak ingin anaknya dapat hidup dengan sihat dan selamat. Oleh kerananya perlu bagi orang tua untuk senantiasa memperhatikan kondisi jasmani mahupun psikologi anaknya, baik ditinjau dari sisi kedoktoran secara umum atau secara syar’i.

Wallahu a’lam… 

 Sumber : www.rawatanislam2u.com

Thursday, January 26, 2017

Anugerah yang tak ternilai :')



Allah,
Aku mencari kekuatan dalam diriku,
Aku rasa kurang,
Aku cari sehingga merentas benua,
Malam ni, kau temukan aku dengan erti sebenar hidup.
Ku temu kekuatan dalam mencintai ibu bapaku,
Kita tak hidup bersendiri
Terkadang hasrat kita harus dikorbankan
Untuk sebuah cinta
Cinta suci

Allah, aku rindu sekali
Rindukan abah
Rindu dengar nasihat,tawanya, tegasnya, guraunya
Setiap tingkah lakunya
Rasa selamat di samping abah
Kini abah dah takde untuk temani di dunia
Mungkin abah lihat nun jauh dari sana
Abah aku rindu
Aku rindu
Doa anak solehah untukmu
Saat aku kucupmu untuk terakhir kali
Aku  bisikkan, “abah kita jumpa kat syurga yaa”

Allah, kuatkan ibuku
Tak pernah aku jumpa wanita setabah ini
Senyum sentiasa terukir dibibir
Walau besar ujian melanda dirimu
Kehilangan insan yang paling kau cinta
Insan yang engkau sentiasa disampingnya hamper 28 tahun
Tak mudah untuk terima kehilangan orang yang kita cinta
Ibu, kau sumber kekuatanku
Manakan bias kucari insan semulia ini
Allah, kau penuhikah hatinya dengan cintaMu
Kau isilah hatinya dengan cintaMu
Kau kuatkan dia
Kau sayangi dia
Jaga dia untukku
Jadilah kerinduan buat abah tak pernah padam

Kumpulkan kami sekeluarga di SyurgaMu
Bantulah ya Allah. Bantulah :’(


260117, 10.07pm. Jo








Saturday, November 19, 2016

Abah dalam kenangan :')

Allah, cepatnya masa berlalu. Ingat lagi masa abah bawak kami pergi jalan2 bercuti kat resort. Sbb nurul dah lama rasa x gi jalan makan angin ngan family since jauh duk kat Jordan. Sebelum2 ni pon, apa je yang nurul nak bila balik bercuti kat Malaysia mesti abah tunaikan. Nak gi Kelantan lah. Nak gi shopping lah. Nak gi air terjun sekayu la.

Ingat lagi masa pegi Kelantan and besut, abah masa tu dah tak larat nak bawak kereta, rasa mudah pening n x sedap badan. Sepanjang kat Kelantan n besut ,kak long yg bawak kereta. Nurul ingat lagi senyuman abah masa kita mandi manda kat kolam, main bola sama2. Nice memory!

Ingat lagi masa ida sakit nk bersalin, abah n ma bangun awal2 pagi, bawak sekali makanan utk sahur, hantar ida pergi klinik. Padahal masa tu abah pun sehat sgt . but untuk anak dye, dye sanggup korbankan apa je.

Ingat lagi mcm mana abah bagi kata2 kat ida masa ida lalui saat sukar dye lepas bersalin. Tak lama lepas tu abah pulak warded. Masa tempoh abah tak sihat tu, abah sgt sensitive bila anak2 update pasal kesihatan abah, n pujuk abah gi klinik. Abah mudah sebak masa tu. Faham je dalam hati abah, abah still nak jaga anak2 abah, abah still nak kerja cari duit untuk keluarga, sampai abah sanggup korbankan kesihatan abah. Abah tak kisah duit dye spend utk isteri dan anak2, tapi abah sgt berkira kalau nak spend duit untuk dye sendiri, hatta baju kasut dan ubat dye pun. Moga Allah hadiah abah syurga.

