Trip seterusnya ke Sinai, Dahab, Sham el sheikh,2 bas
diguide oleh Ustaz Ramadhani dan Ustaz Solahuddin . Katanya, “kami bukan ustaz
benaran, tapi ustaz jadi-jadian ajaa” :P . On the way ke Sinai, kami berhenti
di Uyun Musa. Kedudukan Uyun Musa ini terletak berhampiran dengan Lembu Samiri
di kaki Gunung Sinai. Uyun Musa merupakan batu yang telah dipecahkan oleh Nabi
Musa dengan tongkatnya, lantas terpancar 12 mata air untuk diberi minum 12 suku
kaumnya seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Taala:
"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" ( Al-Baqarah : 60 ).
"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" ( Al-Baqarah : 60 ).
SINAI
Malam itu, kami mula mendaki gunung Sinai pada pukul 12 malam.
Agak awal dari kebiasaan trip yang lain. Ustaz yang guide kami beritahu
kebiasaannya pendakian ni akan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam. Tapi
kami lah trip pertama yang mendaki Sinai paling cepat 3 jam sahaja. Dengan jalan-jalannya
yg berbatu dan berliku, dalam kegelapan diterangi oleh bintang-bintang dan
cahaya torchlight je. Tapi bila tengok langit,cantik sangat bintang-bintang,
hebat sangat kekuasaan Allah,wadudnya sifat Allah hadirkan rasa tenang dan
tenteram bila tengok kelipan bintang-bintang. Alhamdulillah ala kulli hal.
Pukul
3.30 pagi dah sampai kat checkpoint terakhir sebelum naik puncak Sinai. Biasanya
lepas subuh baru naik ke puncak dan solat subuh di situ. Alahai terpaksa
menunggu 2 jam lebih sebelum naik puncak. Sejuk kat atas gunung Sinai tu takyah
nak cakap la, sejuk sangat ya rabbi! Dengan tidur duduk, takde tempat
proper,tandas kat atas tu pulak memang allahurabbi. Memang sekali masuk memang
trauma taknak masuk dah. So memang kena prepare mental dan fizikal. Hehe.
Pukul 5.30 pagi kami mula naik ke puncak, masa ni jalan dye
sangat berbatu dan curam, memang Kena sangat hati-hati, mujur masa tu dah mula
cerah sikit. Bila sampai kat puncak, sangat masya Allah, indahnya ciptaan
Allah. Hilang semua penat-penat mendaki tadi. Ada seorang ukhti fillah share….
“ perjalanan pendakian kita, dengan segala penat lelah kita ibarat
kehidupan dunia kita menuju syurga. Segala penat lelah kita hilang saat kita
lihat indahnya permandangan dari puncak Sinai. Bila reflek balik kat diri kita.
Perjalanan hidup kt dunia ni memang untuk berletih-letih pun, sebab tempat
rehat sebenar tu kat syurga. Segala penat lelah kita kat dunya akan terubat kat
syurga nanti. In sya Allah sama2 buat apa Allah suruh n tinggal apa tg Allah
larang, sebab kita nak Redha Allah n Syurga!”
Sangat termuhasabah. Sempat kami berenam berkongsi rasa di
atas puncak Sinai yang menjadi saksi ketabahan Nabi Musa saat menerima wahyu dari Allah. Ustaz kata,bila berbicara
tentang sejarah, susah untuk dapat sumber yang kuat yakin sahih 100%, sebab ada
banyak pendapat, sebab sejarah ni berlaku berabad-abad lamanya. SELEPAS keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama
sebahagian pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina untuk
mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu Musa disyaratkan
berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah. Ketika mahu bermunajat, beliau
beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan. Beliau menggosok gigi dan
mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur malaikat dan beliau diwajibkan
berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa genap 40 hari.
Sewaktu bermunajat, Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah
zatMu kepadaku supaya aku dapat melihatMu.” Allah berfirman: “Engkau tidak akan
sanggup melihatKu, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di
tempatnya seperti sediakala, maka nescaya engkau dapat melihatku.” Musa terus
memandang ke arah bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu
hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa terperanjat
dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan.
Apabila sedar, Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil
berkata: “Maha besarlah Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan
aku akan menjadi orang pertama beriman kepadaMu.” Sewaktu bermunajat, Allah
menurunkan kepadanya kitab Taurat. Menurut ahli tafsir, ketika itu kitab
berkenaan berbentuk kepingan batu atau kayu, namun padanya terperinci segala
panduan ke jalan diredhai Allah.
