Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Wednesday, January 30, 2013

Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta



Assalamualaikum to all readers. Sollu ala nabiyy ^^

     Alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullah ala kulli zanbi. Apa khabar sume? Semoga sentiasa sihat agar terus istiqamah di jalan Allah.

     Subhanallah.Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta. Jatuh cinta dengan Majlis Ilmu. Majlis ilmu tu sangat indah. Sesiapa yang masih merasa menghadiri majlis ilmu tu satu beban, berdoalah pada Allah moga Allah buka hati kita semua untuk cintai majlis ilmu. Pergi majlis ilmu ataupun bulatan gembira yang biasanya dipanggil usrah tu sebenarnya banyak sangat manfaatnya. Terutamanya bertujuan untuk mendekati Allah dan untuk dapat rahmat dan redha Allah semata. Ya Allah, kami sudah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan  majlis ilmu. Alhamdulillah (n__n)

     Untuk menghadiri majlis ilmu  atau usrah selama semingu sekali tu pun mengira. Cuma perlu luangkan masa 2 jam dripada 168 jam dalam seminggu untuk usrah pun mengira. Tapi kalu pergi shopping complex, makan angin, jalan-jalan hampir setengah hari boleh pulak ye.  Haa,camne tu???

     Untuk menghadiri majlis ilmu  atau usrah yang ada mengenakan sejumlah yuran, contohnya yuran sebanyak RM80,RM90, RM100. Fuhh,mahal tuu! Eh2,banyak ni pun nak mengira. Tapi boleh pulak habiskan RM100-RM200 semata-mata nak beli barangan branded, kasut, baju,beg tangan,tudung. Haa, camne tu???

     Sahabat2 yang dicintai kerana Allah, banyak sangat  kelebihan bila hadiri majlis ilmu dan usrah ni. Kalau ada peluang untuk sertai mana2 majlis ilmu ataupun usrah, grab cepat2! Kalau tak,ruugi.. oke? =)

Antara kelebihan menghadiri majlis ilmu :

1) Majlis ilmu ialah majlis ma'rifat. Allah akan mengampuni segala dosa kita. dosa kedua ibubapa kita kpd sesiapa yg mengikutinya.

2) Majlis di mana Allah telah menapis setiap org yg menghadirinya sebanyak 40x sblum dapat menghadirinya. masyaAllah,sgt hebat ssiapa yg dpt menghadiri majlis ilmu.*bukan susah pun kn???

3) Malaikat akn berdialog dgn Allah.Malaikat akan berkata dgn Allah bhwa org2 yg hadir majlis ilmu ini meminta untuk di masukkan ke dlm syurga.lalu Allah mengizinkan. subhanallah..sungguh pemurah nye ALLAH kn??

4) Majlis ilmu adalah sama dgn taman2 syurga di mana mengalirnya anak2 sungai yg indah.subhanallah~

5) Majlis ini di kelilingi oleh para malaikat yg ramai yg sama2 mendengar majlis ilmu yg di berikan.*perkara2 ghaib ini kita xdpt melihatnya tapi insyaAllah ia benar kerana ia telah di sabdakn sendiri dari rasulullah s.a.w.

6) Majlis ilmu ialah sunnah rasulullah s.a.w. dan kelebihan bg pengamal sunnah rasulullah (walaupn SATU),dia akan dikurniakan Allah 100x pahala mati syahid.masyallah..

Subhanallah! In sya Allah, bila kita bantu agama Allah, confirm Allah akan bantu kita. Peringatan buat diri sendiri terutamanya untuk dikongsi dengan orang lain. Tabarakallah ^^
----------------------------------------------------
Bila aku tersungkur jatuh, bantu aku untuk bangkit kembali T_T

Saturday, January 5, 2013

Syarat-syarat solat qasar dan jama’

Syarat-syarat solat qasar dan jama’


Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak dan tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.
  • Jarak musafir tidak kurang dua marhalah iaitu 91 kilometer atau 56 batu (sila rujuk http://www.islam.gov.my/).

  • Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasarkan atau menjama’ solat walaupun perjalanannya melebihi 2 marhalah.

  • Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu 4 rakaat iaitu solat zohor, asar dan isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak

  • Tahu solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang yang musafir

  • Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat

  • Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar, dia telah sedar bahawa dia sudah sampai ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solat fardhu 4 rakaat.

