Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Thursday, September 1, 2011

~CUKUPLAH SEKADAR AKU MENCINTAI DALAM DIAM~


Salam to all readers~
Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special"
Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah
 ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana
 hakikatnya ia berhulu dari ALLAH 
maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
 supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata
 maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya 
zina itu adalahsatu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta 
sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang
 lebih besar dari segalanya & Dia telah 
menciptakan sseorang yang akan menjadi 
pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai 
seseorang,namun kau tahu cintamu
 tak terbalasAllah SWT tahu apa yang ada
 di depanmu & Dia sedang mempersiapkan
 segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan
 yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan
 dari ujiankerana hadirmu hanya akan menggoyahkan
 iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan
 para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini 
oleh hatitetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti 
sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat 
buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu
 tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum 
tentu dimiliki,nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,gantunglah segenap 
pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap
 kali & Dia menunaikannya dgn
 cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan 
kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk
 atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan 
itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, 
pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, 
menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka 
bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

1 comment:

indra7full said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment