Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, February 13, 2012

12hb Februari

‎~~ Hari ini dlm sejarah.....~~

Tahukah anda, pada tarikh ini, 12hb Februari, merupakan tarikh kelahiran Ustaz Azhar Idrus & tarikh kematian pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan al-Banna....

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna :

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya..



No comments:

Post a Comment