Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Sunday, April 28, 2013

Rahsia Qailulah

Cuba kita praktikan sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"(Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Cubalah amalkan sunnah Qailulah ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.


http://www.virtualfriends.net/article
----------------------------
Doakan sy dan sahabat2 seperjuangan dapat menjawab imtihan akhir dengan cemerlang. Bittaufiq Wannajah, In Sya Allah ^^

Friday, April 19, 2013

Qaedah Sulbah .

* Qaedah Sulbah * 

Assalamualaikum :)
Semoga Allah sentiasa menjaga antunna semua. Ameen. Tersentap 
dengar kak izzati bercakap soal QS. Setepek kena kat muka. Allah,
naik bulu roma,tetiba jantung berdegup laju. Allahurabbi,besarnya
 amanah ni,kalau tak laksanakan sebaik mungkin,nak jawab apa 
depan Allah nanti. Nanges lelaju :'(. Jom baca tentang QS! 

Apa itu qaedah sulbah?
  • Qaedah is from al-qawa'id..refer to surah an-nahl,16:26 
    ~"...maka Allah menghancurkan rumah2 mereka mulai 
    dari pondasinya, lalu atap..."
  • yg bermaksud pondasi (indon) = foundation = asas
  • Sulbah is from sulbi - tulang yg kukuh..refer 
    surah al-'araf, 7:172 ~"Dan ingatlah ketika Tuhanmu 
    mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak 
    cucu adam..."
  • So, qaedah sulbah ialah pembinaan asas yg kukuh dalam 
    dakwah ni.
- sebenarny QS adalah step dalm gerak kerja dakwah mengikut 
cara Rasulullah SAW.
- kita nak bina 7 tangga maratib amal tu la, perlu drpd asas iaitu
 individu muslim.


- dalam kita nak bina 7 tangga ni, kita perlu clear dari segi 
 why + how = maqbul.
  • why - knpa kita nak buat semua benda2 ni? penat,
     dugaan.. sebab kerana ALLAHseikhlas2nya. refer to sirah,
     bagaimana iman para sahabat and how mereka bekerja, 
    diaorang ALL OUT habis - habisan sampai kita pun dapat ISLAM. 
    Alhamdulillah.
  • how - dengan mengikut dakwah cara Rasulullah tp bukan
     nak ikut tempoh masa Rasulullah bekerja selama 23 tahun.
  • contohnya, dalam masa 3 tahun kena dakwah secara 
    sirriyah (sembunyi), Rasulullah + sahabat, solat, halaqah semua 
    sirr. tp kita sekarang x sirr pun kan.. terang2 lagi, siap kena 
    marah2..hehehe
  • masa dakwah secara jahriyyah (terang-terangan), kenapa
     diperintahkan? 1st memang Allah suruh. 2nd sebab dalam masa 
    3 tahun tu dah ada core group yg Rasulullah bina tp x semuanya
     yg betul2 kualiti. macam kita jugak, dalam satu group tu, mesti
     ada yg di dalamnya kualitinya berkurang. sebab tu perlu di 
    luaskan dakwah. so, yg core group ni perlu bekerja lebih la
     untuk support sahabat2 mereka.

  • maqbul - adalah penerimaan. mardhatillah = UA. bilakah? 
    not to worry, just kita kerja, kerja, kerja.. hanya Allah yg tahu 
    segalanya.

  • dalam pembentukan qaedah sulbah ni, ada ciri2 pengikut dakwah
      yg perlu ada:
  1. orang yg mampu menanggung fitnah (apa2 halangan untuk
     bergerakdlm dakwah) dri segi fizikal, fitrah + kelaparan.
  2. orang yg mampu untuk menyerahkan segala benda hanya pada 
    Allah kerana dakwah. fuhh! sgt hebat orang ini!
  • di Mekah, terbentuknya assabiqun al-awwalun min al-muhajirin 
    (hasil tarbiyyah from Rasulullah).
  • di Madinah, terbentuknya assabiqun al-awwalun min al-ansari 
    (hasil tarbiyyah from Mus'ab bin Umair dll). ni juga kesan from 
    Bai'ah Aqabah yg ke-2.
  • so, gabung 2 golongan ni, jadilah qaedah sulbah di Madinah 
    (CORE GROUP).
    "Dalam ramai yang join tarbiyyah, set mind yg kita ni nak ada
     dalam QS ni, nak tergolong dalam golongan 3% tu (pentingkan
     kualiti bukan kuantiti). Mesti jadi individu muslim yang betul2
     amalkan syariat islam. Bukan sekadar dapat tarbiyah kosong.
     Jangan biarkan wasilah Nabi terputus kat kita. Persiapkan diri 
    untuk jadi penyambung madrasah dakwah dan tarbiyyah ni.
     Moga diberi kekuatan untuk ISTIQAMAH. "
     