Sepanjang duk Jordan 3 tahun tak pernah lagi raya aidilfitri kat Malaysia. Asyik2 raya kat Jordan. N tahun ni Allah bagi peluang nurul sambut raya kat Malaysia. Dengan family. Tapi ini terakhir jugak dgn abah. Kadang2 rasa terkilan, tapi sgt bersyukur sbb Allah sempatkan jugak raya dengan abah even dah 3 tahun. Raya tahun ni tak mcm sebelum2 ni. Family kita banyak spend masa kat hospital kan? Masa ni abah dengan ida,dua2 kena warded. Hanya Allah je yg tahu perasaan masatu. Tapi takpe Allah masih jentikkan dalam hati untuk terus bersyukur.

Then raya ke 4 nurul dah nak kena balik Jordan, masa ni berat sangat hati nak balik Jordan. Tinggal Malaysia dlm keadaan mcm ni. Sedih sgt. Allah je yg tahu. Nurul duk Jordan tak dapat nak jaga abah dah, nurul hanya boleh doa ari jauh je :’)  masa kat Jordan hati nurul tak tenang sgt pun sbb selalu fikir rumah. Kawan2 tak perasan pun sbb nurul bukan jenis mudah sgt tunjuk sedih kat org. selalu Nampak happy n takde masalah.

 Beberapa minggu lepas tuuuuu. Keadaan abah makin merosot,sampai la satu saat masa tu nampak abah dah nazak. Family whatsapp suruh balik Malaysia. Tp tiket hanya ada esok je. Petang tu kat Jordan, kita video call. Lama sgt. Masa tu air mata nurul tak henti2 mengalir, nurul nampak abah masa video call. Nurul cakap dgn abah….. “ abah nurul ni, abah kena kuat, esok nurul balik kita jumpa. Abah kena bertahan, abah la abah yg terbaik dlm hidup nurul. nurul sayang abah! “ .  Masa  tu nampak abah dah tak larat, but bila nurul video call, abah cakap something dlm keadaan abah pakai alat oksigen tu, abah angkat tangan mcm nk pegang tangan nurul kat phone. Sedih sgt masa tuuuu.
Masatu satu je doa nurul… "Allahh tolonglah bukan sekarang.tolonglah bukan sekarang. Tolonglah tahan sikit je lagi, tahan sikit je lagi. Nurul nak jumpa abah dlm keadaan abah masih bernyawa."

Perjalannan dr Jordan ke Malaysia amik masa hampir sehari, dlm sehari perjalanan tu, ina kata kesihatan abah makin oke, abah dah boleh cakap sikit. Nurul happy bila dengar. Pukul 9 mlm tu sampai kat ganu dr klia, nurul terus ke hospital sbb nk jumpa abah, nak jaga abah. Padahal masa tu rasa je letih, perjalanan balik Malaysia lebih 12 jam campur dr klia ke ganu lagi. Tapi malam tu nurul nak sgt jaga abah.

Malam tu nurul jaga abah dgn ma. Nurul suruh ma rehat sbb nurul nmpak ma letih sgt, so nurul suruh ma tido dulu, biar nurul jaga abah. Mlm tu, nurul baca yasin utk abah bnyk kali. Ulang dan ulang, tak tahu la berapa kali baca surah tu, dengan harapan jadi syifa utk abah. Mulut tak henti baca quran n zikir utk aabah. Hampir 3-4 jam.  Masa jaga tu mata tak henti tengok mesin yg ada tulis BP n O2 abah. Sbb nk pastikan sentiasa stabil. Masa nurul jaga tu abah bernafas tenang,stabil je. Cuma ada beberapa kali abah sedar buka mata, gerak2kan tangan. Mungkin abah nak tengok nurul. Nurul cakap, “ abah nurul ada balik ni, nak tengok abah, nak jaga abahhh :’) “

Hampir pukul 4 pagi ma bangun kata nk tukar biar ma jaga pulak nurul tido. Pukul 5 lebih nurul bangun sahur sbb nk puasa sunat n solat subuh cam biasa. Pagi tu abah nampak makin tak stabil, nafas makin kuat. Masa tu panggil Doc nurul cakap  family nak bagi consent utk guna ventilator n apa2 yg bantu abah masa ni. Masa ni mcm agak konflik sbb before2 ni, ada dye kata family x bagi consent tu, padahal before ni ma xde decide apa2. Masa tu baru dye nak amik segala alat. Bacaan kat mesin makin lama makin kurang. Ma , nurul dan che de masa tu ajar abah syahadah. Thennnn. Tetiba mesin stop,dah xde bacaan. Pastu Dr confirmkan abah dah takde n based on bacaan graf ECG. Masa tu nurul duk tepi abah, terus menangis panggil abah. Masa tu ma n ina tenangkan nurul. che de kata dye dengar abah ucap syahadah. alhamdulillah.


