(Israk Mikraj ~ sebuah perjalanan teragung.)
Apa itu isra' ? Israk tu bermaksud perjalanan baginda Rasulullah dari masjidil haram ke masjidil aqsa,baitulmaqdis di Palestin. sepertimana yang telah termaktub dalam al-quran surah al-israk ayat 1.
Mikraj pulak? mikraj tu pula adalah perjalanan Rasulullah SAW dari masjidil aqsa di Palestin ke sidratul muntaha di langit ke 7.
Mashaa Allah ! hebat ! rupanya Nabi kita org pertama angkasawan dunia , yg pertama naik ke langit ! dan ia nya bukan sekadar perjalanan biasa. .Wah.
nak tahu ?
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-was nya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Sepanjang perjalanan Israk itu, Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu iaitu tempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat tu ialah :
1) Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2) Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
3) Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa yang amat ajaib !
semasa mikraj pula, Rasulullah telah pergi ke satu persatu langit, dan di setiap langit2 tersebut, pelbagai suruhan Allah dan macam2 peristiwa berlaku antara baginda dan para malaikat. MashaaAllah !
Di Langit Pertama ~ Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua~ Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga ~ Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat~ Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima~ Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam~ Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh~ Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
sehinggalah . . . sampai satu perkara yang Allah taklifkan pada Rasulullah dan umatnya utk laksanakan, iaitu SOLAT. pada awalnya sebanyak 50 kali. berapa kali kekasih hati kita turun naik, memohon pada Allah supaya di kurangkan bilangan itu, sehinggalah Allah beri kepada bilangan yg cukup kecil, iaitu 5 WAKTU SEHARI SEMALAM.
ya Allah. Rasulullah sangat kasihkan kita. . benar! kita ni umat akhir zaman yg sgt dhoif, suka bermudah2 terhadap sesuatu perkara, dan mudah terpengaruh .
cukuplah. tinggalkanlah sikap yang 'tidak bersungguh2' itu.
JOM MASUK SYURGA bersama RASULULLAH. ^^
---------------------
Asif jiddan2! mungkin kelihatan sombong, tp taknak mengundang murkaNYA
2 comments:
dah follow sini, 199
follow saya nanti yea.. ;)
hai.. salam kenal,
follower no.200
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Post a Comment