Sunday, July 30, 2017
Kerana yang sedikit dan cukup itu lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan.
Monday, July 3, 2017
Penyakit 'Ain Dan Rawatannya
Masukkan gambar yang banyak di facebook, instagram boleh kena ain?
Bagaimana cara ubatinya?
Bagaimana pula nak lindungi diri & keluarga sebelum terkena?
Penyakit ain ini bagaimana bentuk sakitnya?
Pernah ke 'ain berlaku di zaman nabi s.a.w?
Adakah penyakit ini benar dan sahih boleh berlaku kepada kita?
Pandangan mata yang kagumi kita dan keluarga boleh kena sakit?
Benarkah 'ain mampu mendahului qadar Allah sbgmn hadis ?
Boleh tak sakit 'ain ini kena kerana mata non muslim atau diri sendiri?
Semua dihurai ringkas padat dalam petikan video ini. Moga bermanfaat.
Kadang orang tua merasa panik dan merasa aneh ketika tiba-tiba permata hatinya (Anak) menangis terus sepanjang hari tanpa ada sebab yang pasti, sakit….tidak juga, digigit serangga pun tidak. Lalu…?
Penyakit yang diderita anak-anak tidak semuanya boleh dideteksi dengan ilmu kedoktoran. Ada juga sebab syar’i yaitu penyakit ‘ain. Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah isteri beliau. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Beliau kemudian berkata kepada Ummu Salamah,
“Ruqyahlah dia, kerana dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim)
Di hadits yang lain juga diceritakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyuruh anak-anak pamannya untuk diruqyah karena badannya kurus-kurus seperti anak yang kekurangan.
Penyakit ‘ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya. ‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan bisa terjadi dari orang yang shalih. Sebagaiman pernah terjadi pada sahabat Nabi, Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain dari sahabat yang lain, yaitu Amir bin Rabiah.
Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dihubung-hubungkan dengan pujian. Sebagaimana anggapan sebagian besar masyarakat Indonesia juga Malaysia bahawa pujian kepada seorang anak akan menyebabkannya sakit. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain.” (Riwayat Muslim)
Jadi bukan pujian yang menyebabkan tampak buruk bagi anak yang dipujinya, melainkan bermula dari pandangan mata sang pemujinya, baik pujian itu kerana ada rasa iri atau kerana benar-benar ada kekaguman.
Tindakan Preventif Terhadap Penyakit ‘Ain
Para orang tua hendaknya berusaha melindungi buah hatinya agar terhindar dari penyakit ‘ain, dengan cara:
* Melindungi diri dan anaknya dengan membaca ruqyah-ruqyah yang diajarkan dalam Islam dan membaca doa,
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)
* Juga membaca doa yang digunakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melindungi Hasan dan Husain,
“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)
* Siapapun orangnya jika melihat sesuatu yang baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya atau yang lainnya yang menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa,
“ Masya Allah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah. Ya Allah, berikan berkah padanya.”
*. Sebaiknya orang tua tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki anaknya, kerana hal itu dikhawatirkan akan menimbulkan iri hati pada orang lain.
Apabila Terkena ‘Ain
Saat anak kita mengalami sakit dan ternyata sakitnya kerana ‘ain, maka:
- Jika pelakunya diketahui, maka orang tersebut diperintahkan untuk berwudhu. Bekas wudhu orang tersebut digunakan untuk memandikan anak yang terkena ‘ain.
- Tapi jika tidak diketahui perbanyakkan membaca Surah Al-Ikhlas, muawwidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), Al-Fatihah, ayat Kursi, 2 ayat terakhir surat Al-Baqarah, dan mendoakan dengan doa-doa yang disyariatkan. Membaca pada air disertai tiupan, kemudian diminumkan pada anak yang sakit dan sisanya disiramkan ke tubuhya, atau dibacakan pada minyak dan minyaknya dioleskan ke tubuh anak itu. Lebih baik lagi jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam.
Orang tua mana yang tidak ingin anaknya dapat hidup dengan sihat dan selamat. Oleh kerananya perlu bagi orang tua untuk senantiasa memperhatikan kondisi jasmani mahupun psikologi anaknya, baik ditinjau dari sisi kedoktoran secara umum atau secara syar’i.
Wallahu a’lam…
Sumber : www.rawatanislam2u.com
Thursday, January 26, 2017
Anugerah yang tak ternilai :')
Saturday, November 19, 2016
Abah dalam kenangan :')
Thursday, August 18, 2016
Peritnya Menanggung Rindu
Redha. Redha dengan takdir Allah.
Sebab aku sangat yakini itu yang terbaik.