Ala kulli hal, alhamdulillah Allah perkenankan nurul utk sempat jumpa n jaga abah. Biarlah abah rehat pulak. Dah lama abah sakit. Abah dah settlekan urusan dye kat dunia. Nurul jadi saksi abah adalah abah terbaik. Menunaikan hal pada yg hak. Syurga selayaknya utk abah. ALLAHHHH, HADIAHKAN ABAH SYURGA! :’) sayang abah. kita jumpa kat syurga ea, see you soon! 



Thursday, August 18, 2016

Peritnya Menanggung Rindu

Redha. Redha dengan takdir Allah.
Sebab aku sangat yakini itu yang terbaik.
Terkadang rasa rindu menerpa,
teringat senyumannya,
terbayang-bayang raut wajahnya,
teringiang-ngiang tutur katanya.
Peritnya menanggung rindu.

 
Setiap kali mentelaah,
Sebagai dental student,
Banyak sangat belajar tentang penyakit-penyakit,
Terbayang-bayang wajah abah,
Terbayang-bayang setiap hela nafas malam terakhir arwah,
Kuat dan kelihatan sukar bernafas, perit,
Itupun dengan alat bantuan pernafasan
Peritnya menangggung rindu.

Abah sangat kuat,
Banyak sangat berkorban untuk isteri dan anak,
Tak kisah baju dan kasut lusuh,
Asalkan dapat penuhi keperluan dan kemahuan kami,
Padahal dia mampu, tapi tak guna untuk diri sendiri,
Semua untuk isteri dan anak2.
Peritnya menanggung indu.

 
Abah,
Didikan untuk anak-anak dijaga rapi,
Penyayang,tegas dan berdisiplin, demi menjadikan kami semua “manusia”
Dia punya cara tersendiri,
Aku kagumi cara didikan abah dan ma,
Sehingga menjadikan kami seperti sekarang,
Akan ku warisi cara didikan abah dan ma untuk anak-anak nanti
Peritnya menanggung rindu.

6.00pm,180116.Jo

 
"Assalamualaikum abah, kita jumpa kat syurga ya! :'( " - bisikan terakhir buat abah sebelum wajah ditutup dengan kain putih.

 

Abah, kami tujuh puteri menjadi saksi abahlah abah yg terbaik. Menunaikan hak utk mereka yang berhak. Kami sedang berusaha menjadi solehah. Moga doa-doa 7 anak solehah abah akan terus mengalir buat abah. Kita jumpa kat syurga! ^^ ramai sgt mendoakan abah. sayang abah :')

Wednesday, February 3, 2016

Travelog #ibrahmisr Part 2 ( 14-16/1/2016



Trip seterusnya ke Sinai, Dahab, Sham el sheikh,2 bas diguide oleh Ustaz Ramadhani dan Ustaz Solahuddin . Katanya, “kami bukan ustaz benaran, tapi ustaz jadi-jadian ajaa” :P . On the way ke Sinai, kami berhenti di Uyun Musa. Kedudukan Uyun Musa ini terletak berhampiran dengan Lembu Samiri di kaki Gunung Sinai. Uyun Musa merupakan batu yang telah dipecahkan oleh Nabi Musa dengan tongkatnya, lantas terpancar 12 mata air untuk diberi minum 12 suku kaumnya seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Taala:

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" ( Al-Baqarah : 60 ).




SINAI

Malam itu, kami mula mendaki gunung Sinai pada pukul 12 malam. Agak awal dari kebiasaan trip yang lain. Ustaz yang guide kami beritahu kebiasaannya pendakian ni akan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam. Tapi kami lah trip pertama yang mendaki Sinai paling cepat 3 jam sahaja. Dengan jalan-jalannya yg berbatu dan berliku, dalam kegelapan diterangi oleh bintang-bintang dan cahaya torchlight je. Tapi bila tengok langit,cantik sangat bintang-bintang, hebat sangat kekuasaan Allah,wadudnya sifat Allah hadirkan rasa tenang dan tenteram bila tengok kelipan bintang-bintang. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Pukul 3.30 pagi dah sampai kat checkpoint terakhir sebelum naik puncak Sinai. Biasanya lepas subuh baru naik ke puncak dan solat subuh di situ. Alahai terpaksa menunggu 2 jam lebih sebelum naik puncak. Sejuk kat atas gunung Sinai tu takyah nak cakap la, sejuk sangat ya rabbi! Dengan tidur duduk, takde tempat proper,tandas kat atas tu pulak memang allahurabbi. Memang sekali masuk memang trauma taknak masuk dah. So memang kena prepare mental dan fizikal. Hehe.

