skip to main |
skip to sidebar
kenapa rmai sgt update pasal mesir ni? Apa yg sebenarnya berlaku?? Nah!
kalau boleh habiskn masa berjam2 utk prkara yg langsung tak berfaedah,
kenapa tidak beberapa minitt ni utk islam? buka hati,buka minda! celik
mata luas2.
" #Fakta 1
Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih
faham keadaan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di
Mesir pada hari ini.
Teringat pula cerita Aladdin. Heh, [Kredit]
Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia
yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid,
patung Sphinx dan Obelisk. Dan juga tarian gelek. Eh. Mesir juga menjadi
latar belakang kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berakhir dengan
kegembiraan selama-lamanya (Baca: Happily ever after) apabila baginda
dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan Mesir. Seperti yang
kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahandanya, Nabi
Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain.
Mesir juga
menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya,
Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Kekejaman Firaun
jelas dicatatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan
semua bayi lelaki Bani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling
tadah. Firaun dan konco-konconya akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di
Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat.
Munculnya wira agung
bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang maha zalim juga
berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota
Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal
daripada tanah Mesir yang suci.
Sayugia jelas, betapa
signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan sahaja oleh
para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam.
Fakta #2
Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah
sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir
telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir,
kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang
kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal
Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah! Gelak keji.
Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang
kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun
1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang
memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan
menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.
Sepanjang tempoh
pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah
darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera
dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya!
Gila.
Konspirasi Naguib dan Jamal. [Kredit]
Fakta #3
Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan
langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh
Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang
digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para
penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara
aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.
Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan
tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara
adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat
Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan
Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang
demokrasi.
Ironi makaroni.
Fakta #4
Bercakap
tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya
diadakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan
pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal
'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada
Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada
jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd
(9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan
ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah
didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam. Hal ini jelas
memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir.
Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) [Kredit]
Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding
jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah
melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih
besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar
Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.
Namun atas
masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir
sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika
itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau
menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun
2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian
demokrasi.
Fakta #5
Pakcik Baradei [Kredit]
Antara yang
mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada
kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa,
Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah
dalam pilihan raya Presiden Mesir. Nah, anda sudah nampak permainannya
di situ..?
Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa
el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis
Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di
Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.
El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan
sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak
bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang
baharu.
Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya
sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera
Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan
sekitarnya.
Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripada darah rakyat Mesir, tahu...??
Fakta #6
Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh
Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan
penguasaan FJP dalam parlimen Mesir.
Pergerakan Tamarrud,
yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang
Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika
Syarikat. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera.
Antara
tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan
Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum
ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung
penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian.
Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara
Israel dan kerajaan Mesir yang baru.
Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!
Fakta #7
Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik
menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai
Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara
negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.
Arab
Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan
bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang
menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal
memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa
oleh mereka.
Sementara itu, dua negara yang paling lantang
menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram
tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib
Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan
menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada
kedudukannya yang asal.
Fakta #8
Pada 3 Julai 2013,
Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir
bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi
kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud
dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi
telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada
siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera.
Siapa dia
as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk
menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan
Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan
agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim
Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam
menjatuhkan bos besarnya sendiri.
Selepas melantik Adly
Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik
dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan
Timbalan Perdana Menteri.
Ceh.
As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan Allah nanti! [Kredit]
Fakta #9
Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin?
Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh.
Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah
diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan
langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya
merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh
pergerakan ini.
Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera
dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah
ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal
pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM
ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman
Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam
penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati
di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir
Audah dan Syaikh al-Faraghli.
Semenjak itu, IM diharamkan
daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak
pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM
terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama
persatuan atau badan yang lain.
Kepopularan dan pengaruh IM
dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan
bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka
menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar.
Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi
yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu
rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.
Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.
Fakta #10
[Kredit]
Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan
bermula semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk
mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di
Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini
sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong
Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh
pada pagi 8 Julai 2013. Ini memang betul-betul syaitonirojim!
Namun masaker (Baca: Massacre) yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau
dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para
syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup!
Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi
angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200
nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di
dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka.
Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh
Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan
Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel
terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua
nilai-nilai kemanusiaan yang ada.
