Resepi Choux au Craquelin (Crispy Cream puff)
2 years ago
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan.Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
“Sialah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.
![]() |
saya dan Michiko |
"Saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun."
"Yalah, kita tidak serius dalam solat"
"Punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting"
"Bagaimana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni penting ? "
"Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa. Tak terasa pun kalau solat tertinggal, tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai tapi kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik??"
"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"
"Nabi Muhammad s.a.w kemudian para sahabat."
(Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah.)
"Mengapa kita berbeza dengan mereka?""Sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita"
"Kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan. Bayangkan apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat guna nak call parents, suami/isteri/anak, kawan-kawan. Rasa macam kurang selesa kan?"
"Allah lebih penting dari segala-galanya. Sebab Dialah yang mengadakan segala-galanya."
"Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian? Kita sujud tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikan-Nya."
"Itu baru kalimah yang mudah-mudah. Tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."
"Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat.""Tu yang solat. Yang tak solat ?"
"Tak hairanlah kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"