  • Mengerjakan solat qasar dan jama’ diluar kawasan kampung keluarga atau diluar daerahnya

  • Berniat sebelum bertolak hendak bermukim ditempat yang dituju tidak lebih daripada 3 hari. Setelah 3 hari, sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, wajib solat sempurna dan dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak, dia berniat menetap ditempat lebih daripada 3 hari maka putuslah musafirnya sebaik tiba ditempat tersebut.
sumber : http://luvislam92.blogspot.com

---------------
rencana Allah itulah yg terbaek! =')

Sunday, December 30, 2012

Welcome 2013!


Assalamualaikum to all readers~

Alhamdulillah, all praises to Allah, dengan rahmat & kasih sayangNya kita masih bernafas pd hari ini. Emm, pejam celik pejam celik rupanya tahun 2012 dah nak melabuhkan tirai. 2013 akan tiba beberapa jam shj lagi kan.

Diri ini, dentist to be,insyaAllah, sudah  18 tahun hdup rupanya. Banyak sangat nikmat Allah bagi. Tak terhitung dibuatnya. Malu la kalau  Allah dah bagi mcm2 nikmat tapi masih tak nak bersyukur. Fakhriah! Moge tergolong dlm golongan yg sedikit tu.  Banyak sangat azam baru dah ditulis dalam magic diary pd 1 muharram haritu,Cuma tinggal nak amalkan & berusaha kearah itu sahaja.

Tahun 2012 secara rasminya saya tinggalkn bumi barakah & tarbiyyah, SMKA Tok Jiring, yg xkan saya lupa sampai bila2. Di situ la saya bnyak berubah,di situ lah saya tuntut ilmu shg sekarang saya tiba ke tahap ni. Thun 2012 saya kenal tempat baru, unikl mestech. Alhamdulillah, di situ turut ada prgram2 tarbiyyah,terutamanya usrah. Kat sini kene kuat,cuba sdya upaya jadi ikan di lautan yg masin. =) moge Allah redha.

2012, dapat kenal shbt2 baru. Alhamdulillah, dikelilingi insan2 yg baik,solehah & yg sntiasa mngingatkan diri ini utk terus istiqamah di jalanNya. InsyaALLAH, sama2 masuk mestech,same2pegi Jordan--->kata2 ejat =) sama2 berjuang utk sumbangkan sesuatu utk ummah nanti,insyaAllah  ^^


Namun,sebalik suka itu, mesti terselit duka kan. Ingatkan 2012 ni akan berakhir segala-galnya. Tapi, kondisi dye sekarang makin teruk. Banyaknya dugaan yg terpaksa dye tempuh. Moge awk terus tabah shbt! Moge syurga Allah tersedia buatmu. Sy doakan kesembuhan awak.  Dan sy doakn manusia tu dpt balasan yg setimpal ngan apa yg dia buat ngan awk sekuarga…*geram*  =’( 

Moge 2013 ni dapat dilalui dengan lebih baik dr sebelumnya. “Ya ALLAH,kurniakan kami rahmat & redhaMu. Kurniakan kami kekuatan dlm menjalani hari2 mendatang. Golongkn kami dlm klgn mereka yg sentiasa bersyukur.”

Jom jaga diri,jaga iman,jaga amal & jaga hati ^^ uhibbukum fillah <3 <3 <3

-------------------------------------------------
Alhamdulillah,hampir 3 bulan dah, misi tu dijalankan. insyaAllah moge terus istiqamah jalankan misi ni. target selesaikan misi Daebak ni,dlm masa 5 tahun,insyaAllah ^^

Tuesday, December 11, 2012

DI BALIK MAHLIGAI KASIH AL-QARADHAWI



                Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.

BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

                Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.
Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI

Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.
              
        Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.
                Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.
                Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.
                Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.
                Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.
                Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.
                Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

                Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.
                Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.
                Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

                Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

(Rujukan: Ishom Talimah, Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi)
 
http://sebarkanbahagia.blogspot.com
--------------------------------------
Maaf! kadang2 sombong itu sangat2 perlu. Sombong itu aku perlu untuk jaga hati & imanku~

Monday, December 3, 2012

Pesan Imam al-Ghazali

Assalamualaikum.. sollu ala nabiyy~

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-

1)Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa..

2)Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..


3)Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..

4)Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui..

5)Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...

6)Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya


-------------------------------------------


 


Aku bimbang Ya Rabb, jikaku mengaku akan manisnya zikir, walhal aku masih cintakan dunia.. Bimbang bila aku mengaku ikhlas beramal, walhal aku masih suka penghormatan manusia padaku.. Bimbang bila aku mengaku cintaMu Ya Khalik, walhal aku masih memperturutkan nafsuku.. :'(

Ya Rahman ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku. (#mencariKeredhaanIlahi)

Saturday, December 1, 2012

Erti Syukur. Alhamdulillah!

Assalamualaikum to all readers.. sollu a’la nabiyy ~ ^^


Alhamdulillah syukur Allah masih izinkn kita brnafas lagi pada hari ni. apa khabar iman? iman adakalanya naik dan adakalanya turun. sumenye bergantung pada kita,apa usaha2 yg kita lakukan yang dapat menambahkan iman kita.


hmm. berbicara soal syukur. bila ditanya, adakah kita bersyukur dengan nikmat yg Allah bagi pada kita? masing2 membenarkan.. ye2, saya syukur sangat2. tp, dalam x sedar, kita x pernah pun menzahirkan kesyukuran kita pada Allah. mulut kata syukur,tp anggota badan terus melakukan maksiat pada Allah.  tak nak solat. Tak nak tutup aurat . Tak jaga hubungan ngan Allah.  tak nak jaga pergaulan antara laki n perempuan.  tak nak bace al quran. Tak nak puasa. Tak nak pegi usrah. sumenye tak nak. tapi bila Allah bagi nikmat, nak pulak. Tak malu!


hmm. jom la same2 kita jadi org yg tahu malu. malu nak lakukan kemungkaran, malu nak lakukan maksiat setelah Allah bagi bertimbun- timbun nikmat. jom belajar erti syukur. dari sekecil2 perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.


Allah mengingatkn dlm surah ibrahim ayat 7 yg brrmaksud : "sesungguhnya jika.kamu bersyukur,pasti Kami akn menambah nikmat kepadamu. jika.kamu mengingkari ,ssungguhnya azabKu sgt pedih. "


Jom sama2 tingkatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNya kepada kita! ^^


-----------------

Alhamdulillah, finally home! habiskan masa cuti sebulan ni sebaik mungkin. InsyaAllah :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, October 26, 2012

sebelum aku bernikah

Assalamualaikum to all readers.. Sollu ala nabiyy~ ^^


“Sebelum aku bernikah”


Alhamdulillah,da khatam buku ni,karya Hilal Asyraf. Sarat dengan ilmu2. Sgt sesuai utk para remaja,sesiapa saje, mahupun org yg da kahwin. Bace lah buku ni! =)


Ramai remaja skg sibuk berfikir siapakah bakal imam @ makmum mereka. Siapakah? Sedangkan itu bukan yg utama. Yang penting skg ialah persiapkan diri kearah mampu. Persediaan itu ialah persediaan rohani,emosi & material.


Rohani : Iaitu bagaimana hubungan kita dgn ALLAH. Apakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap yg disifatkan baik? Amalan2 seharian kita,kefahaman berkenaan akidah,ibadah serta Islam itu sendiri.


Emosi : Iaitu bagaimana membina kematangan emosi,supaya dpt berhadapan dgn apa2 shaja situasi dengan baik.


Material : usaha mendapatkan wang dan usaha membina kekuatan sara hidup perlu ada.


Hmm…bagi seseorang yg mahu bercinta,dia persoalkan dirinya:

1. Bagaimana hubungan dengan Allah?

2. Bagaimana kefahaman berkenaan Islam?

3. Bagaimana kawalan emosi?

4. Bagaimana kemampuan dalam kewangan?

5. Bagaiman perancangan berkenaan kehidupan? Punya wawasan yg jelas.


Itu merupakan secebis dpd input2 yg penting dalam buku ni. Sangat3 bermanfaat! Nak tahu banyak lagi info,kene beli sendiri la buku ni.. tak rugi,hihi. Jangan lepaskan peluang utk bace buku ni oke. ^^


“ sekiranya benar cinta,mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa2 yg membawa ke neraka , itu bukan cinta namanya..”


( Kahwin itu mungkin, tapi MATI ITU PASTI.. Muhasabah diri~) Same2 persiapkan diri,istiqamah dalam melakukan amalan, sebagai persediaaun menghadapi KEMATIAN yg PASTI. Moge Allah redha~

---------------------


Kadang2 aku alpa, lalai, jauh dariNya.. Ku harap kamu,kamu dan kamu mampu memimpinku ke syurga Ilahi. Hanya rahmat & redha Ilahi yg dicari. Bantulah aku sahabat….. (Insan yg Alpa)


Published with Blogger-droid v2.0.4