Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Wednesday, February 3, 2016

Travelog #ibrahmisr Part 2 ( 14-16/1/2016



Trip seterusnya ke Sinai, Dahab, Sham el sheikh,2 bas diguide oleh Ustaz Ramadhani dan Ustaz Solahuddin . Katanya, “kami bukan ustaz benaran, tapi ustaz jadi-jadian ajaa” :P . On the way ke Sinai, kami berhenti di Uyun Musa. Kedudukan Uyun Musa ini terletak berhampiran dengan Lembu Samiri di kaki Gunung Sinai. Uyun Musa merupakan batu yang telah dipecahkan oleh Nabi Musa dengan tongkatnya, lantas terpancar 12 mata air untuk diberi minum 12 suku kaumnya seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Taala:

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" ( Al-Baqarah : 60 ).




SINAI

Malam itu, kami mula mendaki gunung Sinai pada pukul 12 malam. Agak awal dari kebiasaan trip yang lain. Ustaz yang guide kami beritahu kebiasaannya pendakian ni akan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam. Tapi kami lah trip pertama yang mendaki Sinai paling cepat 3 jam sahaja. Dengan jalan-jalannya yg berbatu dan berliku, dalam kegelapan diterangi oleh bintang-bintang dan cahaya torchlight je. Tapi bila tengok langit,cantik sangat bintang-bintang, hebat sangat kekuasaan Allah,wadudnya sifat Allah hadirkan rasa tenang dan tenteram bila tengok kelipan bintang-bintang. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Pukul 3.30 pagi dah sampai kat checkpoint terakhir sebelum naik puncak Sinai. Biasanya lepas subuh baru naik ke puncak dan solat subuh di situ. Alahai terpaksa menunggu 2 jam lebih sebelum naik puncak. Sejuk kat atas gunung Sinai tu takyah nak cakap la, sejuk sangat ya rabbi! Dengan tidur duduk, takde tempat proper,tandas kat atas tu pulak memang allahurabbi. Memang sekali masuk memang trauma taknak masuk dah. So memang kena prepare mental dan fizikal. Hehe.

Pukul 5.30 pagi kami mula naik ke puncak, masa ni jalan dye sangat berbatu dan curam, memang Kena sangat hati-hati, mujur masa tu dah mula cerah sikit. Bila sampai kat puncak, sangat masya Allah, indahnya ciptaan Allah. Hilang semua penat-penat mendaki tadi. Ada seorang ukhti fillah share….

“ perjalanan pendakian kita, dengan segala penat lelah kita ibarat kehidupan dunia kita menuju syurga. Segala penat lelah kita hilang saat kita lihat indahnya permandangan dari puncak Sinai. Bila reflek balik kat diri kita. Perjalanan hidup kt dunia ni memang untuk berletih-letih pun, sebab tempat rehat sebenar tu kat syurga. Segala penat lelah kita kat dunya akan terubat kat syurga nanti. In sya Allah sama2 buat apa Allah suruh n tinggal apa tg Allah larang, sebab kita nak Redha Allah n Syurga!”

Sangat termuhasabah. Sempat kami berenam berkongsi rasa di atas puncak Sinai yang menjadi saksi ketabahan Nabi Musa saat menerima  wahyu dari Allah. Ustaz kata,bila berbicara tentang sejarah, susah untuk dapat sumber yang kuat yakin sahih 100%, sebab ada banyak pendapat, sebab sejarah ni berlaku berabad-abad lamanya.  SELEPAS keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama sebahagian pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah. Ketika mahu bermunajat, beliau beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan. Beliau menggosok gigi dan mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur malaikat dan beliau diwajibkan berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa genap 40 hari.

Sewaktu bermunajat, Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu kepadaku supaya aku dapat melihatMu.” Allah berfirman: “Engkau tidak akan sanggup melihatKu, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti sediakala, maka nescaya engkau dapat melihatku.” Musa terus memandang ke arah bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan.

Apabila sedar, Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil berkata: “Maha besarlah Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang pertama beriman kepadaMu.” Sewaktu bermunajat, Allah menurunkan kepadanya kitab Taurat. Menurut ahli tafsir, ketika itu kitab berkenaan berbentuk kepingan batu atau kayu, namun padanya terperinci segala panduan ke jalan diredhai Allah.

