Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Wednesday, February 29, 2012

Merokok adalah senjata Yahudi

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

 
Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda =)

Monday, February 27, 2012

Mari berfikir sejenak....

Assalamualaikum to alll readers~

tertarik dgn post ni kat majlis ilmu.... jom sama2 hayati! ^^

kalau ketika zaman Rasulullah SAW, tak ade mushaf Quran yang cantik macam kita pegang hari ini..

tetapi mampu sahaja para sahabat membaca malah menghafalnya..lebih lagi untuk meng'hidup'kannya..

mereka pun tahu, Al Quran bukan kitab teori. ia sebuah kalam Allah untuk dipraktikkan...sebab setiap insan yang mengaku tiada tuhan selain Allah akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Al Quran tak sama macam buku-buku yang ada atas muka bumi ni...
siapa yang menjadikan Al Quran sebagai rujukan harian, maka beruntunglah dia di dunia dan akhirat,insyaAllah..

sedangkan hari ini, macam-macam jenis Al Quran telah dicetak dengan pelbagai corak,pelbagai saiz..

tapi, mana letaknya Al Quran dalam hati kita?





kalau untuk membaca dan memahaminya saja dah macam-macam dalih diberikan,
sibuklah, takde masa lah,tak sempat lah, tak reti lah,takut lah,ape lah, ade saje masalah lah..

apatah lagi untuk mengamalkannya?

yang aneh bin gharibnya..
untuk main games,
layan movies,
terhencut-hencut ke konsert,
bersembang pagi petang siang malam,
berchatting,
berdating,
baca komik,
facebooking,
makan sampai terlentang,
tidur tak puas-puas,

banyak pulak masa??

dan Al Quran itu kelak akan menuntut tanggungjawab kita terhadapnya di hadapan Allah Azza wa Jallah kelak!

"Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggung jawab."
[QS; 43:44]

tepuk dada, refleksi diri.....



-------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah,dah lulus test jpj kereta.. lepas ni boleh pergi jalan2 ikut suka hati... =)

Friday, February 24, 2012

Mendakwah lengan-lengan degil.

salam to all readers~
fenomena zaman sekarang
-baju lengan pendek
-baju lengan pendek tp pakai inner


mendakwah lengan-lengan degil.

Jom spotcheck lengan masing-masing. Kalau ada gambar terdedah lengan, pakat2la remove. Simple.

Pakai baju lengan pendek tapi pakai inner lengan ketat? Tak boleh. Sebab menampakkan bentuk lengan.






take note oke! 


-syabab musafir kasih

Wednesday, February 22, 2012

Mahu terus membutakan mata dan memekakkan telinga lagi??

Allahuakbar..
Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria...Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

By: Muhammad Nur Aufa

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...







Kebanyakk
an berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.


Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

Tuesday, February 21, 2012

Carilah Untukmu Seorang Imam

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian. 

Monday, February 20, 2012

Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum to all bloggerz! ^^


Hari ni saya nak kongsikan satu resepi. "AIS KRIM GORENG".. First time makan,beli dekat sekolah adik .. ummp! memang best, tak habis fikir macam mana nak buat  aiskrim goreng ni.. search2 internet, akhirnya jumpa la resepi ni.. ehh,senangnya! saya dah try, memang senang n best sangat.. jom cuba!!






Bahan-bahan ( 5 biji )

  • 10 keping roti
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wraping ( untuk balut roti)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
  7. SeLamaT MenCuba


p/s : lebihan roti boleh buat puding roti.. ingat, jangan membazir!! Selamat Mencuba.. ^^

Saturday, February 18, 2012

‎7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..

Monday, February 13, 2012

Pilihan Kursus 4: Bioteknologi

Syafiq Asnawi Zainal Abidin
Bachelor of Biotechnology (Hons)
Monash University, Clayton Campus, Australia
Penjelasan Kursus:
Course yang saya ambil ialah Bachelor of Biotechnology with honours. Basically biotechnology seperti yang kita tahu ialah gabungan antara Biology dan Technology. So then secara tidak langsung segala yang berkaitan dengan sains Biology hendaklah dikuasai. Manakala, yang part technology tu more or less, subjek Fizik amatlah membantu sekiranya anda ingin lebih menguasai bidang ini.
Namun, tidak menjadi kemestian untuk mengambil subjek Fizik, berdasarlan requirement universiti saya, Fizik tu tidak menjadi kewajipan tapi membantu. Tapi yang penting ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang memuaskan. Biotech dgn kata lain, teknologi berasaskan Biology (melibatkan benda-benda hidup) yang secara lazimnya melibatkan kejuruteraan genetik dan kultur tisu.
Cabaran:
Cabaran utama dalam course ini ialah memerlukan kerajinan kerana ia merupakan subjek yang memerlukan banyak proses pembacaan dan pemahaman secara mendalam. Jangan lupa, ingatan juga perlu kuat untuk menghafal.
Based on my university experience, tahun pertama unit-unit subjek yang diambil ialah basic subject seperti Chemistry, Biology, Statistical Method for Science (yep..maths!, it will haunt you forever..haha) dan Biotechnology (a special unit for biotech students at Monash Uni), and some other elective unit.
Just an extra info, i took Bioethics and Biological Engineering as my electives. For uni, elective unit is a free unit, which means you can take watever unit you want as long as you meet the requirement and pre-requisites. I took those two electives unit as I think that two subject will help me with my Biotechnology course. So, choose something that would help you in the future!
Peluang Kerja:
Peluang kerja untuk mereka yang mengambil course ini sangat banyak dan demanding di Malaysia buat masa sekarang. The Institute of Agricultural Biotechnology located in Serdang, Selangor; The Malaysian Genome Institute located National University of Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor; The National Pharmaceutical and Nutraceutical Institute located within the Science University of Malaysia (Universiti Sains Malaysia) in Pulau Pinang.
Tempat-tempat ini merupakan antara tempat yang berasaskan Biotechnology dan kemungkinan banyak lagi di Malaysia. Biotech di Malaysia adalah baru dan kepakaran dan tenaga dalam bidang ini adalah sangat-sangat diperlukan. Insyallah, rezeki dan peluang pekerjaan ada di mana-mana.
Saya sendiri di Monash Uni, telah pun meng-”specialized” kan course biotechnology saya kepada Medical Biotechnology, maka peluang pekerjaan mungkin di dalam bidang stem cell researching, embryonic stem cell, biotech based medicine (plant based mostly) and some other more. At Monash Uni, there are some other specialized unit for biotech, Plants and Animal Biotech, Microbiology Biotech, Biochemistry Biotech.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
Secara tidak langsung, subjek yang perlu dikuasai semasa SPM ialah Biology, Chemistry dan Bahasa Inggeris. Tak dilupakan Mathematics dan sebaik-baiknya mantapkan subjek Fizik. Fizik akan membantu anda menguasai banyak subjek. Dengan kata mudah, kuasai ilmu sains untuk menjadi ahli biotech yang disegani.
Jika ada apa-apa persoalan mengenai course Bioteknologi, bolehlah email saya: asnawi09[at]yahoo[dot]com. Saya sedia membantu anda.