Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Saturday, October 28, 2017

7 Cara Hassan Al-Banna Mendidik Anak-anaknya

Image may contain: 1 person, close-up

Image may contain: 3 people, close-up and text

Image may contain: 1 person, close-up and text

Image may contain: 1 person, standing, close-up and text

Image may contain: 1 person, close-up

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, close-up and text



Teman Di Barzakh

Sekali sekala baca buku pasal teman di barzakh atau apa-apa yang berkaitan MATI ni menarik sangat. Dapat jadi peringatan untuk kita manusia yang mudah lupa diri ni, jarang nak bersyukur dengan nikmat Allah dan rasa macam kita hidup kat dunia buat selamanya. Al-fatihah untuk diri sendiri

 Image may contain: text

Nanti pergi kedai buku, cari tajuk Teman Di Barzakh tulisan ustaz Dusuki. Peringatan yang sangat menghidupkan :')

Sunday, September 10, 2017

Rindu DnT Jordan

Orang kata, apa yang kita ada sekarang,manfaatkan sebaiknya , guna sebaiknya untuk bekalan masadepan. Akan sampai satu saat yang kita akan merindui semuanya sebab kenangan dulu memang takkan berulang, takkan berulang benda yang sama. Perkara mungkin sama tapi rasa yang seperti dulu takkan pernah sama

Dakwah dan Tarbiah di Jordan.

Rindunya. Setiap minggu kita akan ada usrah, saling mengingatkan saling menguatkan,sama2 refresh iman, semuanya tak lain dan tak bukan kerana Allah je. Rindu  daurah. Daurah syita memang best, hampir setiap hari full dengan majlis ilmu, kalau hari yang ada kelas dan klinik memang semput tapi best. Rindu mukhayyam, feel dye lain, banyak ajar erti syukur dan dapat banyak sangat input!Rindu rehlah. Rindu nadwah. Rindu wadah2. Rindu activism, rindu i4syria jordan, rindu nak gi kem2, rindu anak2 pelarian syria. Rindu salam media. Rindu RI. Rindu akhawat. Rindu kelab ikram jordan. Rindu semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'(

Allah, syukur sangat dapat kenal tarbiah. Kalau tak taktahu lah macam mana keadaan fakhriah sekarang. Sekarang banyak baca pasal ramai yang tak suka usrah, tak suka jemaah2, kenapa ada banyak2 jemaah.  haa jawapan tu kena kena cari sendiri. kena banyak baca. kenapa rasa tak best usrah? kita sama2 refleksi diri. adakah kita jumpa usrah yg salah dan pembawakan usrah yang kita taksuka, yang tak ikut taste kita? hmm. tu semua atas masing2.

check balik apa yang kita nak sebenarkan. apa2 yang kita buat pun, kita nak redha Allah kita nak Allah sayang. tak kisah dengan cara macam mana. tak kisah dengan jemaah mana.  yang penting ikut syariat, banyak baca dan kaji dulu betul2. semua atas masing. senyum :)

Saturday, September 9, 2017

[Survival tips NDOP: part II]


Memandangkan nota drugs masih dalam proses untuk ditaip dan disusun, maka moleklah kiranya kita teruskan dulu dengan short form dan senarai drug yang biasa digunakan.