- kesimpulannya, kita kena faham pembinaan core group ini 
sangat penting dalam perjalanan dakwah kita. kita manusia hanya
 mampu berusaha sebab Allah suruh kita berusaha untuk dapatkan
 pahala daripadaNya. natijahnya(hasil) Allah yg tentukan. so, 
core group ni, perlu "pekat" untuk membina individu muslim yg lain.
 matlamat kita nak bawa mereka pada Allah = kembali tunduk pada
 sistem Ilahi. sebab kerja dakwah dan tarbiyyah ni bukan kerja yg
 main2. kita perlukan pasukan dakwah yg muntij. dan core group
 ni jugak kena lah bertambah dari semasa ke semasa. so, golongan 
assabiqun al-awwalun perlu bekerja keras untuk mantapkan + 
berkembangnya dakwah islamiyyah hingga tertegaknya islam di
 muka bumi ni.

Wallahua'lam.

Monday, April 15, 2013

Broga Hill. Daebak!


Assalamualaikum semua. Allahumma solli ala Muhammad. =)

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan kita udara utk bernafas. Masih lagi dapat merasai nikmat yang paling besar, iaitu nikmat Islam dan Iman. Syukur minggu lepas  dah habis second exam for this sem. Suka2! Trip ke  Tioman pun da selesai. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah Allah permudahkan. Setiap yang Allah takdirkan ada hikmahnya,terima dengan hati terbuka.=)

Lari dari title atas pulak. Sebenarnya, nak kongsi sikit pengalaman pergi Broga Hill. Daebak! Best sangat. Tak rancang pape pon,tup tup malam tu amni ajak pegi Broga Hill pagi esok. Apa lagi,mestilah nak join sekali! Pagi esok  tu, dalam pukul 5 pagi kami bertolak ke sana dari kajang. Dah la tiga2 orang budak perempuan ni tak pernah langsung pergi Broga,jalan pon tak tau. Berani betul amni, guna  GPS terus gerak. Tengok2 sesat kat kampung mana entah,dah la gelap,scary la jugak. Then,kami amik keputusan patah balik ke petronas nak tanya tempat. Alhamdulillah,Allah tunjuk jalan,akhirnya selamat sampai after half an hour.

Sampai je kat sana baru perasan rupanya kami tak bawak satu pun torchlight, dah la gelap gulita. Aiseh,terpakksa guna flash kamera hset. Sampai je kat sana,ada satu group ni tengah solat subuh berjemaah, Alhamdulillah masa tu kami dah ada wudhuk, terus je solat  ngan dirorang even tanpa telekung solat. Mudah kan,semudah 1,2,3. So jangan lupa pakai baju tutup aurat ye! =)

Oke lah, pastu kitorang panjat  bukit tu lebih kurang dalam sejam jugak kot, mungkin lah, tak perasan pulak masa tu. Masa nak sampai puncak tu agak mencabar la,so kena hati2 ye kawan2. Yang lawaknya,si amni ni,dye bawak kasut sukan tapi tinggal lam kereta,naik bukit pakai kasut crocs kot,kesian pulak,hihi. Macam-macam la.hoho. Sampai kat puncak tu,subhanallah memang cantik sangat pemandangan. Hebat sungguh ciptaan Allah,memang  daebak lah! Kat atas tu,kami bertiga start mengila, posing2 bagai nak amik gambar, masuk dalam semak sebab nak amik gambar scene cantekk, laung Allahuakbar sama2,siap buat video bagai,syok!!huhu.

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” [Surah Ar-Ra’du :3]

Hampir dua jam kot duduk kat puncak Broga nikmati keindahan alam. Alhamdulillah dapat banyak ibrah bila  jalan2 atas bumi Allah terutamanya bersama sahabat-sahabat yg apabila pandang meraka ingat akan Allah. Subhanallah, indahkan ukhuwah fillah!

Masa turun dari Broga tu, memang tak fikir orang lain dah, kami lari mcm kanak2 riang, tak terasa sangat letih masa tu, enjoy sgt, berlari masa turun bukit tu, stamina kuat sangat kot masa tu. Balik hostel,baru la terasa letih sangat2, landing atas katil, qailulah.

(Diri sendiri juga sedang cuba praktikkan utk istiqamah) Cuba kita praktikan sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"(Riwayat ai-Tabrani)

Tu la sedikit sebanyak.  Even memang letih sangat2 lepas tu,tapi sangat2 berbaloi. Pandang la semua ciptaan Allah dengan kaca mata Islam, In sya Allah. =)





Sunday, February 17, 2013

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceas
er, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.


Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? 

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? 

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


-----------------------------------

Merancang misi seterusnya. Taknak jd bahan tambahan kepada dunia, so kene sumbangkan sesuatu nie. FIKIR =)

Monday, February 11, 2013

Sifat Mereka Yang Dirindui Syurga












SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 HINGGA 11.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman 
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, 
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:

7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;

10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi--

11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Jom usaha jadi hamba yng dirindui syurga :') ♥

Wednesday, January 30, 2013

Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta



Assalamualaikum to all readers. Sollu ala nabiyy ^^

     Alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullah ala kulli zanbi. Apa khabar sume? Semoga sentiasa sihat agar terus istiqamah di jalan Allah.