Terkadang rasa rindu menerpa,
teringat senyumannya,
terbayang-bayang raut wajahnya,
teringiang-ngiang tutur katanya.
Peritnya menanggung rindu.
Setiap kali mentelaah,
Sebagai dental student,
Banyak sangat belajar tentang penyakit-penyakit,
Terbayang-bayang wajah abah,
Terbayang-bayang setiap hela nafas malam terakhir arwah,
Kuat dan kelihatan sukar bernafas, perit,
Itupun dengan alat bantuan pernafasan
Peritnya menangggung rindu.
Abah sangat kuat,
Banyak sangat berkorban untuk isteri dan anak,
Tak kisah baju dan kasut lusuh,
Asalkan dapat penuhi keperluan dan kemahuan kami,
Padahal dia mampu, tapi tak guna untuk diri sendiri,
Semua untuk isteri dan anak2.
Peritnya menanggung indu.
Abah,
Didikan untuk anak-anak dijaga rapi,
Penyayang,tegas dan berdisiplin, demi menjadikan kami semua “manusia”
Dia punya cara tersendiri,
Aku kagumi cara didikan abah dan ma,
Sehingga menjadikan kami seperti sekarang,
Akan ku warisi cara didikan abah dan ma untuk anak-anak nanti
Peritnya menanggung rindu.
6.00pm,180116.Jo
"Assalamualaikum abah, kita jumpa kat syurga ya! :'( " - bisikan terakhir buat abah sebelum wajah ditutup dengan kain putih.
Abah, kami tujuh puteri menjadi saksi abahlah abah yg terbaik. Menunaikan hak utk mereka yang berhak. Kami sedang berusaha menjadi solehah. Moga doa-doa 7 anak solehah abah akan terus mengalir buat abah. Kita jumpa kat syurga! ^^ ramai sgt mendoakan abah. sayang abah :')
Wednesday, February 3, 2016
Travelog #ibrahmisr Part 2 ( 14-16/1/2016
"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" ( Al-Baqarah : 60 ).
ukiran anak patung sapi samiri
Pada masa inilah syaitan datang menggoda mereka agar menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga melupakan mereka mengenai larangan Allah. Syaitan telah memberi jalan kepada mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan pada hari tersebut yang mana mereka menganggap dengan cara itu Allah tidak melarangnya. Apabila melihat adanya kumpulan yang engkar dengan larangan Allah maka timbul pula dua kumpulan yang agak berbeza pendapat mengenai tugas memperingatkan kepada mereka yang telah engkar itu tentang kesalahan mereka. Kumpulan pertama merupakan mereka yang soleh dan pendakwah yang menjalankan kewajipan mereka. Mereka telah memarahi orang-orang yang engkar dan menunjukkan perasaan benci dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang engkar dengan larangan Allah itu.
Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang diam sahaja dengan apa yang berlaku yang mana tidak usaha yang dilakukan untuk menegah mereka yang engkar. Mereka hanya tidak bersetuju dalam hati tanpa diusahakan dengan kuasa yang ada. Mereka juga melahirkan rasa tidak bersetuju dengan kumpulan pertama yang menasihati serta menegah mereka yang engkar dengan jelas kerana bagi mereka sudah tidak berguna segala nasihat dan peringatan yang diberi sedangkan mereka merupakan puak yang akan dihancur dan diazab oleh Allah. Kumpulan pertama menghadapi persoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan kedua dengan baik dan brrhikmah yang mana mereka menyatakan bahawa tujuan dan matlamat sebenar mereka melakukan tegahan dan teguran secara jelas kepada mereka yang engkar adalah untuk menunaikan kewajipan serta boleh dijadikan alasan di hadapan Allah nanti di akhirat. Disamping itu juga mereka begitu mengharapkan agar puak yang degil itu kembali bertaubat dan bertaqwa kepada Allah.
Ketika Allah menurunkan bala ke atas mereka yang engkar tadi iaitu dengan menukar bentuk mereka menjadi kera yang hina yang mana pertukaran rupa bentuk ini adalah yang sebenar bukannya dari segi sifat sahaja.Tetapi kera-kera ini tidak meninggalkan nasab mereka yang mana mereka tidak hidup selepas itu melainkan sedikit. Manakala kumpulan pertama yang terdiri daripada pendakwah yang soleh diselamatkan dan mereka dimasukkan dalam golongan yang berjaya. Nasib kumpulan dua pula tidak dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang menyebabkan ulama' berselisih faham mengenai mereka yang mana ada di kalangan ulama' mengatakan mereka ini diselamatkan dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka turut dihancurkan oleh Allah bersama mereka yang engkar.























