Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Friday, June 10, 2011

~Cuti-cuti Malaysia~

Assalamualaikum sumer... Moge sntiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi..

Cuti sekolah kian beransur pergi kan.. cdeyh pulak rasenye,x dpat la nk enjoy lame2 sket..hehe.. Msti korang sume ad pngalaman cuti masing2 kan? Msti ade yg pergi mkan angin,lawatan,skolah n yg kompemnye penuhi jemputan kenduri kahwin.. Pergi mane2 ade je bunge mangge..hehe

-----> kenduri kahwin sepupu.. (wahidah @ fauzi). Letih yg teramat,tp xpe,dgn care cam ni,kami satu keluarge dpat eratkan ukhuwah,dpt jumpe sume saudara mara yg dari perak & kemaman. Moge perkahwinan kalian kekal hingga ke syurga eh.. biasa yg kita dgar kekal hingga ke anak cucu je kan?xkan lpas dpt cucu tu da nk ceraikan.. so,sampai ke syurga abadi eh~ sayang korunk! ^^

-----> enjoy wif beloved family at sekayu waterfall! wow! excited giler nk pergi sane. Da lame x pergi,bnyk sgt yg da berubah. sejuknye air kat sane! really nice memory.. kebetulan jugak mase tu budak2 maahad tahfiz kat kl pon ade jugak..mereka mmg ramah sgt. kecik2 la sume,cute2 pulak tuh.. ade yg baru lebih kurang 10 tahun gitu da hafal 10 juzuk.. very good boy! ni la generasi ulul albab yg akan mmimpin negara..huhu

-----> pngalaman pertama di program ustaz mizan. program ni diadakan di prpustakaan awam. terlalu bnyk pengisian dlm program ni. mngingatkan diri drpd terlalai. program ini cukup bermanfaat & memberi keinsafan bg mereka yg betul2 menghayatinya.. alhamdulillah,diizinkan Allah utk turut serta ke program ni.. lpas ni kalu ade lagi,jom pergi ramai2 eh,baru best.. utk perkembangan program2 terbaru sila rujuk di sini..http://tqhmconsultant.com/

-----> ke pameran taman tamadun islam... alhamdulillah,best jugak pergi kat sini,mcm2 ade.. kelambu kaabah,pedang shbt rasulullah,beras yg tetulis ayat surah al-ikhlas, n byk lagi artifak2 yg menarik. x rugi tau..huhu.. kebetulan pulak dpn pameran 2 ade pesta buku tp kecil-kecilan je la, emm, berkesempatan juga membeli buku hasil nukilan Hilal Asyraf," Kembara Hamba Mencari Cahaya".. Buku ni sgt bermanfaat,sarat dgn pengajaran & ilmu2 berguna..^^

-----> result mid-year exam?? emm,alhamdulillah, result meningkat dr exam sblumnya,tp ade jugak subjek yg mrkahnye mnurun..hehe...  (3a+,1a,5a-,2b) i'Allah,utk trial spm ni,i will do my best! aja! aja!

-----> oke la,da tak nak cakap banyk,juz sedikit pgalaman cuti ni untuk dikongsi..huhu.. k la...cau dulu eh..tata sumer! ^^

p/s : ciik fizah, ade mse tluang sy sertai contest 2,kalu x,x ar ea...sori ea..huhu ^^

Wednesday, June 1, 2011

~114 surat cinta yang tersia~

Salam to all readers~ =) Selamat bercuti utk korg sume!! Actually mmg bnyk nk share st0ry2 kat cni tp entah nape sejak 2 menjak ni mlas betul nk menaip.. So,juz copy n paste utk share something  utk korg sume yup...  Cuba hayati kisah 'Saya dan Michiko' ini dan renung kembali. =)

saya dan Michiko




Bayangkan. anda menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih namun anda tidak memahaminya. Sedangkan ianya sebuah kata-kata cinta yang penuh bermakna. Allah itu telah mengutuskan 114 surat cintanya kepada kita (surah-surah dalam al-Quran.) Namun, bukan semuanya yang benar-benar kita fahami. Sedangkan surah al-Fatihah pun kita tidak berapa faham. T____T Apatah lagi surah-surah yang lain. Sedangkan surat-surat cinta yang Allah utuskan mengandungi peringatan serta kisah-kisah yang perlu diambil iktibar. 


"Saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun."

"Yalah, kita tidak serius dalam solat"

"Punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting"

"Bagaimana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni penting ? "

"Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa. Tak terasa pun kalau solat tertinggal, tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai tapi kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik??"

"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"

"Nabi Muhammad s.a.w kemudian para sahabat." 

(Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah.)


"Mengapa kita berbeza dengan mereka?" 
"Sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita"

"Kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan. Bayangkan  apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat guna nak call parents, suami/isteri/anak, kawan-kawan. Rasa macam kurang selesa kan?"

"Allah lebih penting dari segala-galanya. Sebab Dialah yang mengadakan segala-galanya."


"Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian? Kita sujud tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikan-Nya."


"Itu baru kalimah yang mudah-mudah. Tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."

"Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat."
"Tu yang solat. Yang tak solat ?"

"Tak hairanlah kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"



Hmmm. Saya berfikir dan terus berfikir. Sesungguhnya kita masih belum mampu membesarkan cinta UTAMA kita. Kita belum mampu merasakan Dia penting dalam kehidupan kita. Istighfar. 

share from: drCinta