Sebelum Musa pergi ke bukit itu, beliau berjanji kepada
kaumnya tidak akan meninggalkan mereka lebih 30 hari. Tetapi Nabi Musa tertunda
10 hari, kerana terpaksa mencukupkan 40 hari puasa. Bani Israel kecewa dengan
kelewatan Musa kembali kepada mereka. Ketiadaan Musa membuatkan mereka
seolah-olah dalam kegelapan dan ada antara mereka berfikir keterlaluan dengan
menyangka beliau tidak akan kembali lagi. Dalam keadaan tidak menentu itu,
seorang ahli sihir dari kalangan mereka bernama Samiri mengambil kesempatan
menyebarkan perbuatan syirik. Dia juga mengatakan Musa tersesat dalam mencari
tuhan dan tidak akan kembali. Ketika itu juga, Samiri membuat sapi betina
daripada emas. Dia memasukkan segumpal tanah, bekas dilalui tapak kaki kuda
Jibril ketika mengetuai Musa dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung
itu dijadikan Samiri bersuara.(Menurut cerita, ketika Musa dengan kudanya mahu
menyeberangi Laut Merah bersama kaumnya, Jibril ada di depan terlebih dulu
dengan menaiki kuda betina, kemudian diikuti kuda jantan yang dinaiki Musa dan
pengikutnya. Kemudian Samiri menyeru kepada orang ramai: “Wahai kawan-kawanku,
rupanya Musa sudah tidak ada lagi dan tidak ada gunanya kita menyembah Tuhan
Musa itu. Sekarang, mari kita sembah anak sapi yang diperbuatkan daripada emas
ini. Ia dapat bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah.”
Selepas itu, Musa kembali dan melihat kaumnya menyembah
patung anak sapi. Beliau marah dengan tindakan Samiri.
Firman Allah: “Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan
marah dan bersedih hati. Berkata Musa; wahai kaumku, bukankah Tuhanmu
menjanjikan kepada kamu suatu janji yang baik? Apakah sudah lama masa berlalu
itu bagimu atau kamu menghendaki supaya kemurkaan Tuhanmu menimpamu, kerana itu
kamu melanggar perjanjianmu dengan aku.”
Musa bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran:
“Berkata Musa; apakah yang mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri
menjawab: Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku
ambil segenggam tanah (bekas tapak Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak
sapi itu. Demikianlah aku menuruti dorongan nafsuku.”
Kemudian Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu
daripadaku, patung anak sapi itu akan aku bakar dan lemparkannya ke laut,
sesungguhnya engkau akan mendapat seksa.”Umat Nabi Musa bersifat keras kepala,
hati mereka tertutup oleh kekufuran, malah gemar melakukan perkara terlarang, sehingga
sanggup menyatakan keinginan melihat Allah, baru mahu beriman.
Firman Allah: “Dan ingatlah ketika kamu berkata: Wahai Musa,
kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang,
kerana itu kamu disambar halilintar, sedangkan kamu menyaksikannya. Selepas itu
Kami bangkitkan kamu selepas mati, supaya kamu bersyukur.” Sumber:wikipedia
ukiran anak patung sapi samiri
DAHAB
Selepas mendaki Sinai, kami menuju ke Dahab, perjalanan
mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang
perjalanan kami, ditemani laut yang membiru, Laut Merah. Petang tu, kami naik ATV, ke tepi pantai dan melalui padang
pasir. Seronok sangat! First time naik ATV, rasa excited dye takyah nak cakap
lah, seronok! Bersiar-siar sambil tadabbur alam. Masa ni satu benda yang Allah
ajar, betapa pentingnya sahabat, memberi sokongan,semangat, dan tenangkan
sahabat dye saat gemuruh,huhu. Be my harun! (Taha 25-34)
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham perkataanku;
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
"Iaitu Harun saudaraku;
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Keesokan harinya kami snorkeling di blue hole di pantai
dahab. Cantik sangat blue hole,dengan airnya yang jernih, banyak ikan-ikan
kecil dan batu karang. Subhanallah. Nak dijadikan
cerita, kita terpijak landak laut masa sibuk nak ketatkan goggle, sakitnya kaki
masa tu, dua-dua kaki terpijak landak laut. Pastu terus stop snorkeling dan letak cuka kat
kaki, rasa la bengkak dan sakit dalam 2 jam. Lepas tu dah oke dah. Alhamdulillah.
