Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, December 13, 2010

~JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN~

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.


Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Sebarluaskan banner di bawah:

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

Thursday, December 9, 2010

~BARU DITEMUKAN SUNGAI DIBAWAH LAUTAN...SUBHANALLAH~

ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
 
 
 
 
 

~ 7 Hari Lagi ~ (Menanti Kepulanganmu)



Assalamualaikum bloggerz!

            Alhamdulillah,bersyukur sgt 45 hari tanpa ma & abah dpt dilalui dgn tenang & sabar..
meskipun macam2 perkara yg x dijangka terjadi,mgkin ni ujian dr Allah utk mngajar kami adik-beradik supaya lebih matang dlm mnjalani kehidupan seharian. Terasa sangat sukar utk memikul tanggungjawab sbagai ibu dan ayah di rumah tapi banyak yg kami belajar supaya lebih bertanggungjawag,tolak-ansur & sentiasa bekerjasama... Pejam celik,pejam celik, hanya tinggal 7 hari lagi mereka akan pulang ke malaysia..! YEAY! Kami da x sabar menunggu kepulangan Ma & Abah.. Kami harap ma,abah & semua jemaah haji akan tiba ke Malaysia dengan selamat... WE ALL MISS U SOO MUCH!!!! (^.^)

"7 HARI LAGI"
"MENANTI KEPULANGANMU"

Wednesday, December 8, 2010

~AKU DITAG~

"ANDA DITAG"....
blurrrrr!!!!
lpas ziarah blog ema,bru la tau kene jwab soklan2 ni rupenye...
bese la ana ni shbt baru blogger.. masih pening2 lagi ttg blog nih!

p/S : papepon Ema,ana try jwab yg terbaik eh.. sori lmbat ats sbb2 tertentu~ ehhehe~

1.benda yang paling penting dalam hidup aku ialah :
-Allah,Rasulullah,Al-Quran,ibu bapa sensiasa di hati~

2.benda terakhir yang aku beli guna duit sendiri :
-errrm,kalu x slap ker0ngsang,beli kat mydin 2 mggu lpas,hehe..~


3.tempat perkahwinan dan tema :
-ntah,janji cantik dipandang & x mnyalahi syariat..huhue~


4.adakah aku sedang bercinta :
-urm,x tau..~

5.berapa lama aku akan mencinta pasangan aku :
-Abadan abada ,insya Allah...

6.novel/buku/majalah yang baru aku beli :
-.....................


7.antara mak dan ayah yang mana lagi mesra :
-mak kot

8.orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup aku :
-some0ne ~ (secret)

9.adakah aku basuh baju sendiri :
-Washing Machine buat (mcm jwpn slma!)

10.dimanakah tempat yang aku betul-betul nak pergi :
- tunaikan haji & umrah,i'Allah.. ke syurgaNYA...AMIN!!!

11.pilih satu peluk/cium :
- ..............

12.beritahu 3 benda tentang orang yang tag aku :
                    -periang,da mcm bdak2! hehe <Little Einsteins> hehe
                    - kalu dye bad mood,da mcm SINGA da.. xder org yg brani tegur,jgn maarah aaa... =P

13. 8 lagu yang aku suka dan selalu dengar :
- banyak sgt terutamanya nasyeeeedd, layannn~
 <ema cute> - my best fren 4 eva & eva,huhu~
blogger-emoticon.blogspot.com
p/s : ema! yang " tag versi ke-2 tu" fakh x prlu jwb la ea... lbeh kurang je mcm yang kat ats nih~hehe..
jgn maraah yup! (^.^)

Sunday, December 5, 2010

~ Hatiku MilikNYA~

~Bisikan Kalbu~

Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.

Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.


"Syukur ya Allah kerana temukan dia dgnku,yg membuatkan aku dekat denganMu,
Syukur ya Allah kerana jauhkan dia dariku,yg membuatkan aku ikhlas mencintaiMu....."




Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini