Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Thursday, May 31, 2012

Jom cakna penduduk dibumi syria

Jom cakna penduduk dibumi syria sekarang ini berlaku pembunuhan rakyat oleh rejim basyar asad laknat.

Kekejaman sebegini tidak pernah terjadi di dalam sejarah manusia...
tidak pernah! Tiada manusia yang dapat lakukan kezaliman sebegini..
Aku bersumpah dengan nama Allah kemenangan akan muncul..
Islam adalah kemenangan....
dan penindas yang zalim akan ke neraka...

Allahhuakbar!!!
..................................
Saudara kita terus dibunuh basyar asad laknat di Syria.
Tidak ada lagi kebaikan dalam diri jika hati
kita tidak terbakar setelah menyaksikannya.
Saudara kita di Syria memerlukan bantuan kita..
kalo mampu boleh bagi sumbangan kalo tak mampu sama2 doa
& just click share atau kongsi num akaun bawah ni je..mudah je
minta tlg semua
Bank account
RHB bank :
MUSLIM CARE
26-2120-0000-4747






------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ala kulli hal, astaghfirullah ala kulli zanbi. moge dgn nikmatMu ini aku lebih mndekatkan diri pada Ilahi. Teruskan kuatkan tali kebergantungan pd Allah, agar terus istiqamah fi sabilillah ^^

Monday, May 21, 2012

TIPS KESIHATAN


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.
 

Friday, May 18, 2012

.:: TAHAP-TAHAP ZiKiR ::.

.:: TAHAP-TAHAP ZiKiR ::.

 
Terdapat 4 tahap zikir yang mesti dilalui oleh orang yang berzikir.

1)Zikir GHAFLAH

Di peringkat zikir ini,ruang hati orang yang berzikir, masih dipenuhi perkara-perkara lain daripada Allah. Sebab itu hatinya digelar sebagai hati yang ghaflah. Ghaflah maksudnya 'lalai'.Bagaimanapun,kita tidak akan tahu dan faham maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan dihilangkan lalai itu dari ruang hati kita. Dikatakan bahawa 'siapa yang tidak merasa,dia tidak akan tahu'.

2)Zikir YAQAZAH

Diperingkat ini dengan rahmat Allah, hati orang yang berberzikir telah ditukarkan darv ghaflah dan yaqazah. Yaqazah bermaksud 'sedar' atau 'jaga'. Untuk mudah kita fahami maksud yaqazah, sesetengah ulama membuat misal antara seorang yang tidur dan seorang yang jaga. Keadaan seseorang yang tidur nyenyak itu adalah ghaflah.
Manakala seseorang yang terjaga dari tidur itu adalah gambaran yaqazah hati. Maksudnya,apabila hati itu berada dalam keadaan yaqazah maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahamai semasa dalam keadaan ghaflah.

3)Zikir HUDUR

Maksudnya,hati terlalu kuat ingatan kepada Allah. Allah sahaja yang menarik perhatian hati. Ruang-ruang hati dipenuhi dengan Allah. Hati juga tertarik semata-mata kepada Allah dan keredhaanNya.Seolah-olah hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sebagai hamba Allah sahaja.

4) Zikir GHAiBAH

Maksudnya,yang lain daripada Allah akan hilang dari ingatan,Allah sahaja yang diingat. inilah keadaan hati yang berada dalam keadaan fana' (membaiki hati,membersihkan hati atau mendekatkan diri dengan Allah)

>>> Setakat manakah tahap zikrullah kita pada Allah?Mudah-mudahan kita mampu mencapai tahap yang tertinggi dalam setiap aspek ibadah, insyaAllah<<<




Sunday, May 13, 2012

pesanan Luqmanul Hakim

Diantara pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya..

1. Apabila engkau sedang solat maka jaga baik-baik fikiran mu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka pelihara pandangan mu.
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jaga lidah mu.
4. Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jaga akhlak mu.
5. Ingatlah kepada Allah.
6. Lupakan baik budi mu kepada orang lain.
7. Lupakan segala kesalahan orang lain terhadap diri mu.
8. Ingatlah kepada mati.



----------------------------------------------------------
#Ya Allah,hanya padaMu aku mmohon,padaMu aku merintih.. kau permudahkanlah segala urusanku. jika apa yang engkau takdirkan itu terbaik buatku,aku redha atas segala yg akan berlaku.. ><