Btw,kesian landak laut kena pijak :p tapi yang sakit tu kita. Uhuks. Takpe tu
pun dikira pengalaman yang indah tau!
SHARM EL SHEIKH
Tengah hari tu kami
bertolak balik ke cairo. Tak sempat berhenti ke sharm el sheikh,sebab pakcik
bas kata dah lambat. So lalu je kat
situ. Untuk pengetahuan semua, sharm el sheikh ni tempat pertemuan
pemimpin-pemimpin dunia untuk berbincang tentang perdamaian.
On the way ke sharm el sheikh, kami lalu tempat yang bernama
Ra’su Muhammad, yang terletak di hujung Sinai. Dikatakan disinilah berlakunya
kisah kaum yang berubah menjadi kera. Wallahuallam. (Ayat 163- 168 surah al-A'raf)
Allah menceritakan kepada kita tentang kisah satu kampung
Yahudi yang terletak berhampiran dengan pantai. Penduduk kampung ini telah
diperintah agar tidak menangkap ikan pada hari Sabtu tetapi pada hari yang lain
mereka dibenarkan berbuat demikian. Allah menguji mereka iaitu dengan
menjadikan iakn di dalam laut menjauhi penduduk kampung itu pada hari yang
dibenarkan untuk menangkap ikan tetapi pada hari Sabtu ikan-ikan itu datng
secara berkelompok dan kelihatan terapung-apung di atas permukaan air laut.
Pada masa inilah syaitan datang menggoda mereka agar menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga melupakan mereka mengenai larangan Allah. Syaitan telah memberi jalan kepada mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan pada hari tersebut yang mana mereka menganggap dengan cara itu Allah tidak melarangnya. Apabila melihat adanya kumpulan yang engkar dengan larangan Allah maka timbul pula dua kumpulan yang agak berbeza pendapat mengenai tugas memperingatkan kepada mereka yang telah engkar itu tentang kesalahan mereka. Kumpulan pertama merupakan mereka yang soleh dan pendakwah yang menjalankan kewajipan mereka. Mereka telah memarahi orang-orang yang engkar dan menunjukkan perasaan benci dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang engkar dengan larangan Allah itu.
Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang diam sahaja dengan apa yang berlaku yang mana tidak usaha yang dilakukan untuk menegah mereka yang engkar. Mereka hanya tidak bersetuju dalam hati tanpa diusahakan dengan kuasa yang ada. Mereka juga melahirkan rasa tidak bersetuju dengan kumpulan pertama yang menasihati serta menegah mereka yang engkar dengan jelas kerana bagi mereka sudah tidak berguna segala nasihat dan peringatan yang diberi sedangkan mereka merupakan puak yang akan dihancur dan diazab oleh Allah. Kumpulan pertama menghadapi persoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan kedua dengan baik dan brrhikmah yang mana mereka menyatakan bahawa tujuan dan matlamat sebenar mereka melakukan tegahan dan teguran secara jelas kepada mereka yang engkar adalah untuk menunaikan kewajipan serta boleh dijadikan alasan di hadapan Allah nanti di akhirat. Disamping itu juga mereka begitu mengharapkan agar puak yang degil itu kembali bertaubat dan bertaqwa kepada Allah.
Ketika Allah menurunkan bala ke atas mereka yang engkar tadi iaitu dengan menukar bentuk mereka menjadi kera yang hina yang mana pertukaran rupa bentuk ini adalah yang sebenar bukannya dari segi sifat sahaja.Tetapi kera-kera ini tidak meninggalkan nasab mereka yang mana mereka tidak hidup selepas itu melainkan sedikit. Manakala kumpulan pertama yang terdiri daripada pendakwah yang soleh diselamatkan dan mereka dimasukkan dalam golongan yang berjaya. Nasib kumpulan dua pula tidak dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang menyebabkan ulama' berselisih faham mengenai mereka yang mana ada di kalangan ulama' mengatakan mereka ini diselamatkan dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka turut dihancurkan oleh Allah bersama mereka yang engkar.
Sumber: http://baitdarululum.tripod.com/BQ/BQ5.htm
No comments:
Post a Comment