Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, September 8, 2014

KEPERLUAN DI JORDAN


shared by : Akhawat KITA

1)                DOKUMEN PENTING

*passport (salinan muka depan)

*gambar passport

*salinan I/C sendiri,mak & ayah

*salinan surat beranak

*salinan penyata gaji (mak ayah)

*tukar duit simpanan RM1000 @ lebih kpd USD



2)                PAKAIAN

*baju kurung / jubah -10 psg atau lebih

*T-Shirt riadah (prefer t-shirt labuh) ayu gituu..^_^

*long john (baju ketat kat dalam tuk musim sejuk)

*seluar slack / skirt labuh (skirt sini byk je jual)

*serkup tudung

*tudung/jilbab

*stoking kaki (Jordan punya stoking sgt nipis.better bli m’sia)

*kasut (sini pon ade je banyak, jd leh beli kt cni nanti. Tp rata2 kasut kat sini tapak keras), kalau boleh, beli yang bertutup sbb cni berdebu.)
*sandle (beli di msia, sini design tak best n tak brapa selesa. Penting utk musim panas-tak selesa pakai kasut bertutup)

*baju duduk rumah (kalau nak bawak,  beli yang lengan panjang jugak untuk musim sejuk nanti.)

*towel (sbg permulaan bawa lah. Sini pun ade byk je jual)

*kain batik

*telekung

*cadar ,sarung bantal,selimut



3)                BARANG2 PERHIASAN DIRI

·         Sikat

·         Bedak

·         Losyen (digalakkan beli Vaseline.yg jel petroleum)

·         Pin tudung

·         Deodorant

·         Berus &ubat gigi

·         Shower &shampoo

·         Cream muka (Cni banyak je jenama ada – nivea, Neutrogena, sebamed, loreal, olay, clean n clear, st. eve, Johnson dll )

*contact lens (kalau memang guna) kat sini ade je.tapi mahal,beli kt m’sia siap2.

*cermin mata (boleh tukar siap2 before fly)

*pakaian dalam (Ramai senior di sini lebih selesa membawa bekalan siap2 dari malaysia. Di sini, jualannya lebih terbuka+lelaki yg jual. Agak segan dan tak best utk beli di sini. Murah, tp mungkin xbkualiti+kurg selesa.)

* boleh jgk nak bwk berus baju..sbb sini punye lembut skit.



4)             BARANG yang dirasakan TAK PERLU

* 1.   Winter Coat: sini banyak je ada n lagi murah. sebab

Wintercoat berat.so rugi nanti kalau beg cepat penuh n berat.

2.       Kasut Boot untuk winter: sini banyak je n bukan slalu pakai

3.      Pad n Panty liner: sini ada je banyak yang ok

4.       Stokin kaki cotton tuk gi university atau time winter: sini banyak je n banyak jgak yang comel2.

5.       Stokin tangan: banyak je kat cni

6.       Selipar toilet/ selipar kat rumah : banyak je kat cni

7.       Sweater tebal yang berkait(gambar) : sini banyak je n lagi murah.

8.       Toiletries: sini banyak je,tpi kalau nak bawak sket sbg permulaan takpe je








5)                MAKANAN & BRG DAPUR



1.      Kicap manis / masin (kalau boleh carik yang dapat paket, atau botol plastik, supaya tak berat beg. Kat cni ada je tapi mahal sket n yang dari Thailand, takdelah sesedap msia.)

2.      Kicap tiram (kalau nak guna, takde pon takpe, ramai je org kat cni tak pakai. Kalau nak bawak,carik yang paket atau botol plastik)

3.      Serai,daun limau purut,daun kari,daun kunyit,daun kesum,daun pandan (semua ni kalau nak bawak takyah keringkan, bawak je daunnya masuk dalam plastik,nanti sampai cni tumpag umah senior punya freezer.kitorg kat cni bawak tak keringkan pon, nanti trus masuk freezer bekukan, memang tahan lama) semua ni terpulang pada adik2 untuk bawak atau tak, tapinya daun2 ni ringan je pon, kalau ada lagi best)

4.      Lengkuas kering

5.      Serbuk kari/kurma

6.      Sebuk sup/sup bunjut

7.      Ikan bilis/keropok keping

8.      Serbuk santan

9.      Rempah ratus

10.   Sos cili (  kalau mmg gune.sini mmg xde.sos tomato dah ader kt Jordan)

11.  Milo & nestum (lbih elok yg 3 in 1) *jgn yg dlm tin.takut berat.

12.  Kiub tomyam

13.  Serbuk rendang (klau nk gune time rayer nnti)

14.  Asam jawa/asam keping

15.  Agar2,suhun,bihun ( tidak terdapat kedai2 sini)





6)             UBATAN

*bam

*minyak angin

*ubat asthma (bg yg ada) di sini ade je.tapi sbg permulaan

*x yah bawak apa2 ubat batuk ke ubat demam ke.tu sume ade je kt sini.klau rase perlu je bawak.



