Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Abdullah
ibn Amr ibn Ash, “ Bukankah aku termasuk kaum miskin di kalangan Muhajirin?”
Sebagai menjawabnya, bahkan Abdullah bertanya, “Bukankah kau
punya isteri yang menemanimu?”
“Ya,” jawabnya.
Abdullah bertanya lagi, “Bukan kah kau punya rumah yang kau
tinggali?”
“Ya,” jawab lelaki itu singkat.
“Jika begitu, kau termasuk orang yang kaya.”
Lelaki itu menambah pula, “Aku juga punya seorang pelayan.”
“Jika begitu, kau termasuk golongan raja-raja.”
Begitulah manusia , sentiasa merasa tidak cukup dengan karunia
Tuhannya. Pandangan yang sentiasa melihat ke atas, melihat mereka yang hidup
lebih mewah, melihat mereka yang kelihatan hidupnya lebih bahagia dan lebih
sempurna. Akhirnya yang keluar dari mulutnya, sentiasa merungut dan merasa
kurang. Hidup jadi tak bahagia.
Qanaah. Berarti merasa cukup atas apa yang telah
dikaruniakan. Kita sangat yakini yang Allah sentiasa beri apa yang terbaik kerana kita tahu rezeki takkan pernah salah
alamat. Apa yang kita punya, kita syukuri. Moga rezeki melimpah yang kita punya
atau yang akan kita punya akan mendekatkan diri pada Tuhan, bukan sebaliknya.
Apabila kita benar-benar rasa nikmatnya hidup berTuhan, moga
Qanaah milik kita!
No comments:
Post a Comment