Pukul 5.30 pagi kami mula naik ke puncak, masa ni jalan dye sangat berbatu dan curam, memang Kena sangat hati-hati, mujur masa tu dah mula cerah sikit. Bila sampai kat puncak, sangat masya Allah, indahnya ciptaan Allah. Hilang semua penat-penat mendaki tadi. Ada seorang ukhti fillah share….

“ perjalanan pendakian kita, dengan segala penat lelah kita ibarat kehidupan dunia kita menuju syurga. Segala penat lelah kita hilang saat kita lihat indahnya permandangan dari puncak Sinai. Bila reflek balik kat diri kita. Perjalanan hidup kt dunia ni memang untuk berletih-letih pun, sebab tempat rehat sebenar tu kat syurga. Segala penat lelah kita kat dunya akan terubat kat syurga nanti. In sya Allah sama2 buat apa Allah suruh n tinggal apa tg Allah larang, sebab kita nak Redha Allah n Syurga!”

Sangat termuhasabah. Sempat kami berenam berkongsi rasa di atas puncak Sinai yang menjadi saksi ketabahan Nabi Musa saat menerima  wahyu dari Allah. Ustaz kata,bila berbicara tentang sejarah, susah untuk dapat sumber yang kuat yakin sahih 100%, sebab ada banyak pendapat, sebab sejarah ni berlaku berabad-abad lamanya.  SELEPAS keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama sebahagian pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah. Ketika mahu bermunajat, beliau beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan. Beliau menggosok gigi dan mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur malaikat dan beliau diwajibkan berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa genap 40 hari.

Sewaktu bermunajat, Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu kepadaku supaya aku dapat melihatMu.” Allah berfirman: “Engkau tidak akan sanggup melihatKu, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti sediakala, maka nescaya engkau dapat melihatku.” Musa terus memandang ke arah bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan.

Apabila sedar, Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil berkata: “Maha besarlah Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang pertama beriman kepadaMu.” Sewaktu bermunajat, Allah menurunkan kepadanya kitab Taurat. Menurut ahli tafsir, ketika itu kitab berkenaan berbentuk kepingan batu atau kayu, namun padanya terperinci segala panduan ke jalan diredhai Allah.

Sebelum Musa pergi ke bukit itu, beliau berjanji kepada kaumnya tidak akan meninggalkan mereka lebih 30 hari. Tetapi Nabi Musa tertunda 10 hari, kerana terpaksa mencukupkan 40 hari puasa. Bani Israel kecewa dengan kelewatan Musa kembali kepada mereka. Ketiadaan Musa membuatkan mereka seolah-olah dalam kegelapan dan ada antara mereka berfikir keterlaluan dengan menyangka beliau tidak akan kembali lagi. Dalam keadaan tidak menentu itu, seorang ahli sihir dari kalangan mereka bernama Samiri mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia juga mengatakan Musa tersesat dalam mencari tuhan dan tidak akan kembali. Ketika itu juga, Samiri membuat sapi betina daripada emas. Dia memasukkan segumpal tanah, bekas dilalui tapak kaki kuda Jibril ketika mengetuai Musa dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung itu dijadikan Samiri bersuara.(Menurut cerita, ketika Musa dengan kudanya mahu menyeberangi Laut Merah bersama kaumnya, Jibril ada di depan terlebih dulu dengan menaiki kuda betina, kemudian diikuti kuda jantan yang dinaiki Musa dan pengikutnya. Kemudian Samiri menyeru kepada orang ramai: “Wahai kawan-kawanku, rupanya Musa sudah tidak ada lagi dan tidak ada gunanya kita menyembah Tuhan Musa itu. Sekarang, mari kita sembah anak sapi yang diperbuatkan daripada emas ini. Ia dapat bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah.”

Selepas itu, Musa kembali dan melihat kaumnya menyembah patung anak sapi. Beliau marah dengan tindakan Samiri.