Reaksi dunia, seperti biasa
dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim
as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka
jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi
menjatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir.
Pfffttt!
Fakta #11
Perlu juga disebutkan di sini, apakah
sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau apakah alasan yang digunakan
oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden
Mursi?
Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam
mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir.
Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang
runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang
lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk
perasaan dan sebagainya.
Itu adalah alasan yang mereka gunakan.
Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya
keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek
pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu,
dalam masa setahun. Mursi memerlukan kayu sakti Harry Potter atau
mantera serapah fuh kiri fuh kanan untuk menjadikan Mesir sebuah negara
yang aman dan makmur dalam sekelip mata.
Namun, dosa-dosa Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:
Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan
kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan
rakyat Mesir kepada import dari luar
Memberi kebebasan kepada
media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir
setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau
zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
...dan lain-lain lagi.
[Sumber: bersamadakwah.com]
Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa
Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke
dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana.
Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin
sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa
perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan
Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makar-makar
jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.
Begitulah.
Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di
Mesir? Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini
tidak mungkin dapat memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap
pergolakan yang berlaku di Mesir. Namun saya kira, ia sekadar cukup
makan dan tahap bawah hidung jugalah, untuk anda mendapat gambaran kasar
terhadap apa yang berlaku.
Krisis yang sedang berlaku ini
tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mesir adalah bumi barakah
yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pembebasan kota
al-Quds. Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenangan
Islam yang sudah terlalu hampir itu!
Saya terlalu amat yakin,
apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Mesir hanyalah
sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk membersihkan
sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat
mereka kepada darjat yang lebih tinggi. Apa yang sedang ikhwah dan
akhawat kita lalui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia
mengurniakan kemenangan yang lebih agung!
Allahu Akbar!
Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan
dan kemenangan saudara-saudara kita di sana. Kongsikan dan sebarkan
berita-berita dan fakta-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang
berlaku. Didik masyarakat di sekitar kita untuk cakna dengan apa yang
berlaku.
Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur
Tengah. Rakyat Mesir bukan hanya sekumpulan manusia yang bisa berbahasa
Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara yang menyimpan khazanah Firaun,
Haman dan Qarun.
Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan
berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara.
Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan
mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di
Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni,
sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan
aqidah. Geleng kepala.
Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit]
Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita. Tetapi menangnya Mesir, akan
tersebar luaslah cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah!
"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah
kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah
akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya
pada hari kiamat.
[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]
Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan
telinga? Sedangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan
dibelasah taghut dan syaitan durjana..?
Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mahsyar nanti! Wahai!
-gabbana-
Saya menerima permintaan untuk menyertakan sekali sumber rujukan kepada
fakta-fakta yang saya kemukakan. Begini. Kebanyakan fakta yang saya
kongsikan sama ada ia sememangnya sudah tersebar dan diketahui umum;
maka amat mudah untuk anda mendapatkannya di internet atau hanya
berdasarkan ingatan pembacaan saya sebelum ini.
InshaAllah,
fakta-fakta yang saya kemukakan sahih dan benar; tiada sebab untuk saya
berdusta dan memutarbelitkan fakta. Sungguh saya amat takut pada azab
seksaNya. Namun sekiranya anda mendapati ada fakta-fakta yang meragukan
atau tidak tepat, tolong perbetulkan dan tegur saya, agar hanya maklumat
yang benar dan sahih sahaja yang dipaparkan.
Ada juga yang
meminta agar artikel ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jujur saya
tidak punya kapasiti untuk berbuat demikian dalam masa ini. Saya amat
mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menterjemahkannya
ke dalam bahasa Inggeris.
Alhamdulillah, maklum balas kepada
artikel ini amat-amat memberansangkan. Sila sebarkan dan buat
penambahbaikan sekiranya anda merasakan ia berfaedah untuk semua. Besar
harapan saya agar ia dapat memberi manfaat kepada ummah dan memberi
kesedaran kepada kita semua betapa masih banyak lagi kerja-kerja
tarbiyah dan dakwah yang perlu kita lakukan. Sungguh kemenangan Islam
itu sudah terlalu dekat; namun ia tidak akan datang bergolek tanpa kita
sendiri mengorbankan harta, tenaga dan jiwa kita!
Moga Allah redha, biidznillah!?"
Angel Pakai Gucci