Muhammad Wan Lah
MBBS, B. of Medicine B. of Surgery
Melaka Manipal Medical College
MBBS, B. of Medicine B. of Surgery
Melaka Manipal Medical College
Penjelasan Kursus:
Mengenai course perubatan atau medicine, masa yang diambil untuk menamatkan course ini ialah 5 tahun (minima) sepertimana yang digariskan oleh MMC (Malaysia Medical Council). 5 tahun tu tak termasuk tempoh anda di matrikulasi atau tempoh masa anda ambil A Level, AUSMAT atau STPM. Ada sesetengah negara seperti Mesir dan Australia akan mengambil masa 6 tahun.
Bahasa perantara biasanya Inggeris, ada yang bahasanya Indonesia. Pada kebiasaannya, 2 tahun pertama akan diisi dengan kuliah teori dan 3 tahun berikutnya akan diisi dengan praktikal.
Cabaran:
Cabaran? Bila ambil medik ni, silibus sangat banyak. Jadi banyaklah hafalan perlu dilakukan. Exam pun sangat banyak. Apa yang penting, memerlukan kerajinan yang amat sangat sebab banyak benda kena hafal. Pemahaman hanya memainkan peranan yang kecil, menyebabkan pelajar yang terer Fizik atau Math tak suka.
Selain tu, kenalah bersabar dengan jadual yang padat (tak seperti course lain) sepanjang minggu dan masa untuk menamatkan pengajian 5 tahun yang agak lama. Hari-hari jumpa mayat.
Peluang Kerja:
Mengenai soal pekerjaan, oleh sebab negara kekurangan Doktor, anda yang lulus akan secara automatik dapat kerja di hospital kerajaan. Maksudnya, wajib kerja di hospital kerajaan, tak kira la disponsor atau private. Minima 5 tahun, 2 tahun housemanship + 3 tahun wajib. Lepas tu, kalau nak sambung belajar pun boleh untuk jadi specialist. Kalau dah 5 tahun kerja di hospital kerajaan, boleh la minta kerja di hospital atau klinik swasta.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
Untuk subjek SPM, anda harus menguasai Biologi, Math, Fizik, Kimia, Add Math, English. Kalau master dalam Bio lagi bagus sebab silibus medic memang memerlukan cara study macam study bio. 6 subjek tu kalau boleh kena A1 la, subjek lain buleh je A2. Tapi, sila fikirkan ‘competition’ untuk dapat biasiswa. Sebaiknya straight A’s la. Kalau ada B boleh je apply.
2 comments:
Salam, saya nak tanya ,selepas masuk asasi sains layak ke untuk apply mmmc ?
Btw love your post ;)
Post a Comment