Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Wednesday, December 21, 2011

~Rahsia Khusyuk Dalam Solat~

Salam to all readers~

Malam yg sungguh tenang kan? huhu.. oke lah,sy nk kongsi 1 kisah kat korang sume. Mgkin korang sume da pernah bce article ni kan? Tp,x salah kalau kte bace semula same2 utk mengingatkan diri yg mudah lupa..^^

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

             1. Bertaubat
             2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
             3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

 
Good nitezz~ zzzzzzzzzzz..... =)

Friday, December 16, 2011

~Doa (memasuki) Laman Facebook dan laman2 sosial.~

Ayat-ayat al-Quran ni biasa korang jumpa dalam doa2 khusus lain tapi boleh manfaatkan doa-doa ni untuk facebook lak. Doa2 al-Quran relevan sepanjang zaman.


Renung2kan dan selamat beramal ^^

~ Muhasabah Vs Munasabah ~

Salam to all readers!!

Sedihnya tatkala melihat keadaan sekeliling,ramai pljr2 dr sklh2 agma,sbaik sahaja mereka melangkah keluar dr SMKA @ SMA, sgala ilmu agama yg dipelajari oleh mreka dibuang ke laut ,dtinggalkan d tepi tong smpah n yg dh tertanam dlm tnah pn da ade *hiperbola*..  Hal ni jelas sekali dpat dilihat dr aspek pakaian,pergaulan & akhlak mereka.. Dek kerana x beramal dgn ilmu didada,akhirnya diri rosak binasa. Astaghfirullah! Nmun mereka dr kalangan tersebut hnya segelintir shaja.. Msih rmai lgi pljar dr sklh agama molek akhlak,peribadi & sahsiah mreka.. Alhamdulillah.. Moge kita sentiasa ISTIQAMAH dlm terus mningkatkan iman.^^  ameen~ 

~JOm Same2 Muhasabah Diri~
Muhasabah bila diri bertindak tak munasabah, dengan fikiran yang munasabah dan iman yang sedia untuk dimuhasabah. Kurang muhasabah menjadikan kita orang yang ta sgalk berapa munasabah. Kembali pada Allah adalah tindakan munasabah dalam bermuhasabah. Anda rasa diri tak munasabah? Muhasabahlah. Berkawanlah dengan kawan yang munasabah, yang sentiasa ajak kepada muhasabah. Muhasabah pun jangan makan masa lama sangat berjam-jam, munasabahlah sikit spend masa bermuhasabah. Selamat bermuhasabah munasabah........        

Thursday, December 15, 2011

~Ujian Mengesan Jin Dalam Badan~

Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
|
Jika tidak dapat mainkan ayat Ruqyah di atas, cuba dengar yang ini:
Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Apa Itu Santau? Artikel tentang Santau boleh di baca di sini: Santau Itu Sihir!

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Wednesday, December 14, 2011

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..


Pagi yg indah kan? Korang semua da makan? Yg x makan lagi tu pergi la cari mknan kat dapur,nanti masuk angin pulak. Sarapan sambil jenguk2 blog ni,huhu..
 
~Luahan hatyku~
"sahabat tercinta,moge awk diberi kekuatan. sy xkan biarkan awk terumbang-ambing dlm keadaan mcm ni,i'Allah sy akn bantu awk ke jalan Allah......... BE STRONG!"
 
 
~Sedikit Perkongsian~ 
❤ Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa
❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji
❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

Hakikatnya...~
...
❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

~ I'm Back!!!! ~

Assalamualaikum to all readers!!

Lama betul rasanya x update blog.. I'm BACK!!! hoho...*suka sgt dye*
Alhmdulillah SPM baru2 ni berjalan dgn lancar. Last day SPM, 13/12/11,comey tarikh ni kan? tarikh ni akan sntiasa bersemadi di hati ssb sy sudah MERDEKA...haha.. bnyak sgt2 perkara yg nk kene qada nih,huhu..

Syukur sgt2 bila dapat tahu si dye dapat duduki SPM dgn lancar,walaupun dalam keadaan yg kurang mengizinkan. Tp rahmat Allah mengatasi segalanya,syukur sgt2.. Mggu dpan nk masuk sekolah memandu,x sbar rasenye nk drive.. Hrap2 masa training ni naik kreta auto,mudah sket,macam kat kl.. sy x suka manual! =='

"Buat shbt tercinta,sy harap awk peroleh kekuatan utk menghadapi masalah tu.. sy tahu awak kuat,kene lawan perasaan 2,sy akan sentiasa doakan yg terbaik utk awk.. suka duka kita hadapi sama2, tiada siapapun yg boleh ubah diri awk melainkan diri awk xsendiri,dgn keiizinan Ilahi............."


Firman Allah:
‘Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka kejahatan mereka di ganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
-Surah Al-Furqan ayat 70.

Saturday, October 22, 2011

~My Graduati0n Day~


Salam to all readers~

Da lame sgt x update blog,rndu la plak rasenye..huhu.
 yesterday was our graduation day! nice m0ment.. dh rase 
mcm konvo betol2 dh.. emm,tu la antara
 kenangan d saat2 akhir prsekolahan,sob3! =(
tp,rase cam x puas aty je klmarin coz x dpt amik gmbr 
bnyk2 dgn clssmate,mama ju n students lain... btw, moment 
trsebut ttp akn segar dlm ingtanku smpai bile2..ceewah!

mggu lpas kitorg,45 pljr emas 10 n 70 org students k 
scouts inn. bez la study kat sane. kalu hari2 lagi bez,haha..
 enjoy sgt dgn kwn,dpt release stress. utk 'mama', k.ngah 
mntak maaf ea coz x dpt tnaikan impian mama mlm last kat 
sane ea. sory sgt2,hehe.. oh ye! 1 lg unexpected event
 yg tejadi kat sana,i'Allah kami dpt maafkan
 k0rg.kami hrap prstiwa ni xkan brulang lagi. cuma agak
 kesal dgn sikap di0rg,,upset...........

spm just tinggal bbrapa hari je lagi,kene struggle hard n 
smart tau.. tepiskan rase malas even tiap2 hari En.Malas
 tu datang ziarah..aishhh.. doakan kcmerlangan sy n rkn2 
yg lain yep dlm spm 6ti... carilah keredhaan
 Allah n redhalah dgn sgala ktntuannya agr Allah mredhai kita.
^^ oke la sume..jumpa lagi! tata..

j0m jeling2 gmbar kat bwah nih!


best friends 4 ever!

p/s : thankz ALLAH utk ptnjuk itu... moge kamu sntiasa brjya dlm
 prjuanganmu,akn ku doakan.. Ya Allah,krniakan ksembuhan
 kpd beliau & Kau izinknlah 
dia agr dpt mndduki spm..Amiiin~