Sunday, December 30, 2012
Welcome 2013!
Tuesday, December 11, 2012
DI BALIK MAHLIGAI KASIH AL-QARADHAWI
Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti Qatar. |
--------------------------------------
Maaf! kadang2 sombong itu sangat2 perlu. Sombong itu aku perlu untuk jaga hati & imanku~
Monday, December 3, 2012
Pesan Imam al-Ghazali
1)Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa..
2)Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..
3)Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..
4)Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui..
5)Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...
6)Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
Ya Rahman ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku. (#mencariKeredhaanIlahi)
Saturday, December 1, 2012
Erti Syukur. Alhamdulillah!
Assalamualaikum to all readers.. sollu a’la nabiyy ~ ^^
Alhamdulillah syukur Allah masih izinkn kita brnafas lagi pada hari ni. apa khabar iman? iman adakalanya naik dan adakalanya turun. sumenye bergantung pada kita,apa usaha2 yg kita lakukan yang dapat menambahkan iman kita.
hmm. berbicara soal syukur. bila ditanya, adakah kita bersyukur dengan nikmat yg Allah bagi pada kita? masing2 membenarkan.. ye2, saya syukur sangat2. tp, dalam x sedar, kita x pernah pun menzahirkan kesyukuran kita pada Allah. mulut kata syukur,tp anggota badan terus melakukan maksiat pada Allah. tak nak solat. Tak nak tutup aurat . Tak jaga hubungan ngan Allah. tak nak jaga pergaulan antara laki n perempuan. tak nak bace al quran. Tak nak puasa. Tak nak pegi usrah. sumenye tak nak. tapi bila Allah bagi nikmat, nak pulak. Tak malu!
hmm. jom la same2 kita jadi org yg tahu malu. malu nak lakukan kemungkaran, malu nak lakukan maksiat setelah Allah bagi bertimbun- timbun nikmat. jom belajar erti syukur. dari sekecil2 perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.
Allah mengingatkn dlm surah ibrahim ayat 7 yg brrmaksud : "sesungguhnya jika.kamu bersyukur,pasti Kami akn menambah nikmat kepadamu. jika.kamu mengingkari ,ssungguhnya azabKu sgt pedih. "
Jom sama2 tingkatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNya kepada kita! ^^
-----------------
Alhamdulillah, finally home! habiskan masa cuti sebulan ni sebaik mungkin. InsyaAllah :-)
Friday, October 26, 2012
sebelum aku bernikah
Assalamualaikum to all readers.. Sollu ala nabiyy~ ^^
“Sebelum aku bernikah”
Alhamdulillah,da khatam buku ni,karya Hilal Asyraf. Sarat dengan ilmu2. Sgt sesuai utk para remaja,sesiapa saje, mahupun org yg da kahwin. Bace lah buku ni! =)
Ramai remaja skg sibuk berfikir siapakah bakal imam @ makmum mereka. Siapakah? Sedangkan itu bukan yg utama. Yang penting skg ialah persiapkan diri kearah mampu. Persediaan itu ialah persediaan rohani,emosi & material.
Rohani : Iaitu bagaimana hubungan kita dgn ALLAH. Apakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap yg disifatkan baik? Amalan2 seharian kita,kefahaman berkenaan akidah,ibadah serta Islam itu sendiri.
Emosi : Iaitu bagaimana membina kematangan emosi,supaya dpt berhadapan dgn apa2 shaja situasi dengan baik.
Material : usaha mendapatkan wang dan usaha membina kekuatan sara hidup perlu ada.
Hmm…bagi seseorang yg mahu bercinta,dia persoalkan dirinya:
1. Bagaimana hubungan dengan Allah?
2. Bagaimana kefahaman berkenaan Islam?
3. Bagaimana kawalan emosi?
4. Bagaimana kemampuan dalam kewangan?
5. Bagaiman perancangan berkenaan kehidupan? Punya wawasan yg jelas.
Itu merupakan secebis dpd input2 yg penting dalam buku ni. Sangat3 bermanfaat! Nak tahu banyak lagi info,kene beli sendiri la buku ni.. tak rugi,hihi. Jangan lepaskan peluang utk bace buku ni oke. ^^
“ sekiranya benar cinta,mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa2 yg membawa ke neraka , itu bukan cinta namanya..”