1. Abbreviation/short forms used commonly in dental clinic.
NDOP: New Dental Officer Programme
Δ: Diagnosis
#: Fracture
1°/2°/3°: primary, secondary/tertiary
AOB: Anterior Open Bite
od: once daily
bd: twice daily
tds: thrice daily
qds/qid: four times daily
1/7: 1 day
5/7: 5 day
1/12: 1 month
1/52: 1 week
Tab: tablet
Cap: capsule
b/w: bitewing radiograph
C/I: contraindication
Class I: Class I
Class II/1: Class II division 1 relationship
Class II/2: Class II division 2 relationship
CLP: cleft lip and palate
C/O: complaining of
C/P: chronic periodontitis
DNA: did not attend
OPG: orthopantomogram/panoramic radiograph
EO: extra oral
EUA: examination under anaesthesia
F/-: full upper denture (-/F: full lower denture)
FA: fixed appliance
FNAC: fine needle aspiration cytology
FWS: freeway space
GAP: generalize aggressive periodontitis @ graduate awaiting posting?
GP: gutta percha
e.g: example
i.e: that is
IO: intra oral
IOPA: intraoral periapical
JP: juvenile periodontitis
IDB: inferior dental block
IMF: intermaxillary fixation
ORIF: open reduction internal fixation
NAD: nothing abnormal detected
NAI: non-accidental injury
o/b: overbite
o/j: overjet
OD: overdenture
O/E: on examination
O/P: out-patient
m/w: mouth wash
OTC: over the counter
P/-: partial upper denture (-/P: partial lower denture)
PFM: porcelain fused metal
PJC: porcelain jacket crown
prn: as required/ take only when needed
RX: treatment
TMPDS: Temporomandibular pain dysfunction syndrome
TTP: tender to percussion
URA: upper removable appliance
Xbite: crossbite
TCA: to come again

*Reference: Oxford handbook of clinical dentistry.
p/s: short form mungkin ada yang berbeza mengikut tempat dan boleh tambah kalau ada lagi di ruangan komen.😁 Ini pun dah banyak😎


2. List of antibiotic:
-Cap Amoxicillin 500mg x tds x 5/7
-Tab Metronidazole 400mg x tds x 5/7
-Cap Cloxacillin 500 mg x qds x 5/7
-Tab Augmentin 625mg x bd x 5/7 *need specialist sign
-Tab Cefuroxime 250mg x bd x 5/7*need specialist sign


3. List of analgesics
-Tab Paracetamol 1gm x tds x prn x 5/7
-Cap Mefenemic acid 500 mg x tds x prn x 5/7
-Tab Ibuprofen 400mg x tds x prn x 5/7
-Tab Diclofenac Sodium 50mg x tds x prn x 5/7
-Tab Tramadol 50mg x qds x prn x 5/7


4. lain-lain: semasa tunggu posting ni la, kita nak buat banyak-banyak2 amalan sunat seperti solat dhuha, qiamullail ke,sebab bila dah kerja, weekdays sahajalah boleh buat. (Allah suka amalan yang sedikit tapi konsisten💪)

by : Husna Munirah (fb)

[survival tips NDOP: part I]


by Dr Shamilah Hasanah

 
1. Always be humble and keep your good ATTITUDE.
First impression sangat penting kalau taknak kena cop sombong. Senyum, tegur dan buat baik dengan semua staff(DSA, pembantu jururawat, juruteknik pergigian, driver. Yela, tanpa mereka siapalah yang nak tolong bancuh materials, buatkan denture, basuhkan instruments dan banyak lagiii.


2. Observe, learn and keep asking things you not familiar with.
i. materials; ada materials yang kita belajar semasa dental school berbeza dengan klinik government. material yang sama tapi sebut nama brands, cara dan teknik yang berbeza untuk satu-satu material. Jadi, study semula untuk tahu basic things/step in all procedure for all subject.


3. Instruments: masa study dulu banyak sangat instrument yang kena belajar tapi masa kerja nanti kita akan guna yang common sahaja.
(eg:extraction-mostly guna elevator james warwick dan coupland, root forceps--boleh google function+shape sendiri.

endo: guna step back technique + protaper<hand instrument>
condenser= disini panggil plugger.

4.Drugs atau ubat-ubatan
Kalau yang ni, kena memorise nama drug+dose+bila nak bagi. Selalunya drugs yang sama kita prescribe dan guna.*notes masih dalam proses kalau nak.>,<


5.Abbreviation terms

6. Systems
i. charting : guna international system(upper right 1st incisor :11)
ii. cara tulis kad pesakit: ambil history taking/clerk patient
iii. management of compromised patient: sila study semula buku OS+internal medicine+drug

7.lain2: boleh buat cop nama dan nametag awal2.

8. Kalau dapat buat attachment dekat klinik kerajaan, kerja jadi DSA ke dan pergi seminar/dentaltalk sangat membantu untuk refresh knowledge and skill.