LAIN2...

-tafsir Al-Quran ( klau boleh yg kcik yg ade makna.snang nk bwak ke mana2) J



          



7)                BARANGAN ELEKTRONIK

*kamus e-miftah

*kitab2 terjemahan BM (hadis 40, Fiqh Manhaj)

*alat tulis

*laptop

*kamera (pilihan)

*MP3/MP4

*Handset

*pendrive

*charger phone

*alatan jahit (jarum+bnang hitam,putih)



Intabeh!! (PERHATIAN  !!)



·         Biasanya semasa fly, setiap orang akan bawa satu beg sorong besar [luggage], satu beg sorong kecil [hand luggage-boleh dibawa bersama masa masuk flight] dan satu sandang belakang [kalau perlu, utk laptop dan brg2 penting]. Jadi, berhati2 dengan timbangan berat setiap beg. Biasanya 30 kg utk kargo. Tapi kdg2 ikut flight. Ada 25kg je, ade jugak yg 40 kg. Pastikan beg sandang belakang dan hand luggage tu tak diisi dengan botol2 berisi cecair-kalau tak akan dirampas oleh pihak airport. Dah jadi banyak kes sebelum ni..hatta rendang basah 2kg buatan nenek pun, pihak airport tak kisah utk buang. Menangis tak sudah nanti T.T



Ahlan wasahlan ila urdun,,

Ok.kalau ader ape2 yg  xjelas,dan nak tnye lagi sgt laa dialukan..moga semua gumbira nak dtg jordan... J

Jumpe kat Jordan...

Saturday, September 6, 2014

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJABNYA DOA

Sharing from Zaharuddin.net

Oleh
Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa


Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk


Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah


Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan


Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba


Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul Qadar


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=101&bagian=0
Di edit dan diterjemah oleh Abu Usamah

Tuesday, September 17, 2013

Jelajah Jordan 1.0



Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum to all readers! Sollu ala nabiyy~


Ni 1st time update blog after jejakkan kaki di bumi Jordan. Alhamdulillah  14/9 baru ni kami selamat tiba di bumi Jordan. Allahurabbi, tak tergambar bagaimana perasaan saat mula2 sampai kat bumi barakah ni. Bersyukur sgt Allah realisasikn  impian sejak sekolah menengah lagi, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Perjalanan kami berjalan lancar dari Amman ke Irbid, then kami dibawa ke penempatan masing2. Ramai yang duduk sakan dani and ada sebahagian yang duduk rumah sewa including me and athirah. Dan kami Allah takdirkan tinggal di bayt insaan yang ahli baytnye sangat2 subhanallah! Kak faizah(mentor), kak farah(roommate),kak ainina,kak fadilah, kak dalilah and kak anis, sangat kagum ngan akak2 nie. ^^


Ni video sepanjang perjalanan dari Queen Alia Airport Amman ke Irbid. =)


Suasana Jordan sangat berbeza ngan Malaysia, padang pasir, kurang hijau tak macam Malaysia, tapi Jordan tetap awesome tau! Masa mula2 jalan kat sini,rasa cam lawak sangat, hon aje sepanjang jalan, dah la bawak kereta dahsyat, macam dalam games2 tu. Hihi. Dua tiga hari ni, sibuk sikit beli barang rumah, perabot2, buat basmah kat balai polis, kashfu dam & pergi round2 JUST (Jordan University of Science and Technology). Luas sangat JUST ni, letih jalan, tempat2 kuliah pun tak ingat lagi jalan ke sana, takut tersosat lah pulak nanti. Takpe weekends ni ada orientasi, untuk kenal  lebih lagi tentang JUST.