Sebelum Musa pergi ke bukit itu, beliau berjanji kepada kaumnya tidak akan meninggalkan mereka lebih 30 hari. Tetapi Nabi Musa tertunda 10 hari, kerana terpaksa mencukupkan 40 hari puasa. Bani Israel kecewa dengan kelewatan Musa kembali kepada mereka. Ketiadaan Musa membuatkan mereka seolah-olah dalam kegelapan dan ada antara mereka berfikir keterlaluan dengan menyangka beliau tidak akan kembali lagi. Dalam keadaan tidak menentu itu, seorang ahli sihir dari kalangan mereka bernama Samiri mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia juga mengatakan Musa tersesat dalam mencari tuhan dan tidak akan kembali. Ketika itu juga, Samiri membuat sapi betina daripada emas. Dia memasukkan segumpal tanah, bekas dilalui tapak kaki kuda Jibril ketika mengetuai Musa dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung itu dijadikan Samiri bersuara.(Menurut cerita, ketika Musa dengan kudanya mahu menyeberangi Laut Merah bersama kaumnya, Jibril ada di depan terlebih dulu dengan menaiki kuda betina, kemudian diikuti kuda jantan yang dinaiki Musa dan pengikutnya. Kemudian Samiri menyeru kepada orang ramai: “Wahai kawan-kawanku, rupanya Musa sudah tidak ada lagi dan tidak ada gunanya kita menyembah Tuhan Musa itu. Sekarang, mari kita sembah anak sapi yang diperbuatkan daripada emas ini. Ia dapat bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah.”

Selepas itu, Musa kembali dan melihat kaumnya menyembah patung anak sapi. Beliau marah dengan tindakan Samiri.

Firman Allah: “Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa; wahai kaumku, bukankah Tuhanmu menjanjikan kepada kamu suatu janji yang baik? Apakah sudah lama masa berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki supaya kemurkaan Tuhanmu menimpamu, kerana itu kamu melanggar perjanjianmu dengan aku.”

Musa bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran: “Berkata Musa; apakah yang mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti dorongan nafsuku.”

Kemudian Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu daripadaku, patung anak sapi itu akan aku bakar dan lemparkannya ke laut, sesungguhnya engkau akan mendapat seksa.”Umat Nabi Musa bersifat keras kepala, hati mereka tertutup oleh kekufuran, malah gemar melakukan perkara terlarang, sehingga sanggup menyatakan keinginan melihat Allah, baru mahu beriman.

Firman Allah: “Dan ingatlah ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, kerana itu kamu disambar halilintar, sedangkan kamu menyaksikannya. Selepas itu Kami bangkitkan kamu selepas mati, supaya kamu bersyukur.” Sumber:wikipedia

 ukiran anak patung sapi samiri




DAHAB

Selepas mendaki Sinai, kami menuju ke Dahab, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Sepanjang perjalanan kami, ditemani laut yang membiru, Laut Merah. Petang tu, kami  naik ATV, ke tepi pantai dan melalui padang pasir. Seronok sangat! First time naik ATV, rasa excited dye takyah nak cakap lah, seronok! Bersiar-siar sambil tadabbur alam. Masa ni satu benda yang Allah ajar, betapa pentingnya sahabat, memberi sokongan,semangat, dan tenangkan sahabat dye saat gemuruh,huhu. Be my harun! (Taha 25-34)

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham perkataanku;
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
"Iaitu Harun saudaraku;
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;




Keesokan harinya kami snorkeling di blue hole di pantai dahab. Cantik sangat blue hole,dengan airnya yang jernih, banyak ikan-ikan kecil dan batu karang. Subhanallah.  Nak dijadikan cerita, kita terpijak landak laut masa sibuk nak ketatkan goggle, sakitnya kaki masa tu, dua-dua kaki terpijak landak laut. Pastu terus stop snorkeling dan letak cuka kat kaki, rasa la bengkak dan sakit dalam 2 jam. Lepas tu dah oke dah. Alhamdulillah. Btw,kesian landak laut kena pijak :p tapi yang sakit tu kita. Uhuks. Takpe tu pun dikira pengalaman yang indah tau!


SHARM EL SHEIKH

Tengah hari  tu kami bertolak balik ke cairo. Tak sempat berhenti ke sharm el sheikh,sebab pakcik bas kata dah lambat.  So lalu je kat situ. Untuk pengetahuan semua, sharm el sheikh ni tempat pertemuan pemimpin-pemimpin dunia untuk berbincang tentang perdamaian.

On the way ke sharm el sheikh, kami lalu tempat yang bernama Ra’su Muhammad, yang terletak di hujung Sinai. Dikatakan disinilah berlakunya kisah kaum yang berubah menjadi kera. Wallahuallam. (Ayat 163- 168 surah al-A'raf)

Allah menceritakan kepada kita tentang kisah satu kampung Yahudi yang terletak berhampiran dengan pantai. Penduduk kampung ini telah diperintah agar tidak menangkap ikan pada hari Sabtu tetapi pada hari yang lain mereka dibenarkan berbuat demikian. Allah menguji mereka iaitu dengan menjadikan iakn di dalam laut menjauhi penduduk kampung itu pada hari yang dibenarkan untuk menangkap ikan tetapi pada hari Sabtu ikan-ikan itu datng secara berkelompok dan kelihatan terapung-apung di atas permukaan air laut. 

    Pada masa inilah syaitan datang menggoda mereka agar menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga melupakan mereka mengenai larangan Allah. Syaitan telah memberi jalan kepada mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan pada hari tersebut yang mana mereka menganggap dengan cara itu Allah tidak melarangnya. Apabila melihat adanya kumpulan yang engkar dengan larangan Allah maka timbul pula dua kumpulan yang agak berbeza pendapat mengenai tugas memperingatkan kepada mereka yang telah engkar itu tentang kesalahan mereka. Kumpulan pertama merupakan mereka yang soleh dan pendakwah yang menjalankan kewajipan mereka. Mereka telah memarahi orang-orang yang engkar dan menunjukkan perasaan benci dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang engkar dengan larangan Allah itu. 

    Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang diam sahaja dengan apa yang berlaku yang mana tidak usaha yang dilakukan untuk menegah mereka yang engkar. Mereka hanya tidak bersetuju dalam hati tanpa diusahakan dengan kuasa yang ada. Mereka juga melahirkan rasa tidak bersetuju dengan kumpulan pertama yang menasihati serta menegah mereka yang engkar dengan jelas kerana bagi mereka sudah tidak berguna segala nasihat dan peringatan yang diberi sedangkan mereka merupakan puak yang akan dihancur dan diazab oleh Allah. Kumpulan pertama menghadapi persoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan kedua dengan baik dan brrhikmah yang mana mereka menyatakan bahawa tujuan dan matlamat sebenar mereka melakukan tegahan dan teguran secara jelas kepada mereka yang engkar adalah untuk menunaikan kewajipan serta boleh dijadikan alasan di hadapan Allah nanti di akhirat. Disamping itu juga mereka begitu mengharapkan agar puak yang degil itu kembali bertaubat dan bertaqwa kepada Allah. 

    Ketika Allah menurunkan bala ke atas mereka yang engkar tadi iaitu dengan menukar bentuk mereka menjadi kera yang hina yang mana pertukaran rupa bentuk ini adalah yang sebenar bukannya dari segi sifat sahaja.Tetapi kera-kera ini tidak meninggalkan nasab mereka yang mana mereka tidak hidup selepas itu melainkan sedikit. Manakala kumpulan pertama yang terdiri daripada pendakwah yang soleh diselamatkan dan mereka dimasukkan dalam golongan yang berjaya. Nasib kumpulan dua pula tidak dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang menyebabkan ulama' berselisih faham mengenai mereka yang mana ada di kalangan ulama' mengatakan mereka ini diselamatkan dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka turut dihancurkan oleh Allah bersama mereka yang engkar.