Sekian.

Sunday, July 30, 2017

Kerana yang sedikit dan cukup itu lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan.



Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Abdullah ibn Amr ibn Ash, “ Bukankah aku termasuk kaum miskin di kalangan Muhajirin?”

Sebagai menjawabnya, bahkan Abdullah bertanya, “Bukankah kau punya isteri yang menemanimu?”

“Ya,” jawabnya.

Abdullah bertanya lagi, “Bukan kah kau punya rumah yang kau tinggali?”

“Ya,” jawab lelaki itu singkat.

“Jika begitu, kau termasuk orang yang kaya.”

Lelaki itu menambah pula, “Aku juga punya seorang pelayan.”

“Jika begitu, kau termasuk golongan raja-raja.”

Begitulah manusia , sentiasa merasa tidak cukup dengan karunia Tuhannya. Pandangan yang sentiasa melihat ke atas, melihat mereka yang hidup lebih mewah, melihat mereka yang kelihatan hidupnya lebih bahagia dan lebih sempurna. Akhirnya yang keluar dari mulutnya, sentiasa merungut dan merasa kurang. Hidup jadi tak bahagia.

Qanaah. Berarti merasa cukup atas apa yang telah dikaruniakan. Kita sangat yakini yang Allah sentiasa beri apa yang terbaik  kerana kita tahu rezeki takkan pernah salah alamat. Apa yang kita punya, kita syukuri. Moga rezeki melimpah yang kita punya atau yang akan kita punya akan mendekatkan diri pada Tuhan, bukan sebaliknya.

Apabila kita benar-benar rasa nikmatnya hidup berTuhan, moga Qanaah milik kita!


Monday, July 3, 2017

Penyakit 'Ain Dan Rawatannya

Video daripada Dr Zaharuddin yang sangat-sangat bermanfaat. 15 minit yang sangat bermanfaat in sya Allah. Di akhir video ini ustaz berkongsi tentang satu hadis , Nabi bersabda " satu pertiga dari ummatku mati kerana 'Ain". Allahurabbi.
Apa itu penyakit 'ain?
Masukkan gambar yang banyak di facebook, instagram boleh kena ain?
Bagaimana cara ubatinya?
Bagaimana pula nak lindungi diri & keluarga sebelum terkena?
Penyakit ain ini bagaimana bentuk sakitnya?
Pernah ke 'ain berlaku di zaman nabi s.a.w?
Adakah penyakit ini benar dan sahih boleh berlaku kepada kita?
Pandangan mata yang kagumi kita dan keluarga boleh kena sakit?
Benarkah 'ain mampu mendahului qadar Allah sbgmn hadis ?
Boleh tak sakit 'ain ini kena kerana mata non muslim atau diri sendiri?
Semua dihurai ringkas padat dalam petikan video ini. Moga bermanfaat.

Apa Itu Penyakit ‘Ain?

Kadang orang tua merasa panik dan merasa aneh ketika tiba-tiba permata hatinya (Anak) menangis terus sepanjang hari tanpa ada sebab yang pasti, sakit….tidak juga, digigit serangga pun tidak. Lalu…?

Penyakit yang diderita anak-anak tidak semuanya boleh dideteksi dengan ilmu kedoktoran. Ada juga sebab syar’i yaitu penyakit ‘ain. Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah isteri beliau. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Beliau kemudian berkata kepada Ummu Salamah,

“Ruqyahlah dia, kerana dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Di hadits yang lain juga diceritakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyuruh anak-anak pamannya untuk diruqyah karena badannya kurus-kurus seperti anak yang kekurangan.

Penyakit ‘ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya. ‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan bisa terjadi dari orang yang shalih. Sebagaiman pernah terjadi pada sahabat Nabi, Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain dari sahabat yang lain, yaitu Amir bin Rabiah.

Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dihubung-hubungkan dengan pujian. Sebagaimana anggapan sebagian besar masyarakat Indonesia juga Malaysia bahawa pujian kepada seorang anak akan menyebabkannya sakit. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain.” (Riwayat Muslim)

Jadi bukan pujian yang menyebabkan tampak buruk bagi anak yang dipujinya, melainkan bermula dari pandangan mata sang pemujinya, baik pujian itu kerana ada rasa iri atau kerana benar-benar ada kekaguman.

Tindakan Preventif Terhadap Penyakit ‘Ain

Para orang tua hendaknya berusaha melindungi buah hatinya agar terhindar dari penyakit ‘ain, dengan cara:

* Melindungi diri dan anaknya dengan membaca ruqyah-ruqyah yang diajarkan dalam Islam dan membaca doa,

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)

* Juga membaca doa yang digunakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melindungi Hasan dan Husain,

“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)

* Siapapun orangnya jika melihat sesuatu yang baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya atau yang lainnya yang menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa,

“ Masya Allah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah. Ya Allah, berikan berkah padanya.”

*. Sebaiknya orang tua tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki anaknya, kerana hal itu dikhawatirkan akan menimbulkan iri hati pada orang lain.
 

Apabila Terkena ‘Ain

Saat anak kita mengalami sakit dan ternyata sakitnya kerana ‘ain, maka:
  • Jika pelakunya diketahui, maka orang tersebut diperintahkan untuk berwudhu. Bekas wudhu orang tersebut digunakan untuk memandikan anak yang terkena ‘ain.
  • Tapi jika tidak diketahui perbanyakkan membaca Surah Al-Ikhlas, muawwidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), Al-Fatihah, ayat Kursi, 2 ayat terakhir surat Al-Baqarah, dan mendoakan dengan doa-doa yang disyariatkan. Membaca pada air disertai tiupan, kemudian diminumkan pada anak yang sakit dan sisanya disiramkan ke tubuhya, atau dibacakan pada minyak dan minyaknya dioleskan ke tubuh anak itu. Lebih baik lagi jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam.

Orang tua mana yang tidak ingin anaknya dapat hidup dengan sihat dan selamat. Oleh kerananya perlu bagi orang tua untuk senantiasa memperhatikan kondisi jasmani mahupun psikologi anaknya, baik ditinjau dari sisi kedoktoran secara umum atau secara syar’i.

Wallahu a’lam… 

 Sumber : www.rawatanislam2u.com

Thursday, January 26, 2017

Anugerah yang tak ternilai :')



Allah,
Aku mencari kekuatan dalam diriku,
Aku rasa kurang,
Aku cari sehingga merentas benua,
Malam ni, kau temukan aku dengan erti sebenar hidup.
Ku temu kekuatan dalam mencintai ibu bapaku,
Kita tak hidup bersendiri
Terkadang hasrat kita harus dikorbankan
Untuk sebuah cinta
Cinta suci

Allah, aku rindu sekali
Rindukan abah
Rindu dengar nasihat,tawanya, tegasnya, guraunya
Setiap tingkah lakunya
Rasa selamat di samping abah
Kini abah dah takde untuk temani di dunia
Mungkin abah lihat nun jauh dari sana
Abah aku rindu
Aku rindu
Doa anak solehah untukmu
Saat aku kucupmu untuk terakhir kali
Aku  bisikkan, “abah kita jumpa kat syurga yaa”

Allah, kuatkan ibuku
Tak pernah aku jumpa wanita setabah ini
Senyum sentiasa terukir dibibir
Walau besar ujian melanda dirimu
Kehilangan insan yang paling kau cinta
Insan yang engkau sentiasa disampingnya hamper 28 tahun
Tak mudah untuk terima kehilangan orang yang kita cinta
Ibu, kau sumber kekuatanku
Manakan bias kucari insan semulia ini
Allah, kau penuhikah hatinya dengan cintaMu
Kau isilah hatinya dengan cintaMu
Kau kuatkan dia
Kau sayangi dia
Jaga dia untukku
Jadilah kerinduan buat abah tak pernah padam

Kumpulkan kami sekeluarga di SyurgaMu
Bantulah ya Allah. Bantulah :’(


260117, 10.07pm. Jo