Firman Allah: “Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa; wahai kaumku, bukankah Tuhanmu menjanjikan kepada kamu suatu janji yang baik? Apakah sudah lama masa berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki supaya kemurkaan Tuhanmu menimpamu, kerana itu kamu melanggar perjanjianmu dengan aku.”

Musa bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran: “Berkata Musa; apakah yang mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti dorongan nafsuku.”

Kemudian Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu daripadaku, patung anak sapi itu akan aku bakar dan lemparkannya ke laut, sesungguhnya engkau akan mendapat seksa.”Umat Nabi Musa bersifat keras kepala, hati mereka tertutup oleh kekufuran, malah gemar melakukan perkara terlarang, sehingga sanggup menyatakan keinginan melihat Allah, baru mahu beriman.

Firman Allah: “Dan ingatlah ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, kerana itu kamu disambar halilintar, sedangkan kamu menyaksikannya. Selepas itu Kami bangkitkan kamu selepas mati, supaya kamu bersyukur.” Sumber:wikipedia

 ukiran anak patung sapi samiri




DAHAB

Selepas mendaki Sinai, kami menuju ke Dahab, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Sepanjang perjalanan kami, ditemani laut yang membiru, Laut Merah. Petang tu, kami  naik ATV, ke tepi pantai dan melalui padang pasir. Seronok sangat! First time naik ATV, rasa excited dye takyah nak cakap lah, seronok! Bersiar-siar sambil tadabbur alam. Masa ni satu benda yang Allah ajar, betapa pentingnya sahabat, memberi sokongan,semangat, dan tenangkan sahabat dye saat gemuruh,huhu. Be my harun! (Taha 25-34)

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham perkataanku;
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
"Iaitu Harun saudaraku;
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;




Keesokan harinya kami snorkeling di blue hole di pantai dahab. Cantik sangat blue hole,dengan airnya yang jernih, banyak ikan-ikan kecil dan batu karang. Subhanallah.  Nak dijadikan cerita, kita terpijak landak laut masa sibuk nak ketatkan goggle, sakitnya kaki masa tu, dua-dua kaki terpijak landak laut. Pastu terus stop snorkeling dan letak cuka kat kaki, rasa la bengkak dan sakit dalam 2 jam. Lepas tu dah oke dah. Alhamdulillah. Btw,kesian landak laut kena pijak :p tapi yang sakit tu kita. Uhuks. Takpe tu pun dikira pengalaman yang indah tau!


SHARM EL SHEIKH

Tengah hari  tu kami bertolak balik ke cairo. Tak sempat berhenti ke sharm el sheikh,sebab pakcik bas kata dah lambat.  So lalu je kat situ. Untuk pengetahuan semua, sharm el sheikh ni tempat pertemuan pemimpin-pemimpin dunia untuk berbincang tentang perdamaian.

On the way ke sharm el sheikh, kami lalu tempat yang bernama Ra’su Muhammad, yang terletak di hujung Sinai. Dikatakan disinilah berlakunya kisah kaum yang berubah menjadi kera. Wallahuallam. (Ayat 163- 168 surah al-A'raf)

Allah menceritakan kepada kita tentang kisah satu kampung Yahudi yang terletak berhampiran dengan pantai. Penduduk kampung ini telah diperintah agar tidak menangkap ikan pada hari Sabtu tetapi pada hari yang lain mereka dibenarkan berbuat demikian. Allah menguji mereka iaitu dengan menjadikan iakn di dalam laut menjauhi penduduk kampung itu pada hari yang dibenarkan untuk menangkap ikan tetapi pada hari Sabtu ikan-ikan itu datng secara berkelompok dan kelihatan terapung-apung di atas permukaan air laut. 

    Pada masa inilah syaitan datang menggoda mereka agar menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga melupakan mereka mengenai larangan Allah. Syaitan telah memberi jalan kepada mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan pada hari tersebut yang mana mereka menganggap dengan cara itu Allah tidak melarangnya. Apabila melihat adanya kumpulan yang engkar dengan larangan Allah maka timbul pula dua kumpulan yang agak berbeza pendapat mengenai tugas memperingatkan kepada mereka yang telah engkar itu tentang kesalahan mereka. Kumpulan pertama merupakan mereka yang soleh dan pendakwah yang menjalankan kewajipan mereka. Mereka telah memarahi orang-orang yang engkar dan menunjukkan perasaan benci dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang engkar dengan larangan Allah itu. 

    Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang diam sahaja dengan apa yang berlaku yang mana tidak usaha yang dilakukan untuk menegah mereka yang engkar. Mereka hanya tidak bersetuju dalam hati tanpa diusahakan dengan kuasa yang ada. Mereka juga melahirkan rasa tidak bersetuju dengan kumpulan pertama yang menasihati serta menegah mereka yang engkar dengan jelas kerana bagi mereka sudah tidak berguna segala nasihat dan peringatan yang diberi sedangkan mereka merupakan puak yang akan dihancur dan diazab oleh Allah. Kumpulan pertama menghadapi persoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan kedua dengan baik dan brrhikmah yang mana mereka menyatakan bahawa tujuan dan matlamat sebenar mereka melakukan tegahan dan teguran secara jelas kepada mereka yang engkar adalah untuk menunaikan kewajipan serta boleh dijadikan alasan di hadapan Allah nanti di akhirat. Disamping itu juga mereka begitu mengharapkan agar puak yang degil itu kembali bertaubat dan bertaqwa kepada Allah. 

    Ketika Allah menurunkan bala ke atas mereka yang engkar tadi iaitu dengan menukar bentuk mereka menjadi kera yang hina yang mana pertukaran rupa bentuk ini adalah yang sebenar bukannya dari segi sifat sahaja.Tetapi kera-kera ini tidak meninggalkan nasab mereka yang mana mereka tidak hidup selepas itu melainkan sedikit. Manakala kumpulan pertama yang terdiri daripada pendakwah yang soleh diselamatkan dan mereka dimasukkan dalam golongan yang berjaya. Nasib kumpulan dua pula tidak dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang menyebabkan ulama' berselisih faham mengenai mereka yang mana ada di kalangan ulama' mengatakan mereka ini diselamatkan dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka turut dihancurkan oleh Allah bersama mereka yang engkar.


Sumber: http://baitdarululum.tripod.com/BQ/BQ5.htm

Travelog #ibrahmisr Part 1 ( 13/1/2016 )



Ini cerita kami ber-enam. Dengan hadaf mencari wasilah mendekatkan diri pada Allah, mengutip semangat para anbia,sahabat-sahabat dan para solihin. Bumi kinanah pilihan destinasi kami.  Bermatlamatkan Allah, moga Allah redha perjalanan kami dan moga berbuah pahala. Beberapa meeting jaulah diadakan supaya setiap perjalanan kami lancar dan dimudahkan segala urusan nanti. Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi yg Allah tetapkan itu yang terbaik. Thiqah billah!




Sebelum mula jaulah,memang sentiasa diingatkan jangan expect apa-apa,tapi expect je Allah in everything. Supaya apa je yang Allah takdirkan sepanjang jaulah, moga diterima dgn hati yang lapang dan terbuka.  Awal-awal perjalanan lagi, Allah bagi ujian. Amni dan ety tak dapat iqamah,polis taknak bagi surat pengampunan dan suruh mereka mintak kat polis di airport. Sepatutnya tak perlu bayar pun, tapi polis kat situ tetap suruh bayar. Beberapa JD melayang. Masa tu emosi diorang dah tak berapa nak stabil,marah dan geram bercampur. Tapi sangat masyaAllah, diorang tetap positif dan yang berlalu dibiarkan berlalu. Betapa Allah yg pegang hati, Allah salimkan hati diorang. J

Pukul  5 pagi bertolak ke mesir dari Jordan, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Dan Alhamdulillah tiba di mesir dengan selamat. Sepatutnya hari pertama kami, tour guide akan datang ambil di airport dan terus ke bahnasa. Sbb Allah sayang, Dia uji lagi, kami tunggu tour guide untuk jemput kami di cairo airport selama 3 jam. Takde simcard mesir, wifi kat aiport pun takde, masa tu memang buntu tak tahu nak contact tour guide mcm mana. Allah hantarkn orang2 yang baik utk kami pinjam phone dan wifi. Call tak angkat dan whatsapp tak jawab. Sabar. Naik van untuk ke tempat penginapan kami di hayyu sabiq. Ingatkan macam van biasa, rupanya van kontot, memang tak muat untuk 6 orang, sekali ngan bagasi pulak tu.  Tapi sebab dah akidkan ngan pakcik tu so teruskan je. Ety terapung. Haha.