Sumber: http://baitdarululum.tripod.com/BQ/BQ5.htm

Travelog #ibrahmisr Part 1 ( 13/1/2016 )



Ini cerita kami ber-enam. Dengan hadaf mencari wasilah mendekatkan diri pada Allah, mengutip semangat para anbia,sahabat-sahabat dan para solihin. Bumi kinanah pilihan destinasi kami.  Bermatlamatkan Allah, moga Allah redha perjalanan kami dan moga berbuah pahala. Beberapa meeting jaulah diadakan supaya setiap perjalanan kami lancar dan dimudahkan segala urusan nanti. Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi yg Allah tetapkan itu yang terbaik. Thiqah billah!




Sebelum mula jaulah,memang sentiasa diingatkan jangan expect apa-apa,tapi expect je Allah in everything. Supaya apa je yang Allah takdirkan sepanjang jaulah, moga diterima dgn hati yang lapang dan terbuka.  Awal-awal perjalanan lagi, Allah bagi ujian. Amni dan ety tak dapat iqamah,polis taknak bagi surat pengampunan dan suruh mereka mintak kat polis di airport. Sepatutnya tak perlu bayar pun, tapi polis kat situ tetap suruh bayar. Beberapa JD melayang. Masa tu emosi diorang dah tak berapa nak stabil,marah dan geram bercampur. Tapi sangat masyaAllah, diorang tetap positif dan yang berlalu dibiarkan berlalu. Betapa Allah yg pegang hati, Allah salimkan hati diorang. J

Pukul  5 pagi bertolak ke mesir dari Jordan, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Dan Alhamdulillah tiba di mesir dengan selamat. Sepatutnya hari pertama kami, tour guide akan datang ambil di airport dan terus ke bahnasa. Sbb Allah sayang, Dia uji lagi, kami tunggu tour guide untuk jemput kami di cairo airport selama 3 jam. Takde simcard mesir, wifi kat aiport pun takde, masa tu memang buntu tak tahu nak contact tour guide mcm mana. Allah hantarkn orang2 yang baik utk kami pinjam phone dan wifi. Call tak angkat dan whatsapp tak jawab. Sabar. Naik van untuk ke tempat penginapan kami di hayyu sabiq. Ingatkan macam van biasa, rupanya van kontot, memang tak muat untuk 6 orang, sekali ngan bagasi pulak tu.  Tapi sebab dah akidkan ngan pakcik tu so teruskan je. Ety terapung. Haha.

Hmm,ya Allah hari pertama pun dah macam2 ujian, tapi tak tahu masa tu kami mampu senyum dan gelak je. Rasa lucu.  Sangat rasa betapa Allah yang pegang hati, Allah lapangkan hati kami. Alhamdulillah. We believe, everything happen for a reason. No worries.Tapi lepas hari pertama tu, Alhamdulillah sangat Allah mudahkan trip kami dan Allah hantarkan ramai sangat orang2 baik, sangat2 baik,menyantuni kami tanpa syarat. Speechless sangat. Moga Allah balas jasa korang dengan syurga.

Jaulah kami ni jaulah akhawat. Ada 6 trip dari Jordan, kami trip yang pertama dan terlama,18 hari,hehe. PIC untuk trip kami namanya baizura,solehah,baik sangat, sabar ngan kerenah kami, terlekat dengan trend sweet2  akhawat Jordan. Heee maafkan kami bai, bawa anasir yang kurang sihat pulak. Haha. Pukul 10 lebih sampai di hayyu sabiq, rehat-rehat, qailulah. Lepas zohor kami menziarahi maqam2 para ulama. Sangat terkesan bila akhawat  mesir share doa ni

“ Ya Allah sampaikan salam kami kpd pemilik maqam ni,dan ketemukan kami di syurgaMU”
Rasa ja mcm tak layak tapi berharap :’)


Lepas tu kami shopping di khan khalili bazzar. Seronok sangat macam-macam ada kat sana. Antara tempat yang wajib datang kalau pergi mesir. Solat asar di masjid al-azhar. malam tu, kami ke City Star Mall, besar sangat-sangat. sangat-sangat. sampai sesat nak cari restoran  sushi. menu malam tu,sushi, sebab ety nak jumpa kawan yang dah lama terpisah,odahhh sekaligus nak makan makanan kegemaran dia. kita layankan aja heeee.