Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Monday, April 30, 2012

JANGAN dalam Islam


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam..


Friday, April 27, 2012

sayang korang !!!! <3

Assalam to all bloggerz~


alhamdulillah,hepi sgt2 dapat jumpe diorang masa majlis kecemerlangan td.. setelah sekian lame masing2 tanam anggur tiap2 ary at home sweet home..hehe. tp rase cam kejap je jumpa td, dah la xley dduk sebelah menyebelah. kalu tak,banyak la cite2, popeet2 ..


«fakhy . piqa . sally . syada . aimie»


btw..be4 masing2 bawak haluan sendiri, i akan usahakn utk bawak korang g derak kat bando ea. mama belanje makan!! aimie dah sah2 ke jordan 6ti, kami 4 orang je yg x sure lg. walaupun, kita berjauhan 6ti, jangan lost contact plak eh. rindu sgt nk gelak ketawa ngan korang semeja lam kelas, tp sume memori tu xkan berulang kembali kn..huk3 :'(


ukhuwah fillah abadan. pertemuan n perpisahan kita semata-mata krana Allah :') sayang korang!!! p/s : agak kurang teratur post ni bile update blog gune phone.. --'


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dapur Berasap : Makaroni Bakar


Kuali Menari PEriuk Terbang ( Makaroni Bakar )


Bahan-bahan 

  • 300gm makaroni
  • 250 gm daging cincang  *tp saya gune ayam!
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut
  • minyak utk menumis & garam

Cara-cara

  1. rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

ni la hasilnya...



best sangat2! cuba la.. senang je.. 1 family suke taw! kejap je,da licin da bekas makaroni tu ^^

Thursday, April 26, 2012

segmen : tambah follower tambah kawan



assalamualaikum






  • buat satu entry " segmen : tambah follower tambah kawan "
  • tempek banner dan linkkan ke entry ini
  • sunat follow blog.. tak pakse.. tapi jatuh wajib kalau ske blog sya.. whaha ;p
  • tag 2 orang blogger dan mesti blogger tu tawu okeyh..
  • siap.. post di komen okeyh.. entry ini
                             tag : cikk fifi  & cikk farhah

segmen ni dibuat krna kasih n cinta sy pada sahabat baik yg cute miut!! hehe.. CIK SALLY, sy da join!! ^^

Wednesday, April 25, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad

...Khutbah Terakhir Nabi Muhammad...

         ...Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

Saturday, April 21, 2012

DOA QUNUT NAZILAH DAN MUNAJAT UNTUK RAKYAT SYRIA

DOA QUNUT NAZILAH DAN MUNAJAT UNTUK RAKYAT SYRIA

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma'unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال " سمع الله لمن حمده " من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)

Terjemahan :
Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
• Jika solat secara bersendirian juga boleh dibaca doa qunut nazilah. Dalam masalah ini ulama’ berselisih pendapat dan pendapat yang paling rajih (disepakati) adalah dibolehkan.

Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus untuk saudara-saudara kita di Syria dan amnya kepada kaum muslimin dimana saja berada.

Thursday, April 19, 2012

Tips Menjaga Buah Pinggang

Tips Menjaga Buah Pinggang


Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy~

# sharing is caring! ^^