( Kahwin itu mungkin, tapi MATI ITU PASTI.. Muhasabah diri~) Same2 persiapkan diri,istiqamah dalam melakukan amalan, sebagai persediaaun menghadapi KEMATIAN yg PASTI. Moge Allah redha~
---------------------
Kadang2 aku alpa, lalai, jauh dariNya.. Ku harap kamu,kamu dan kamu mampu memimpinku ke syurga Ilahi. Hanya rahmat & redha Ilahi yg dicari. Bantulah aku sahabat….. (Insan yg Alpa)
Thursday, August 16, 2012
Sanah helwah Sally =)
Sanah helwah sahabat terchenta,cik sally!!! MaY ALLAH bless u owezz~ asif jiddan lmbat upload sehari,ade masalah sikit kelmarin,hihi. Enjoy urself <3
Uhibbuki fillah ukhti salma malihah ^^
Thursday, July 12, 2012
Menanti Ramadhan
Biar la gambar mengungkapkan segalanya....~
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
----------------------------------------
Ringkas je post ary ni.. kenape? x sempat nk update pnjang2,beberapa minit je lagi tinggal sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.. will missing u TERENGGANU.. ^^
Bismillahirrahmanirrahim.. kaki melangkah keluar rumah utk menuntut ilmu kerana Allah, perjuangan ini baru sahaja bermula... :')
Sunday, July 8, 2012
7 days to go..
7 days to go~
Ahad ni,sy secara rasminya akan bergelar mahasiswi di UniKL MESTECH. Becampur baur perasaan nih.excited, happy, sedih n sayu je rase. InsyaAllah, bertekad utk lakukan yg terbaik kerana Allah. segalanya demi menggapai mardhotillah. Ma,abah.. i'll try to do my best! pray 4 ur princess♥
dah hampir 6 bulan lebih berehat dr sesi pembelajaran, moge Allah bermudahkan sgala urusan nanti. Hmm,pejam celik pejam celik, dah 18 tahun sy rupanya. Dah macam2 sy dah lalui, suka duka sy lalui,sy tahu Allah ada. Ukhuwah fillah mengajar erti sebuah kehidupan,kesabaran,ketabahan & yang pling penting kasih sayang. Alhamdulillah ya Allah,setiap apa yg Engkau uji sepanjang hidup ni, sudah tentu ada hikmahnya. Bahkan bukan derita sahaja merupakam 1 ujian,malah bahagia itu juga ujian. bagaimana kita lalui saat kita bahagia? bersyukur padaNya atau terus lupa Si Dia yang memberi nikmat?
Terima kasih Allah,kau bawaku ke jalan Allah. Betapa indahnya kemanisan iman,indahnya ukhuwah fillah. Moge sentiasa istiqomah di jalan Allah.~
----------------------------------------------------
First thing first! Jom kejar cinta Allah sebelum cinta manusia ♥ Alhamdulillah ala kulli hal wa Astaghfirullah ala kulli zanbi ::.
''maka nikmat tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?''...
Tuesday, July 3, 2012
Syaaban & Malam Nisfu Syaaban ♥
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
- Bertaubat
Sunday, June 24, 2012
Temuduga Yayasan Terengganu
Kalu sebelum ni sy da kongsi pengalaman temuduga biasiswa maidam,ary ni i wanna share my experience mase temuduga tajaan yayasan terengganu pulak.
oleh kerana tangan ni rase cam malas je nak tulis,so sy ringkaskan keyh. untuk interview YT ni, akan ade ujian bertulis n temuduga berkumpulan. ujian bertulis tu ialah IQ test. korang search je kat google,soalan dye lebih kurang macam tu lah..
Then,untuk temuduga berkumpulan pulak, 5-6 orang akan diinterview sekaligus. masa ni la, kita nak tunjukkan kebolehan kita,kene beranikan diri suarakan pendapat. Interviewer akan sentiasa provoke kita. soalan die banyak yg nak perangkap kita,so kene pandai2 la ek.hihi.
Time sy dulu, antara soalan2 yg ditanya pasal Bersih, 1 Care, pasal pemimpin, nama2 menteri, n banyak lagi. kebanyakannya pasal isu semasa la. so,prepare keyh! ^^ Emm,tu je kot, no idea la pulak malam ni. kalu ade pape soalan,jgn segan silu nak tanya.. =)
sy mmg taruh harapan tinggi sgt2 untuk interview YT nih,sebab sy x yakin langsung yg sy akan dapat MARA. Bila my dad call YT, dye kata ranking sy 30 lebih. tp orang atasan kata amek 25 orang SAHAJA! huk3,rase down sgt2 masa tu, sikit lagi tuh! =(
Disebalik hujan rupanya tersembunyi pelangi yg sgt indah! Tup2! Dapat tajaan MARA. mmg x expect langsung kot. kalau ada rezeki x kemana, ALHAMDULILLAH ^^. konklusinya,kalu x berjaya jangan cdeyh sebab Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya..~
--------------------------
"Dr. Mohamed Morsi announced as Egypt's first elected President after the glorious 25th of Jan Revolution. Congratulations & hopes of a bright future for Egypt and all Egyptians! Alhamdu lillah and Alf Mabrook :)" ~Maher Zain~
Sunday, June 17, 2012
Peristiwa Israk dan Mikraj
Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
4. Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
-----------------------------------
Moge diberi kekuatan menempuh ujian mendatang.. n__n
Hati2 dengan HATI ♥