Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Sunday, March 13, 2011

~ Himpunan Untaian Mutiara Kata ~

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan...~

ALLAH mmg Maha Penyayang.. Dsaat kte b'jauhan DIA hadirkan dlm hati kita kerinduan,
ktika tiadanya antara kita pertemuan DIA wujudkan ingatan,bahkan waktu jasad s0rg insan tidak lagi bernyawa DIA hubungkan ikatan jiwa 2 shbt dgn d0a tanda sebuah keikhlasan dr s0rg teman..


Wanita,jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga...

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya...~


Sekuat mane pun godaan yg sedang kite hadapi,sebesar mane pun cobaan yang harus kite jalani,sebanyak mane pn kgagalan yang pernah kita rasai,jgn pernah berhenti berharap pd pertolongan Allah Taala..jgn pernah berhenti brdoa pd Sang Rabbul Jalil kerana harapan adalah mase hadapan...krana DOA adalah pintu kebaikan,senjata org beriman..

"wahai Tuhanku,cukuplah kmuliaan bagiku dgn menjadi hambaMu..dan cukuplah kehormatan bagiku bahawa Engkau sbgai Tuhanku... Engkau adalah spt yang aku cintai..maka jadikanlah kiranya aku spt yg Engkau cintai"- Ali bin Abi Thalib

Cinta itu sebenarnye satu misteri yg hanye mampu dibiaskn oleh nur Ilahi..Hanya yg benar2 mengerti amanah khalifatullah akn mampu mengutip nur Ilahi dan boleh menyelamatkan manusia dr kebutaan cinta nafsu..Mudah mudahan kte tergolong dari nye...

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah

Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain~ (Osman Affan)

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan ♥ dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran ♥ serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan~


Jika ada sesiapa yg pinta cintamu,
katakanlah ia hanya utk Allah,
rindumu utk Rasulullah,
dan kasihmu utk IbuBapamu...
Dan jika ia pinta keikhlasanmu,
...berilah pada yg tahu menghargainya...~

No comments:

Post a Comment