Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, April 15, 2013

Broga Hill. Daebak!


Assalamualaikum semua. Allahumma solli ala Muhammad. =)

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan kita udara utk bernafas. Masih lagi dapat merasai nikmat yang paling besar, iaitu nikmat Islam dan Iman. Syukur minggu lepas  dah habis second exam for this sem. Suka2! Trip ke  Tioman pun da selesai. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah Allah permudahkan. Setiap yang Allah takdirkan ada hikmahnya,terima dengan hati terbuka.=)

Lari dari title atas pulak. Sebenarnya, nak kongsi sikit pengalaman pergi Broga Hill. Daebak! Best sangat. Tak rancang pape pon,tup tup malam tu amni ajak pegi Broga Hill pagi esok. Apa lagi,mestilah nak join sekali! Pagi esok  tu, dalam pukul 5 pagi kami bertolak ke sana dari kajang. Dah la tiga2 orang budak perempuan ni tak pernah langsung pergi Broga,jalan pon tak tau. Berani betul amni, guna  GPS terus gerak. Tengok2 sesat kat kampung mana entah,dah la gelap,scary la jugak. Then,kami amik keputusan patah balik ke petronas nak tanya tempat. Alhamdulillah,Allah tunjuk jalan,akhirnya selamat sampai after half an hour.

Sampai je kat sana baru perasan rupanya kami tak bawak satu pun torchlight, dah la gelap gulita. Aiseh,terpakksa guna flash kamera hset. Sampai je kat sana,ada satu group ni tengah solat subuh berjemaah, Alhamdulillah masa tu kami dah ada wudhuk, terus je solat  ngan dirorang even tanpa telekung solat. Mudah kan,semudah 1,2,3. So jangan lupa pakai baju tutup aurat ye! =)

Oke lah, pastu kitorang panjat  bukit tu lebih kurang dalam sejam jugak kot, mungkin lah, tak perasan pulak masa tu. Masa nak sampai puncak tu agak mencabar la,so kena hati2 ye kawan2. Yang lawaknya,si amni ni,dye bawak kasut sukan tapi tinggal lam kereta,naik bukit pakai kasut crocs kot,kesian pulak,hihi. Macam-macam la.hoho. Sampai kat puncak tu,subhanallah memang cantik sangat pemandangan. Hebat sungguh ciptaan Allah,memang  daebak lah! Kat atas tu,kami bertiga start mengila, posing2 bagai nak amik gambar, masuk dalam semak sebab nak amik gambar scene cantekk, laung Allahuakbar sama2,siap buat video bagai,syok!!huhu.

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” [Surah Ar-Ra’du :3]

Hampir dua jam kot duduk kat puncak Broga nikmati keindahan alam. Alhamdulillah dapat banyak ibrah bila  jalan2 atas bumi Allah terutamanya bersama sahabat-sahabat yg apabila pandang meraka ingat akan Allah. Subhanallah, indahkan ukhuwah fillah!

Masa turun dari Broga tu, memang tak fikir orang lain dah, kami lari mcm kanak2 riang, tak terasa sangat letih masa tu, enjoy sgt, berlari masa turun bukit tu, stamina kuat sangat kot masa tu. Balik hostel,baru la terasa letih sangat2, landing atas katil, qailulah.

(Diri sendiri juga sedang cuba praktikkan utk istiqamah) Cuba kita praktikan sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"(Riwayat ai-Tabrani)

Tu la sedikit sebanyak.  Even memang letih sangat2 lepas tu,tapi sangat2 berbaloi. Pandang la semua ciptaan Allah dengan kaca mata Islam, In sya Allah. =)





No comments:

Post a Comment