Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Wednesday, January 30, 2013

Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta



Assalamualaikum to all readers. Sollu ala nabiyy ^^

     Alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullah ala kulli zanbi. Apa khabar sume? Semoga sentiasa sihat agar terus istiqamah di jalan Allah.

     Subhanallah.Ops! Aku Sudah Jatuh Cinta. Jatuh cinta dengan Majlis Ilmu. Majlis ilmu tu sangat indah. Sesiapa yang masih merasa menghadiri majlis ilmu tu satu beban, berdoalah pada Allah moga Allah buka hati kita semua untuk cintai majlis ilmu. Pergi majlis ilmu ataupun bulatan gembira yang biasanya dipanggil usrah tu sebenarnya banyak sangat manfaatnya. Terutamanya bertujuan untuk mendekati Allah dan untuk dapat rahmat dan redha Allah semata. Ya Allah, kami sudah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan  majlis ilmu. Alhamdulillah (n__n)

     Untuk menghadiri majlis ilmu  atau usrah selama semingu sekali tu pun mengira. Cuma perlu luangkan masa 2 jam dripada 168 jam dalam seminggu untuk usrah pun mengira. Tapi kalu pergi shopping complex, makan angin, jalan-jalan hampir setengah hari boleh pulak ye.  Haa,camne tu???

     Untuk menghadiri majlis ilmu  atau usrah yang ada mengenakan sejumlah yuran, contohnya yuran sebanyak RM80,RM90, RM100. Fuhh,mahal tuu! Eh2,banyak ni pun nak mengira. Tapi boleh pulak habiskan RM100-RM200 semata-mata nak beli barangan branded, kasut, baju,beg tangan,tudung. Haa, camne tu???

     Sahabat2 yang dicintai kerana Allah, banyak sangat  kelebihan bila hadiri majlis ilmu dan usrah ni. Kalau ada peluang untuk sertai mana2 majlis ilmu ataupun usrah, grab cepat2! Kalau tak,ruugi.. oke? =)

Antara kelebihan menghadiri majlis ilmu :

1) Majlis ilmu ialah majlis ma'rifat. Allah akan mengampuni segala dosa kita. dosa kedua ibubapa kita kpd sesiapa yg mengikutinya.

2) Majlis di mana Allah telah menapis setiap org yg menghadirinya sebanyak 40x sblum dapat menghadirinya. masyaAllah,sgt hebat ssiapa yg dpt menghadiri majlis ilmu.*bukan susah pun kn???

3) Malaikat akn berdialog dgn Allah.Malaikat akan berkata dgn Allah bhwa org2 yg hadir majlis ilmu ini meminta untuk di masukkan ke dlm syurga.lalu Allah mengizinkan. subhanallah..sungguh pemurah nye ALLAH kn??

4) Majlis ilmu adalah sama dgn taman2 syurga di mana mengalirnya anak2 sungai yg indah.subhanallah~

5) Majlis ini di kelilingi oleh para malaikat yg ramai yg sama2 mendengar majlis ilmu yg di berikan.*perkara2 ghaib ini kita xdpt melihatnya tapi insyaAllah ia benar kerana ia telah di sabdakn sendiri dari rasulullah s.a.w.

6) Majlis ilmu ialah sunnah rasulullah s.a.w. dan kelebihan bg pengamal sunnah rasulullah (walaupn SATU),dia akan dikurniakan Allah 100x pahala mati syahid.masyallah..

Subhanallah! In sya Allah, bila kita bantu agama Allah, confirm Allah akan bantu kita. Peringatan buat diri sendiri terutamanya untuk dikongsi dengan orang lain. Tabarakallah ^^
----------------------------------------------------
Bila aku tersungkur jatuh, bantu aku untuk bangkit kembali T_T

2 comments:

Post a Comment