Hmm,ya Allah hari pertama pun dah macam2 ujian, tapi tak tahu masa tu kami mampu senyum dan gelak je. Rasa lucu.  Sangat rasa betapa Allah yang pegang hati, Allah lapangkan hati kami. Alhamdulillah. We believe, everything happen for a reason. No worries.Tapi lepas hari pertama tu, Alhamdulillah sangat Allah mudahkan trip kami dan Allah hantarkan ramai sangat orang2 baik, sangat2 baik,menyantuni kami tanpa syarat. Speechless sangat. Moga Allah balas jasa korang dengan syurga.

Jaulah kami ni jaulah akhawat. Ada 6 trip dari Jordan, kami trip yang pertama dan terlama,18 hari,hehe. PIC untuk trip kami namanya baizura,solehah,baik sangat, sabar ngan kerenah kami, terlekat dengan trend sweet2  akhawat Jordan. Heee maafkan kami bai, bawa anasir yang kurang sihat pulak. Haha. Pukul 10 lebih sampai di hayyu sabiq, rehat-rehat, qailulah. Lepas zohor kami menziarahi maqam2 para ulama. Sangat terkesan bila akhawat  mesir share doa ni

“ Ya Allah sampaikan salam kami kpd pemilik maqam ni,dan ketemukan kami di syurgaMU”
Rasa ja mcm tak layak tapi berharap :’)


Lepas tu kami shopping di khan khalili bazzar. Seronok sangat macam-macam ada kat sana. Antara tempat yang wajib datang kalau pergi mesir. Solat asar di masjid al-azhar. malam tu, kami ke City Star Mall, besar sangat-sangat. sangat-sangat. sampai sesat nak cari restoran  sushi. menu malam tu,sushi, sebab ety nak jumpa kawan yang dah lama terpisah,odahhh sekaligus nak makan makanan kegemaran dia. kita layankan aja heeee.





Saturday, November 14, 2015

Luahan rasa #1



ALLAH…

Seakan ada sesuatu yang tak terluah
Terkadang sukar untuk difahami
Apa yang kau sendiri mahu
Atau kamu masih hanyut dalam keduniaan
Sedang  tahu akhirat itu yang kekal



Bantu aku menuju jalanMu
Kau tunjukkanlah jalan
Bila  buntu
Terkadang   lupa ALLAH sebenarnya sentiasa ada untuk pandu
Biar punya rasa bertuhan


Atau sebenarnya engkau sedang keliru
Kau rasa makin jauh?
Terlalu focus pada teknikal
Sedang lupa makanan ruuhimu
Carilah kembali hatimu
Hati yang salim yang engkau rindui



Rindu bukan?
Merasa manisnya iman
Hari2 penuh bercerita dengan tuhan
Luahkan segalanya
Jaga muttabaah
Kamu mampu jadi seperti dulu
Dapatkan kembali hati yang engkau rindui
Harus lebih serius
Sebab kau antara yang terpilih
Antara yang tertapis
Harus sambung risalah itu
Pimpin yang laen berjalan seiring
Menuju tuhan



ALLAH

15112015, 8.19pm .Jordan 



---------------------------------------


Dunia ibarat roda. kadang di atas kadang dibawah. Begitulah iman. Ada naik turunnya. Bila rasa futur bangun kembali, terus melangkah kuatkan hati. Futur tu boleh jadi satu nikmat. Nikmat? Ya! Saat kita ingin mula bangkit dari rasa futur tu, kita akan rasa makin dekat dengan Tuhan, luahkan segalanya, bercerita hanya padaNya, kadang tak perlu pun berkongsi pada manusia, cukup air mata yg mengalir dan bercerita pada Dia segalanya. Sebab dia sahaja yang paling faham kita, keadaan kita, segalanya. Maka berputik kembali rasa cinta, bahkan menguatkan lagi rasa cinta dengan Dia. Indahnya rasa nikmat bertuhan! :')

*oh ya! futur masing2 berbeza,bagaimana kita sendiri mendefinisikan futur tu. boleh jadi bila kita mula rasa menjauh dgn Dia , tak se sweet seperti biasa antara kita dan Dia, ni pun boleh didefinasikan futur, sebab kita sendiri yg mendefinasikan futur tu. Banyak je lagi definasi futur, terpulang anda. huhu