Mesti Baca!!!

Mesti Baca!!!
" Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan laksanakanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran. " (Imam Hasan Al-Banna)

Friday, June 15, 2012

Temuduga Biasiswa Maidam Terengganu

Assalamualaikum to all readerz~
Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW (^_^)


"This is my 1st experience!" fuhh, ni la kali pertama sy hadiri temuduga. sy memohon untuk kursus usul & fiqh di Jordan. actually, sy pergi interview ni tujuannya lebih kepada untuk cari pengalaman bcoz hati sy dah memang cenderung ke dentistry course. Tp,kalau memang Allah dah takdirkan sy akan  further study dalam kursus usul dan fiqh, mungkin i2 yg terbaik. kerana hanya Dia sebaik-baik perancang kan? i2 la yg bermain-main di fikiran sy pada waktu tu.


So,my preparation before hari interview tu tak lah banyak sangat,biasa2 je. Practice makes perfect! So, practise la, introduction about myself, why choose this course, maksud usul fiqh, hafal perkataan2 in arabic and bace isu2 semasa. Sumenye practise in ARABIC oke! =)


Tibalah hari temuduga tersebut. Temuduga tu akn bermula pada 10 a.m. Pukul 9.15,sy dan sorang shbt tercinta dunia akhirat,Aimie dah bertolak dari rumah. Mase sampai tu mmg dah crowded kat tempat interview tu. lepas tandatangan kat senarai nama & serahkan file, salah sorang kkak yg bertugas kat situ bg kitorang nombor giliran. menunggu hampir 1 jam lebih kot untuk diinterview,sambil2 tu, try practise ngan kwan2 dulu, ramai jugak budak sementojie hari tu.


"nombor 98 hingga nom ... sila beratur di sini". dalam 8 hingga 10 orang jugak kot,dah lupe,hihi. kitorang pun masuklah dengan penuh sopan santun, senyum dan duduk macam pengantin. so bermulalah interview tu dalam bahasa arab. interviewer2 kat situ,lebih kurang dalam 6-7 orang camtu lah,diorang mmg expert cakap arabic, mmg fluent lah! ^^


interview ni ade 2 r0und. r0und 1,kitorang kene perkenalkan diri masing. antara soalan2 yg akan interviewer tanye lepas kita perkenalan diri tu
-jam dinding sekarang menunjukkan pukul berapa?
-adik awak yg kecil sekali berapa tahun?
-apakah kpentingan komunikasi dalam kehidupan seharian?
dan banyak lagi. tp dye lebih bnyak tanye pasal nombor la contohnya kad pngenalan dan tarikh lahir. mmg mcm2 la soalan2 dye tanye,yg mengarut pun ade. dah kawin? xnak kawin? hihi


tp yg paling xtahannye, bile kitorang ade  salah jawab,dye tanye laen kita jawab laen, interviewer tu mmg ketawa sekuat-kuatnya lah.. "mcm dunia ni diorang yg punya!!hahaha". funny jugak la mase tu,x la stess sgt,suke2! then,round ke 2 pulak, kami diberi mase 5 minit sahaja untuk berbincang mengenai " patutkan lelaki diberi peluang yg lebih untuk ke ipt berbanding perempuan".. sape cepat,dye dapat jawab la. 5 minit je tau,kene pandai2 lah..huhu


alhamdulillah, akhirnya selesai jugak interview tu. belajar drpd pengalaman.. bersedia untuk interview yg laen pulak. 4 hari kemudian,mereka yg brjaya temuduga tersebut akan ditelefon. saye? saya x berjaya pon,huhu. mungkin ni bukan terbaik untuk sy. mgkin Allah dah sediakn rezki laen. lagipun sy x letak harapan tinggi untuk interview ni,hihi.


so,pesanan akhir,kalau korang x berjaya dalam mana2 interview jgn sedih k. Allah tahu ape terbaik buat kita ^^


























-------------------------------
sy suka mereka yg cintakan ilmu & perjuangan, memikirkan soal cinta bile tiba waktu yg tepat ^^
Jom gapai cinta Allah!! 

Wednesday, June 13, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga he
ndaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.:)



Monday, June 11, 2012

Cuti lagi!! ♥

Assalamualaikum to all readers. selawat dan salam buat Rasulullah SAW.( n__n)

Sume sahabat2 laen dah mulakan kehidupan diorang sebagai mahasiswa n mahasiswi, tp sy  masih lagi kene tanam anggur untuk sebulan lebih lagi.huk3. *sodih benor rasonyo..* InsyaAllah 22 julai ni sy mulakan khidupan sy sbg mahasiswi di unikl mestech untuk thun pertama ijazah pergigian.. 2nd day pose kot..huk3! dan InsyaAllah jika xder aral mlintang, sy akan fly ke jordan bln 9 tahun depan. tenkiu MARA!!hihi. doakan sumenye berjalan lancar k. Mohon doa kalian ^^

oleh kerana masa bercuti sy masih panjang, i think i wanna share about my experience ketika hadiri interview pada entry2 berikutnya nanti. especially to all lepasan SPM. mcm sy jugak dulu, habis mase ngan cari blog akak2 n abang2 yg pernah hadiri interview itu dan ini. nervous giler kot nk hadiri interview, untuk mase dpan kita jugak tu.huhu. interview maidam terengganu untuk bidang usul fiqh jordan, yayasan terengganu untuk kos pergigian jordan, mara untuk kos pergigian jordan dan temuduga KPLSPM untuk subjek bahasa arab . bnyak ke? sebenarnya bukan nak sume pun tapi nak cari pengalaman, huhu. okee lah, pnjang plak berceloteh ni. jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga amal. :-)

















