Monday, February 11, 2013
Sifat Mereka Yang Dirindui Syurga
SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 HINGGA 11.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi--
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Jom usaha jadi hamba yng dirindui syurga :') ♥
Wednesday, January 30, 2013
Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta
Saturday, January 5, 2013
Syarat-syarat solat qasar dan jama’
Syarat-syarat solat qasar dan jama’
- Jarak musafir tidak kurang dua marhalah iaitu 91 kilometer atau 56 batu (sila rujuk http://www.islam.gov.my/).
- Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasarkan atau menjama’ solat walaupun perjalanannya melebihi 2 marhalah.
- Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu 4 rakaat iaitu solat zohor, asar dan isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak
- Tahu solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang yang musafir
- Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat
- Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar, dia telah sedar bahawa dia sudah sampai ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solat fardhu 4 rakaat.
- Mengerjakan solat qasar dan jama’ diluar kawasan kampung keluarga atau diluar daerahnya
- Berniat sebelum bertolak hendak bermukim ditempat yang dituju tidak lebih daripada 3 hari. Setelah 3 hari, sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, wajib solat sempurna dan dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak, dia berniat menetap ditempat lebih daripada 3 hari maka putuslah musafirnya sebaik tiba ditempat tersebut.
---------------
rencana Allah itulah yg terbaek! =')
Sunday, December 30, 2012
Welcome 2013!
Tuesday, December 11, 2012
DI BALIK MAHLIGAI KASIH AL-QARADHAWI
![]() |
Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti Qatar. |
--------------------------------------
Maaf! kadang2 sombong itu sangat2 perlu. Sombong itu aku perlu untuk jaga hati & imanku~
Monday, December 3, 2012
Pesan Imam al-Ghazali
1)Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa..
2)Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..
3)Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..
4)Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui..
5)Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...
6)Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
Ya Rahman ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku. (#mencariKeredhaanIlahi)
Saturday, December 1, 2012
Erti Syukur. Alhamdulillah!
Assalamualaikum to all readers.. sollu a’la nabiyy ~ ^^
Alhamdulillah syukur Allah masih izinkn kita brnafas lagi pada hari ni. apa khabar iman? iman adakalanya naik dan adakalanya turun. sumenye bergantung pada kita,apa usaha2 yg kita lakukan yang dapat menambahkan iman kita.
hmm. berbicara soal syukur. bila ditanya, adakah kita bersyukur dengan nikmat yg Allah bagi pada kita? masing2 membenarkan.. ye2, saya syukur sangat2. tp, dalam x sedar, kita x pernah pun menzahirkan kesyukuran kita pada Allah. mulut kata syukur,tp anggota badan terus melakukan maksiat pada Allah. tak nak solat. Tak nak tutup aurat . Tak jaga hubungan ngan Allah. tak nak jaga pergaulan antara laki n perempuan. tak nak bace al quran. Tak nak puasa. Tak nak pegi usrah. sumenye tak nak. tapi bila Allah bagi nikmat, nak pulak. Tak malu!
hmm. jom la same2 kita jadi org yg tahu malu. malu nak lakukan kemungkaran, malu nak lakukan maksiat setelah Allah bagi bertimbun- timbun nikmat. jom belajar erti syukur. dari sekecil2 perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.
Allah mengingatkn dlm surah ibrahim ayat 7 yg brrmaksud : "sesungguhnya jika.kamu bersyukur,pasti Kami akn menambah nikmat kepadamu. jika.kamu mengingkari ,ssungguhnya azabKu sgt pedih. "
Jom sama2 tingkatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNya kepada kita! ^^
-----------------
Alhamdulillah, finally home! habiskan masa cuti sebulan ni sebaik mungkin. InsyaAllah :-)