     Subhanallah.Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta. Jatuh cinta dengan Majlis Ilmu. Majlis ilmu tu sangat indah. Sesiapa yang masih merasa menghadiri majlis ilmu tu satu beban, berdoalah pada Allah moga Allah buka hati kita semua untuk cintai majlis ilmu. Pergi majlis ilmu ataupun bulatan gembira yang biasanya dipanggil usrah tu sebenarnya banyak sangat manfaatnya. Terutamanya bertujuan untuk mendekati Allah dan untuk dapat rahmat dan redha Allah semata. Ya Allah, kami sudah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan  majlis ilmu. Alhamdulillah (n__n)

     Untuk menghadiri majlis ilmu  atau usrah selama semingu sekali tu pun mengira. Cuma perlu luangkan masa 2 jam dripada 168 jam dalam seminggu untuk usrah pun mengira. Tapi kalu pergi shopping complex, makan angin, jalan-jalan hampir setengah hari boleh pulak ye.  Haa,camne tu???

     Untuk menghadiri majlis ilmu  atau usrah yang ada mengenakan sejumlah yuran, contohnya yuran sebanyak RM80,RM90, RM100. Fuhh,mahal tuu! Eh2,banyak ni pun nak mengira. Tapi boleh pulak habiskan RM100-RM200 semata-mata nak beli barangan branded, kasut, baju,beg tangan,tudung. Haa, camne tu???

     Sahabat2 yang dicintai kerana Allah, banyak sangat  kelebihan bila hadiri majlis ilmu dan usrah ni. Kalau ada peluang untuk sertai mana2 majlis ilmu ataupun usrah, grab cepat2! Kalau tak,ruugi.. oke? =)

Antara kelebihan menghadiri majlis ilmu :

1) Majlis ilmu ialah majlis ma'rifat. Allah akan mengampuni segala dosa kita. dosa kedua ibubapa kita kpd sesiapa yg mengikutinya.

2) Majlis di mana Allah telah menapis setiap org yg menghadirinya sebanyak 40x sblum dapat menghadirinya. masyaAllah,sgt hebat ssiapa yg dpt menghadiri majlis ilmu.*bukan susah pun kn???

3) Malaikat akn berdialog dgn Allah.Malaikat akan berkata dgn Allah bhwa org2 yg hadir majlis ilmu ini meminta untuk di masukkan ke dlm syurga.lalu Allah mengizinkan. subhanallah..sungguh pemurah nye ALLAH kn??

4) Majlis ilmu adalah sama dgn taman2 syurga di mana mengalirnya anak2 sungai yg indah.subhanallah~

5) Majlis ini di kelilingi oleh para malaikat yg ramai yg sama2 mendengar majlis ilmu yg di berikan.*perkara2 ghaib ini kita xdpt melihatnya tapi insyaAllah ia benar kerana ia telah di sabdakn sendiri dari rasulullah s.a.w.

6) Majlis ilmu ialah sunnah rasulullah s.a.w. dan kelebihan bg pengamal sunnah rasulullah (walaupn SATU),dia akan dikurniakan Allah 100x pahala mati syahid.masyallah..

Subhanallah! In sya Allah, bila kita bantu agama Allah, confirm Allah akan bantu kita. Peringatan buat diri sendiri terutamanya untuk dikongsi dengan orang lain. Tabarakallah ^^
----------------------------------------------------
Bila aku tersungkur jatuh, bantu aku untuk bangkit kembali T_T

Saturday, January 5, 2013

Syarat-syarat solat qasar dan jama’

Syarat-syarat solat qasar dan jama’


Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak dan tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.
  • Jarak musafir tidak kurang dua marhalah iaitu 91 kilometer atau 56 batu (sila rujuk http://www.islam.gov.my/).

  • Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasarkan atau menjama’ solat walaupun perjalanannya melebihi 2 marhalah.

  • Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu 4 rakaat iaitu solat zohor, asar dan isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak

  • Tahu solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang yang musafir

  • Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat

  • Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar, dia telah sedar bahawa dia sudah sampai ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solat fardhu 4 rakaat.

  • Mengerjakan solat qasar dan jama’ diluar kawasan kampung keluarga atau diluar daerahnya

  • Berniat sebelum bertolak hendak bermukim ditempat yang dituju tidak lebih daripada 3 hari. Setelah 3 hari, sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, wajib solat sempurna dan dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak, dia berniat menetap ditempat lebih daripada 3 hari maka putuslah musafirnya sebaik tiba ditempat tersebut.
sumber : http://luvislam92.blogspot.com

---------------
rencana Allah itulah yg terbaek! =')