---------------------------------------------
Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani r.a. berkata,Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Wahai sekalian manusia,bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah SWT, sesesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari." (Riwayat Mulim)

♥Mengejar dan terus mengejar Cinta Ilahi ♥

Sunday, June 3, 2012

Rejab ♥

♥ Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua. 

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.

♥ Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga sempat bersua dengannya, amin.



-------------------------------------------------


Pejam celik pejam celik! sekejap je masa berlalu. Masing2 da bergelar mahasiswa & mahasiswi. insyaAllah tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk sy bergelar mahasiswi.huhu. UniKL MeSTECH,wait 4 me..! ^^ Agak sedih x dpt da jmpe shbt2 especially cik sally, sodium, emy,piqa n syada lepas nie. moge ade kesempatan untuk bersua kembali~ perjalanan kita masih jauh, nak kahwn nanti jgn lupe jemput saya! wink3!! ^_~

Thursday, May 31, 2012

Jom cakna penduduk dibumi syria

Jom cakna penduduk dibumi syria sekarang ini berlaku pembunuhan rakyat oleh rejim basyar asad laknat.

Kekejaman sebegini tidak pernah terjadi di dalam sejarah manusia...
tidak pernah! Tiada manusia yang dapat lakukan kezaliman sebegini..
Aku bersumpah dengan nama Allah kemenangan akan muncul..
Islam adalah kemenangan....
dan penindas yang zalim akan ke neraka...

Allahhuakbar!!!
..................................
Saudara kita terus dibunuh basyar asad laknat di Syria.
Tidak ada lagi kebaikan dalam diri jika hati
kita tidak terbakar setelah menyaksikannya.
Saudara kita di Syria memerlukan bantuan kita..
kalo mampu boleh bagi sumbangan kalo tak mampu sama2 doa
& just click share atau kongsi num akaun bawah ni je..mudah je
minta tlg semua
Bank account
RHB bank :
MUSLIM CARE
26-2120-0000-4747






------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ala kulli hal, astaghfirullah ala kulli zanbi. moge dgn nikmatMu ini aku lebih mndekatkan diri pada Ilahi. Teruskan kuatkan tali kebergantungan pd Allah, agar terus istiqamah fi sabilillah ^^

Monday, May 21, 2012

TIPS KESIHATAN


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.
 

Friday, May 18, 2012

.:: TAHAP-TAHAP ZiKiR ::.

.:: TAHAP-TAHAP ZiKiR ::.

 
Terdapat 4 tahap zikir yang mesti dilalui oleh orang yang berzikir.

1)Zikir GHAFLAH

Di peringkat zikir ini,ruang hati orang yang berzikir, masih dipenuhi perkara-perkara lain daripada Allah. Sebab itu hatinya digelar sebagai hati yang ghaflah. Ghaflah maksudnya 'lalai'.Bagaimanapun,kita tidak akan tahu dan faham maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan dihilangkan lalai itu dari ruang hati kita. Dikatakan bahawa 'siapa yang tidak merasa,dia tidak akan tahu'.

2)Zikir YAQAZAH

Diperingkat ini dengan rahmat Allah, hati orang yang berberzikir telah ditukarkan darv ghaflah dan yaqazah. Yaqazah bermaksud 'sedar' atau 'jaga'. Untuk mudah kita fahami maksud yaqazah, sesetengah ulama membuat misal antara seorang yang tidur dan seorang yang jaga. Keadaan seseorang yang tidur nyenyak itu adalah ghaflah.
Manakala seseorang yang terjaga dari tidur itu adalah gambaran yaqazah hati. Maksudnya,apabila hati itu berada dalam keadaan yaqazah maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahamai semasa dalam keadaan ghaflah.

3)Zikir HUDUR

Maksudnya,hati terlalu kuat ingatan kepada Allah. Allah sahaja yang menarik perhatian hati. Ruang-ruang hati dipenuhi dengan Allah. Hati juga tertarik semata-mata kepada Allah dan keredhaanNya.Seolah-olah hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sebagai hamba Allah sahaja.

4) Zikir GHAiBAH

Maksudnya,yang lain daripada Allah akan hilang dari ingatan,Allah sahaja yang diingat. inilah keadaan hati yang berada dalam keadaan fana' (membaiki hati,membersihkan hati atau mendekatkan diri dengan Allah)

>>> Setakat manakah tahap zikrullah kita pada Allah?Mudah-mudahan kita mampu mencapai tahap yang tertinggi dalam setiap aspek ibadah, insyaAllah<<<