Kat Jordan ni,  bahasa arab fushah yang kita2 selalu belajar kat sekolah tu tak guna sangat. Diorang guna bahasa Arab ammi. Mula2 sampai tu, dengar pakcik teksi arab cakap ngan akak mentor tak faham langsung. krik krik. Sekarang ni dah start practice cakap arab ammi, so that lagi mudah nak komunikasi kat sini nanti. In sya ALLAH , mana2 adik2 yang nak fly ke Jordan dah boleh study sikit2 cakap arab ammi ni, lagi mudah urusan korang kat sini nanti.


Oke lah, banyak pulak membebel. Rindu kat family and kawan2 kat Malaysia. Panjang umur kita jumpa lagi. Jaga diri semua! Jaga iman . jaga peribadi. Fi hifzillah ^^


--------------- 

Moga Allah bagi kekuatan utk bersungguh2 usaha utk capai 'target2' sepanjang berada di bumi Jordan, bumi anbiyaa’~

Saturday, September 7, 2013

Kaedah Hafalan Jibril

Bismillahirrahmanirrahim....


Sollu 'Ala Nabiyy~   Hafal Al-Quran. Tidak semudah menyebutnya. Memerlukan kekuatan utk terus istiqamah dlm hafalan ni. Saya sendiri actually dah lama berazam nk hafal AQ. Tp bila difikir2 terasa macam tak mampu pulak untuk hafal 30 juzuk. Hanya mampu hafal sedikit surah2 popular. Sehinggalah satu hari 'sahabat sampai syurga' saya share tentang kaedah hafalan jibril. Masa tu sangat2 bersyukur Allah bagi petunjuk jalan untuk saya realisasikan impian sy tu. Alhamdulillah, selepas amalkan kaedah ni, ternyata betul2 berkesan, tidak terasa terbeban, sesuai bagi pelajar2 atau orang awan yang bekerja yang sibuk2 dengan macam2 rutin harian. In sya Allah, kalau orang lain mampu kita juga sebenarnya mampu, antara mahu atau tidak. Setakat ni masih di peringkat permulaan, moga Allah berikan kekuatan utk istiqamah hafal 114 surat cinta Allah. Doakan saya! Kat sini saya ingin kongsikan cara  menghafal dgn menggunakan kaedah Jibril.. Moga Allah redha =)

1. Apa itu kaedah Jibril?
  • kaedah bagi mereka yg ingin menghafal tetapi mempunyai masa yg suntuk.
  • cuma menghafal 3 baris sehari.
2. Pelaksanaan
  • mula menghafal 3 baris sehari.
  • waktu yg paling berkesan : 30 minit sebelum subuh.
  • proses : i. pembiasaan (5 minit - baca sehingga lancar ), ii. hafalan (15 minit), iii. pengukuhan (10 minit)
  • ulang 5 kali sebelum dan selepas solat.
  • baca ayat yang dihafal setiap 2 rakaat awal dalam solat
  • menghafal lima hari sahaja dan hujung minggu sebagai hari mengulang
Seterusnya sedikit tips2 menghafal AQ yang saya baca di blog http://belajarkaedahjibril.blogspot.com.
 Sebelum menghafal
  1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
 

Teknik Menghafal
  A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
 

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

 

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
 

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
 

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
 

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
 
J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.
 
Mengekalkan Hafalan 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

insyaAllah..moga Allah permudahkan kita ^^

----------------------------------
Kadang2 terasa lemah di jalan ini, jalan yg berliku-liku, namun kaki harus kuat melangkah, biar susah, walau kadangkala rebah kerana tahu " Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis! Moga Allah beri kukuatan . Hasbunallah wanikmal wakeel ~ :')

Friday, August 16, 2013

Perkara Sebenar Yang Berlaku Di Mesir

kenapa rmai sgt update pasal mesir ni? Apa yg sebenarnya berlaku?? Nah!

kalau boleh habiskn masa berjam2 utk prkara yg langsung tak berfaedah, kenapa tidak beberapa minitt ni utk islam? buka hati,buka minda! celik mata luas2.


" ‪#‎Fakta‬ 1
Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih faham keadaan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini.

Teringat pula cerita Aladdin. Heh, [Kredit]
Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obelisk. Dan juga tarian gelek. Eh. Mesir juga menjadi latar belakang kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berakhir dengan kegembiraan selama-lamanya (Baca: Happily ever after) apabila baginda dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan Mesir. Seperti yang kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahandanya, Nabi Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain.

Mesir juga menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Kekejaman Firaun jelas dicatatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan semua bayi lelaki Bani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah. Firaun dan konco-konconya akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat.

Munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang maha zalim juga berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal daripada tanah Mesir yang suci.

Sayugia jelas, betapa signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan sahaja oleh para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam.

Fakta #2
Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah! Gelak keji.

Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.

Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya!

Gila.

Konspirasi Naguib dan Jamal. [Kredit]

Fakta #3
Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.

Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.

Ironi makaroni.

Fakta #4
Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam. Hal ini jelas memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir.

Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) [Kredit]

Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun atas masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.

Fakta #5
Pakcik Baradei [Kredit]
Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir. Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..?

Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.

El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya.

Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripada darah rakyat Mesir, tahu...??

Fakta #6
Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir.

Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera.

Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.

Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!

Fakta #7
Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka.

Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal.

Fakta #8
Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera.

Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri.

Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ceh.

As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan Allah nanti! [Kredit]

Fakta #9
Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin?

Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh.

Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli.

Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.

Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.

Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.

Fakta #10

[Kredit]

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Ini memang betul-betul syaitonirojim!

Namun masaker (Baca: Massacre) yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.

Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir. Pfffttt!

Fakta #11
Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden Mursi?

Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk perasaan dan sebagainya.

Itu adalah alasan yang mereka gunakan.

Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun. Mursi memerlukan kayu sakti Harry Potter atau mantera serapah fuh kiri fuh kanan untuk menjadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata.

Namun, dosa-dosa Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:

Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada import dari luar
Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
...dan lain-lain lagi.

[Sumber: bersamadakwah.com]
Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana. Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makar-makar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.

Begitulah.

Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di Mesir? Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini tidak mungkin dapat memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir. Namun saya kira, ia sekadar cukup makan dan tahap bawah hidung jugalah, untuk anda mendapat gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.

Krisis yang sedang berlaku ini tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mesir adalah bumi barakah yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pembebasan kota al-Quds. Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenangan Islam yang sudah terlalu hampir itu!

Saya terlalu amat yakin, apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Mesir hanyalah sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk membersihkan sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat mereka kepada darjat yang lebih tinggi. Apa yang sedang ikhwah dan akhawat kita lalui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia mengurniakan kemenangan yang lebih agung!

Allahu Akbar!

Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan dan kemenangan saudara-saudara kita di sana. Kongsikan dan sebarkan berita-berita dan fakta-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang berlaku. Didik masyarakat di sekitar kita untuk cakna dengan apa yang berlaku.

Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur Tengah. Rakyat Mesir bukan hanya sekumpulan manusia yang bisa berbahasa Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara yang menyimpan khazanah Firaun, Haman dan Qarun.

Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah. Geleng kepala.

Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit]

Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita. Tetapi menangnya Mesir, akan tersebar luaslah cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah!

"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat.

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]

Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan telinga? Sedangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan dibelasah taghut dan syaitan durjana..?

Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mahsyar nanti! Wahai!

-gabbana-

Saya menerima permintaan untuk menyertakan sekali sumber rujukan kepada fakta-fakta yang saya kemukakan. Begini. Kebanyakan fakta yang saya kongsikan sama ada ia sememangnya sudah tersebar dan diketahui umum; maka amat mudah untuk anda mendapatkannya di internet atau hanya berdasarkan ingatan pembacaan saya sebelum ini.

InshaAllah, fakta-fakta yang saya kemukakan sahih dan benar; tiada sebab untuk saya berdusta dan memutarbelitkan fakta. Sungguh saya amat takut pada azab seksaNya. Namun sekiranya anda mendapati ada fakta-fakta yang meragukan atau tidak tepat, tolong perbetulkan dan tegur saya, agar hanya maklumat yang benar dan sahih sahaja yang dipaparkan.

Ada juga yang meminta agar artikel ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jujur saya tidak punya kapasiti untuk berbuat demikian dalam masa ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.

Alhamdulillah, maklum balas kepada artikel ini amat-amat memberansangkan. Sila sebarkan dan buat penambahbaikan sekiranya anda merasakan ia berfaedah untuk semua. Besar harapan saya agar ia dapat memberi manfaat kepada ummah dan memberi kesedaran kepada kita semua betapa masih banyak lagi kerja-kerja tarbiyah dan dakwah yang perlu kita lakukan. Sungguh kemenangan Islam itu sudah terlalu dekat; namun ia tidak akan datang bergolek tanpa kita sendiri mengorbankan harta, tenaga dan jiwa kita!

Moga Allah redha, biidznillah!?"

Angel Pakai Gucci